Pukul 8 pagi Imylyia sudah pun bangun dari waktu tidurnya. Kerana dia sudah biasa bangun pada pukul 8 pagi. Boleh dikira ia sudah menjadi rutin untuk Imylyia bangun pada waktu pagi.
Selipar warna merah jambu bulu-bulu dia sarungkan ke kaki. Tuala mandi yang berwarna putih dia ambil dan letak di atas bahunya. Tingkap biliknya dia buka. Dia ingin merasai angin pagi seketika. Jam tangannya dia terlanggar sehingga jatuh.
Ketika dia mahu membongkokkan badan untuk mengambil barangnya yang terjatuh. Dia terperasan ada sesuatu di lehernya. Rantai. Cantik sekali rantai itu. Warna perak silakan menghiasi rantai tersebut. Dan apa yang membuatkan dia suka tentang rantai itu ialah ada satu butiran mutiara yang berwarna krim putih.
Mutiara itu berada seperti di sangkar. Namun sangkarnya amat cantik. Dia memandang lama mutiara yang ada di rantai itu. Ralit sekali kerana rantai itu sangat dan amat cantik. Tersedar tentang perlakuannya, dia terus melangkahkan kakinya ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Selepas aktiviti mandinya selesai, kakinya terus dia bawa ke almari baju. Hari ini ialah hari yang dia nanti-nantikan. Hari dia bakal jumpa jejaka violin itu kembali. Walaupun pada minggu lalu dia terjatuh di depan jejaka itu, dia tetap akan gigih untuk melihat jejaka itu.
Sudah 7 bulan dia pergi ke tempat jejaka violin itu bermain. Namun dia tidak pernah bosan melihat jejaka itu. Jejaka pujaannya. Tetapi bukan wanita pujaan jejaka itu.
Gaun kembang berwarna putih paras buku lali dia sarungkan ke badannya. Sandal merah jambu bulu-bulunya dia sarungkan kaki. Beg tali berwarna hitam dia silangkan ke badan.
Lantas dia keluar dari biliknya dan turun ke ruang tamu. Sunyi. Sunyi yang amat. Tiada satu pun bayangan atau batang hidung manusia yang dia lihat. Hampir dia menitiskan air mata. Namun cepat-cepat dia sapu air mata itu menggunakan telapak tangannya.
Kaki terus dibawa ke arah dapur. Perutnya ingin di isi dengan makanan. Namun tiada satu hidangan disediakan seperti dahulu. Rindu menusuk ke jiwa. Rindu yang amat. Beg silangnya dia buka dan letak di atas meja makan. Meja makan yang muat untuk 20 orang.
Kaki dia bawa ke arah dapur kembali. Imylyia mengambil 2 keping roti dan jem perisa hazelnut. Lantas kaki dia bawa ke arah meja makan. Dia duduk di salah satu kerusi. Tetapi pandangannya terarah pada 3 kerusi di belah kanan dan 2 kerusi di belah kiri. Pandangannya serta merta menjadi sayu.
Andaikan dia boleh memutar masa kembali , dia tidak mahu perkara itu berlaku pada semua orang yang pernah menetap di keluarga ini.
"Lia rindu. Rindu dengan semua orang. Tolong jangan kat sana lama-lama. It's already 15 years. Please comeback." Seusai sudah segala sesi luahan dan makannya. Dia lantas bangun dan mencuci tangan. Jem hazelnut kegemaran bondanya dia simpan di rak makanan.
Kakinya terus dia bawa ke arah rak kasut. Kasut tumit tinggi yang mempunyai rama-rama dia ambil dan saukkan ke kaki. Cantik. Bling-bling.
Kaki kanannya dia mulakan langkah untuk keluar ke rumah. Jam tangannya dia lihat. Sudah pukul 8 pagi !
Kelam kabut dia mahu pergi ke tempat yang dia mahu pergi itu. Dengan memakai kasut tumit tingginya itu. Dia tidak kisah langsung jika kakinya sakit atau tidak sakit. Asalkan dia dapat bertemu kembali dengan jejaka itu.
Sesampai sahaja di tempat itu. Ya , seperti biasa. Ramai sudah wanita berada di situ. Padahal jejaka itu baru sahaja mahu mengeluarkan alat muzik dari beg muziknya.
Namun dia tidak akan berputus asa. Kakinya dia gagahkan kali ini. Dan bermulalah aksi dia menyelam ke dalam lautan manusia.
Ai ! Ai ! Dia sudah nampak kaki mulus yang dia kenali yang pernah jatuhkan dia itu. Kaki mulus itu melentangkan kakinya. Namun dia cepat-cepat berlalu ke arah lain. Senang untuk dia menyelam kerana ketinggiannya yang pendek.
Dan tahniah! Kali ini dia berjaya pergi ke barisan hadapan tanpa ada satu pun kemalangan. Dan sebaik sahaja dia sampai ke hadapan, lelaki itu pun juga memulakan persembahannya.
