Prolog

33 5 1
                                    

Perpustakaan terkenal yang terletak di tengah bandar Qhayari itu selalu dikunjungi orang. Tidak pernah lagi perpustakaan itu menjadi kosong tanpa pengunjung

   Sudah lima bulan Aurlyia menjejakkan kakinya ke perpustakaan itu. Punca utama perpustakaan itu terkenal ialah kerana di perpustakaan itu ada mengandungi semua bahan-bahan bacaan.

   Aurlyia menjejakkan kakinya ke dalam perpustakaan itu. Jam tangannya dilihat. Pukul lapan tiga puluh minit. Hari ini dia datang lebih awal ke perpustakaan itu.

   Entah kenapa tiba-tiba firasatnya mengatakan dia harus membaca satu buku. Buku apa pun dia tidak tahu. Tapi buku itu berjaya menarik dirinya untuk ke perpustakaan itu.

   Seperti biasa Miss Beatrice, penjaga perpustakaan itu memberi salam kepadanya. Sudah leka penjaga perpustakaan itu dengannya. Sampaikan mereka pernah lepak bersama-sama di perpustakaan itu sehingga malam hanya kerana ingin membantu Aurlyia menyelesaikan kerja-kerja yang lecturer nya berikan padanya.

   Pagi ini Aurlyia menjejakkan kakinya ke rak buku yang tidak pernah dia pergi. Di situ juga hanya ada beberapa orang sahaja. Tidak ramai dan hanya 5 kepala sahaja dia nampak setakat ini.

   Dan firasat hatinya mengatakan buku misteri itu ada di rak atas sekali. Lantas magisnya dia gunakan untuk mengambil buku itu. Walaupun di situ ada tangga, tetapi pengunjung di perpustakaan ini lebih suka menggunakan magis mereka berbanding menggunakan tangga. Kerana mereka ingin mengelakkan diri dari sebarang kecederaan.

  Matanya mencari tempat duduk yang sesuai. Sudah dia dapat buku itu. Tapi dia tidak baca lagi tajuk buku itu kerana firasat hatinya mengatakan jangan membaca tajuk buku itu dahulu.

   Selepas dia mencari tempat sesuai iaitu di tempat yang tertutup. Matanya terus tertancap di tajuk buku itu.

   "Cinta Seorang Penulis"

   Namun yang peliknya nama pengarang buku itu tidak ditulis. Hanya sekadar tajuk sahaja. Dan kulit buku itu sangat cantik dan menawan. Tidak betah lagilah kenapa firasat hati Aurlyia ingin dia membaca buku itu.

   Buku novel itu dibuka. Aurlyia agak terkejut apabila dia melihat tarikh buku itu ditulis. Buku itu ditulis 500 tahun yang dulu!

   Walaupun buku ini sudah lama dikarang tetapi buku itu tetap dalam kondisi yang sempurna. Dan kondisi buku itu seperti buku yang baru sahaja keluar dari kilang percetakan.

   Lantas dia membuka muka surat pertama buku itu. Tajuk bab pertama dibaca olehnya di dalam hati.

   "Kisah diri aku dan permulaan hidup aku"

   Setiap bait perkataan di baca oleh Aurlyia dengan tenang.

   "Kepada si pembaca , aku ingin kau tahu bahawa kau adalah salah satunya calon yang telah aku pilih untuk kau baca cerita tentang hidup aku. Wahai si pembaca jikalau kau berfikir tentang nama pengarang ini. Lihatlah nama keduamu. Dan jikalau kau berfikir kenapa aku memilih kau untuk baca buku ini. Ini kerana kau adalah generasi aku yang ke-100. Ada sebab kenapa aku pilih kau. Itu sahaja dari aku.

    Si pengarang"

   Aurlyia kembali berfikir nama keduanya. Trielyia. Ya, itu nama keduanya. Dan semua ahli keluarga perempuannya mempunyai nama itu. Tidak ada satu pun lelaki yang ada nama itu.

   Dan sebenarnya si pengarang buku ini ialah moyang Aurlyia yang sudah mati bertahun-tahun dahulu. Tetapi kenapa dia pilih generasi yang ke-100?

 

See you when I see you.

Jumpa di bab 1!

  

   

  

Cinta Seorang Penulis ( HIATUS )Where stories live. Discover now