mencari sempurna | satu

18 1 0
                                    



Raid, 17 Tahun.
Dalam kepala Raid, cuma satu. Mahu berjaya dalam Spm dan keluar daripada rumah ini. Tak berfikir panjang, Raid sudah tekad dengan hasrat hatinya. Dia mahu keluar dari sini. Dia tak mampu lagi hidup begini, nafasnya sesak. Dadanya terikat sehingga ingin pecah sahaja organ itu Hidupnya bagaikan sebuah boneka dan pengarah filemnya, mummynya sendiri.

Kadang, Raid rasakan dirinya itu seorang anak derhaka. Kadang juga dia rasakan dialah anak yang akan memasuki neraka. Kerana setiap kali dia melihat wajah ibunya, dia cuma rasa benci. Mungkin masih ada secebis rasa sayang namun perasaan sayang itu kian hilang seiring dengan angka umurnya bertambah. Namun, jauh di sudut hatinya raid masih sayangkan mummynya. Cuma, dia tidaqk mampu untuk menafikan perempuan yang menempatkan syurganya itu juga memberikan luka yang sangat dalam. Entah sampai sekarang, luka itu masih disitu. Tidak menyembuh,namun kekal berdarah.

Hari ini, hari pertama peperiksaan sijil pelajaran Malaysia berlangsung. Pagi ni subjek bahasa melayu kertas satu dan dua. Awal awal pagi lagi Raid sudah bersiap dan menyediakan mental dan fizikalnya sebelum menumpuh hari yang mencabar.

Namum hatinya hancur. Dirinya bagaikan mahu gila. Matanya ditahan sahaja daripada menangis. Hatinya sungguh hancur saat melihat seluruh keluarganya sedang bersiap sedia untuk ke lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur.

Raid dapat tahu, mummy, adiknya Rais dan Riana akan ke London pagi ini. Raid mahu menangis. Kenapa sekarang? Sepatutnya mereka sekeluarga perlu ada disisi Raid. Teman Raid sehingga Raid habis berperang. Namun, kenapa mereka pergi dan biarkan Raid terkapai kapai sendirian?

"Mummy nak pergi mana dengan beg ni?..." Sengaja Raid bertanya sedangkan dia sudah tahu kemana mereka semua akan tuju. Raid cuma mahu dengar sendiri daripada mulut ibunya itu... Raid tak tahu kenapa dia buat begitu, dia tahu semua itu akan cuma sakitkan dirinya sahaja tapi dirinya berdegil. Dia mahu ibunya sendiri mengaku yang dia akan ditinggalkan... Dia mahu kepastian, supaya dia berhenti berharap. Dia mahu semua itu.

Manusia sering begitu. Sudah tahu akan disakiti, sengaja menambahkan rasa sakit pada hati semata mata ingin berhenti berharap. Semata mata ingin mematikan rasa yang tersisa di hati.

"London. Nak bagi kau fokus exam, so mummy bawak Rais dan Rania ke sana. Kau pandai pandai lah hidup ye. Iyalah, kalau kami ada dekat sini bukannya kau suka pun kan? Kerja nak melawan cakap mummy aja. Suka lah tu jadi anak derhaka." Ketika itu, tuhan sahaja tahu rasa sakit itu bagaimana. Sakit lagi rasanya saat Raid mahu berangkat ke medan perang, mereka semua sedang berseronok memegang pasport masing masing dan memakai pakaian yang menggambarkan cuaca disana. Winter. Bestnya. Nak pergi juga.

"Tapi... tapi along nak mummy teman along time exam." Nadanya sedikit sayu... dan merayu meminta kasihan daripada ibunya itu. Namun Datin Rose sedikit pun tidak memandang kebelakang. Dia sibuk dengan dunianya sendiri. Dia sibuk dengan mengangkut luggage mereka anak beranak masuk ke dalam kereta. Sedikit pun tidak memandang Raid yang seperti anak terbuang di belakang. Sedikit pun tidak diberi kasihan.

Sedikit pun tidak memperdulikan  Raid.

Raid, sudah. Berhentilah berharap pada yang salah. Dia hanya inginkan simpati dan belas kasihan, namun semuanya hampa.

Yang ada hanyalah hampa. Hampa dibalik kebencian dan rasa hormat kepada orang tua itu.

"Buat apa mummy nak teman? Kau tu anak sulung tak layan nak berteman. Next year dah masuk university, kena lah pandai hidup sendiri. Anak jantan kan? Cuba kuat sikit, buat malu je dekat adik adik." Saat itu, Raid sudah tahu dia perlu berhenti. Saat itu Raid sudah tahu tiada guna dia mengermis kasihan dan simpati pada Datin Rose. Sia sia sahaja. Buat sakit jiwa adalah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mencari Sempurna | UNPUBLISHWhere stories live. Discover now