Bunyi merdu dari violin itu menghiasi seluruh bandar itu. Ramai orang berdiri di balkoni masing-masing kerana terhanyut dengan bunyi merdu itu. Malahan kucing dan anjing yang sedang bergaduh pun sudah berbaik sehingga mereka menggoyangkan kepala mereka apabila mendengar lagu merdu yang keluar dari violin itu.
Alangkah indahnya berada di negara itu. Bandar yang selalu dihiasi oleh lagu-lagu dan bunyi-bunyi merdu oleh ahli-ahli pemain muzik dan pemuzik jalanan.
Tidak pernah lagi Imlyia tidak mendengar sebarang bunyi muzik. Walaupun bandar di negara itu selalu dihiasi oleh , namun warga rakyat di situ tidak pernah akan merasa muak.
Malahan warga rakyat itu juga dari kecil sudah diajarkan untuk bermain alat muzik. Itu bukanlah undang-undang di negara mereka tetapi ianya untuk menghormati Raja dan Permaisuri mereka yang sudah mangkat. Mangkat dengan cara yang indah.
"Cik. Cik okay ke ni? Kenapa cik senyum seorangan di sini?" Kata dari seorang jejaka. Dan dia baru tersedar dari lamunannya. Kornea matanya mencari siapa yang menyedarkan lamunannya.
Dang ! Jejaka violin lah yang menyedarkan lamunannya dia rupanya. Malu menyelubunginya dirinya. Kulit mukanya sudah berubah warna menjadi merah kejambuan. Lantas mata Imylyia melihat sekeliling. Tiada seorang pun wanita yang berada di situ. Melainkan dirinya sahaja.
"Err maaf , Tuan. Saya sedang berada dalam imaginasi saya sendiri sebentar tadi. Saya tidak perasan." Imylyia tersenyum manis kerana ingin menutup malunya. Giginya yang tersusun rapi itu dia tunjuk bersama senyumannya. Kaki dia jengketkan. Namun dia hampir terjatuh , laju-laju dia membaiki posisinya dari terjatuh.
"Oh yeke. Hahahaha. Mari cik saya hantar cik ke rumah cik." Faiqiey tergelak kecil di sebalik pelitup mukanya. Namun gelaknya tidak dapat didengari oleh Imylyia. Entah mulut Faiqiey lebih banyak bercakap apabila dia bersama dengan Imylyia.
"Eh! Tak apa. Lagipun saya nak pergi tempat lain selepas ini. Terima kasih atas tawarannya." Dan Imylyia pun berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.
'Ya Tuhan, buangkanlah perasaan suka aku ini terhadapnya. Perasaan aku sudah melebihi batas , Ya Tuhan.' Bisik Imylyia di dalam hati.
Faiqiey yang berada di belakang itu sedang senyum sendiri apabila teringatkan kejadian sebentar tadi. Matanya tertumpu kepada wanita comel itu. Sungguh comel kerana ketinggiannya. Dan Faiqiey juga sudah angau tentang wanita itu.
Tidak mahu dia melengahkan masa. Dia terus mengemas kembali barangnya. Dia berlari laju ke arah rumahnya. Sesampai sahaja di rumahnya. Dia terus memilih baju yang selalunya dia pakai. Kemeja hitam dan seluar slack hitam.
Dibuka hoodienya dan dia campak ke dalam bakul baju. Enam ketul roti yang ada di badannya dia lihat. Tidak buncit lagi. Lantas baju dan seluar yang dia pilih itu dia pakai.
Dia melihat lokasi di mana wanita itu berada menggunakan magisnya. Kerana di rantai azimat itu dia sudah meletakkan magis jejak. Senang supaya dia dapat menjejak di mana wanita itu berada.
Rambut stail two blocknya dia kemaskan. Mahu terlihat hensem di depan wanita itu. Hari ini dia mahu memberanikan diri untuk berjumpa perempuan comel itu.
Faiqiey terus berdiri di atas katilnya dan melompat-lompat di atas katil itu seperti budak kecil.
"Yeay yeay! Jumpa awek! Yeay yeay! Jumpa awek!" Dia mengeluarkan kata-kata itu dan melompat di atas katilnya selama 6 minit. Tidak melengahkan masa lagi dia terus mengambil pelitup mukanya. Dia sarungkan.
Lantas kasut kulit hitam juga dia saukkan ke kaki. Hatinya kini sudah dipenuhi taman-taman bunga dan rama-rama.
'Eee tak sabarnya nak jumpa dia!' Kata dia dengan riang di dalam hati.
See you when I see you!
Jumpa di bab 3!
YOU ARE READING
Cinta Seorang Penulis ( HIATUS )
FantasyCinta atau magis? Tetapi jejaka itu memilih untuk menggabungkannya. Itulah pilihan dia yang satu-satunya. Tidak dapat dinafikan jejaka itu menggunakan cara yang gelap untuk mendapatkan wanita yang dia inginkan. Dia, dia sanggup mendapatkan wanita ya...