Mata Aira tajam merenung Darin dan Tuanie dari arah jauh. 'Boleh tahan juga rupa minah ni punya suami. '
"Woi, tengok apa tu? " Sergah Syahira yang datang entah dari mana .
"Kau tengok Rin tu, muka hodoh pun boleh dapat laki hensem macam Tuanie tu. " Tangan Aira naik menunding ke arah pasangan itu.
"Dah jodoh dia nak buat macam mana? "
"Hotak engkau, lelaki macam tu hanya untuk aku ni je. Perempuan yang kotor macam dia. Hmph! Sorry naik lori !" Semua mata tertumpu ke arah Aira dan Syahira apabila suara wanita itu terlebih kuat.
Raja dan pemaisuri sehari iaitu, Husna sudah melihat ke arah dua wanita itu dengan pandangan tajam. Tak lain tak bukan mesti kutuk Darin. Aman yang bergelar suami kepada Husna itu turut memasang mata tajam mereka. Tuanie yang melihat hanya tersenyum sinis sebelum dua wanita itu melarikan diri. Tahu takut.
Darin hanya menayang wajah kosong sebelum menyambung makan kembali.
"Malam ni kita tidur hotel nak? " Semalam sebelum kemunculan dua makhluk tu okey aja suasana di situ. Tuanie memberi cadangan , risau jika isterinya tidak selesa.
Darin menggeleng. Tidak mahu , nanti apa pula orang cakap.
"Tak pe lah, buat bazir duit abang saja."
"Tak pa kita tidur hotel , nanti Darin tak selesa. "
" Tak apa... Darin ok..."
"Tak payah nak galak tidur hotel, bilik kau orang tu punya besar gedabak. Nak cari hotel pula. " Potong Fiya sebelum Darin habis cakap. Tempat di sebelah Tuanie di ambil sebelum dia duduk rapat dengan lelaki itu.
Tuanie bangun sebelum membawa kerusi ke sebelah kanan Darin. Meminggalkan Fiya supaya berada dikiri Darin dan jauh darinya.
Malah , perempuan yang tak tahu malu itu juga mengangkat kerusinya dan duduk kembali di sebelah Tuanie. Tuanie memasang muka menyampah sebelum dia khabarkan kepada Darin yang dia sudah habis makan. Darin hanya mengangguk.
Tuanie segera bangun membawa pinggannya masuk ke dalam rumah, nasib nasi di dalam pinggannya sudah habis. Kalau tak memang dia tekup muka Fiya tu dalam pinggan.
"Kau jangan galak boleh tak? Aku ni first love dia. Jadi jangan kau ingat yang kau boleh buang rasa cinta dia dekat aku. " Fiya juga turut bangun sebelum menyepak kuat kaki Darin. Darin hanya menahan rasa, selepas kakamnya berlalu pergi baru di lihat ada kesan lebam akibat Fiya memakai kasut bertumit.
Ketika berlalu bersebelahan Tuanie, Fiya hanya tersenyum manis tanpa rasa bersalah sebelum dia membuat mini love untuk lelaki itu. Tuanie tidak mengheran , laju kaki melangkah menghampiri isteri tercinta.
"Sweetness okey tak? " Risau dia melihat Darin terhinjut - hinjut. Ada apa - apa yang berlaku ketika dia masuk ke dalam tadi ke ?
" I'm okey. " Jawab Darin sepatah sebelum di manyambung perjalanannya kembali.
Melihat Darin yang terhincut - hincut, Tuanie dengan selambanya mencempung tubuh kecil itu . Membuatkan Darin terjerit kecil.
"Ah, lepas abang. Malu la . " Darin menekup wajahnya ke arah dada bidang Tuanie.
Lelaki itu selamba mencempungnya sebelum berlalu ke arah dapur.
"Abang! " Memerah wajah Darin menahan malu.
" Lambat sangatlah sweetness jalan. Jadi abang angkat je lah. Bukannya sesiapa pun. Isteri abang juga. "
Pinggan plastik pakai buang itu di ambil sebelum di buang. Tangan kecil Darin dicapai sebelum dibasuh sehingga bersih.
"Aira dengan Syahira tengok tu... " Kata Darin sebelum dia memuncungkan bibirnya ke arah satu sudut. Kelihatan Aira dan Syahira sedang bercekak pinggang.
"That's my boy. " Kata Syahira perlahan sebelum Aira menyambungnya. Mata menikam wajah Syahira yang tersenyum miang. Tuanie tidak ambil peduli.
" That's my future husband ." Aira menyambung sebelum melangkah laju ke arah pasangan itu .
"Hei perempuan , kau tak reti nak basuh tangan sendiri ke? Hah!? " Kuat wanita itu menjerkah Darin. Tangan Darin di tangan Tuanie di rentap kasar sebelum tanggannya singgah di pipi Darin. Geram dia melihat kebahagiaan pasangan itu. Dia juga ingin bahagia. Lebih tepat dengan Tuanie, dia rasakan yang dia sudah jatuh cinta. Ini tidak adil , Darin dapat yang cun - cun . Dia pun kena dapat yang good looking juga , tetapi lagi seronok kalau dia dapat yang Darin punya. Lagi pula , dia dan Darin dari kecil hingga ke besar , mana penah rapat.
Terteleng Darin di buatnya . Belum sempat kali kedua tanggannya hinggap di pipi Darin. Tangannya ditepis kasar oleh Tuanie.
"who allowed you to touch my wife?" Soal Tuanie dingin dengan wajah mendatar.
Pandangan tajam di hadiahkan. Berani dia sentuh bini aku? Ko tunggu !
