009

8 3 0
                                    

"I nak minta tolong boleh?" tiba-tiba Taqiff bersuara.

"Nak minta tolong apa?"

"I nak minta U tolong tengok kan abang I. I ada kerja yang nak kena settle dekat ofis." ujar Taqiff. Muka dia nampak serba salah nak tinggalkan aku dengan abang dia.

Aku ingat kan nak minta tolong apa lah tadi, desisku. Aku angguk tanda setuju dengan apa yang dia minta tadi.

"Thank you." Taqiff senyum kecil.

"Sama-sama." balasku.

Taqiff melangkah keluar dengan laju. Mungkin orang di ofis memang perlukan dia sekarang ni. Aku hanya memerhati dari jauh.

"Thafiq?" panggil aku. Mataku meliar mencari dia di mana dia berada. Mana tahu tiba-tiba muncul depan muka aku lagi.

Akhirnya dia muncul. Mata dia tepat memandang muka aku.

"Kau buat apa lagi? Masuk lah dalam badan kau sekarang. Cepat lah!" suruh aku.

Dia hanya diam.

"Aku akan masuk lepas aku tahu siapa pembunuh tu."

Ha sudah. Dah jumpa badan tapi tak nak masuk pula. Aku garu dahiku yang tak rasa gatal itu. Nafas aku hela dengan penuh berat. Apa aku nak buat ni? Takkan nak ugut dengan cara kasar pula. Nanti silap hari bulan, hidup aku yang tak tenang. Lantak dia lah nak buat apa pun. Aku mengalah.

"Thafiq." marahku apabila nampak dia hilang. Tak guna. Aku tak sangka ada roh degil macam dia ni. Haih, sabar aje lah wahai hatiku.

"Gila." kata satu suara itu. Mata dia tak lepas memerhati perempuan yang ada dalam bilik Thafiq. Dia senyum sinis. Tak mahu diri dia disedari oleh orang lain, dia angkat kaki. Pergi dari situ dengan aura yang penuh misteri.

The Only One  Wattpad EditionWhere stories live. Discover now