Pada keesokan harinya, Sunoo demam panas. Sunoo terlantar di katil miliknya sambil memeluk gambar ayahnya. Semalam dia menangis hanya kerana kelakuan ayahnya. Sunoo bangun dan bergegas mandi lalu turun ke bawah. Melihat adiknya sedang bermain game.
“Suny..mana papa?“
“Papa tak balik,dia kata dia stay kat tempat kerja“
Sunoo hanya menggangguk. Dia keluar dari rumah lalu seperti biasa berjalan kaki menuju ke tempat kerja ayahnya. Sudah sampai, dia pun masuk dan melihat ayahnya sedang bercakap bersama rakan-rakannya kerja nya.
“Hai papa!“
Suhoon memandangkan Sunoo dengan muka menyampah.
“kau ni tak serik² lagi ke? Aku dah kata aku benci kau kan…itupun kau masih sibuk nak berkepit dengan aku“
Sunoo tersenyum manis menatap ayahnya.
“Papa yang benci Sunoo tapi Sunoo tak benci papa pun hehehe“
Suhoon memandangkan Sunoo dengan muka malas.
“Alang-alang kau dah kat sini, aku bagi je lah benda ni“
“ape ni?“
“keychain anak patung“
Sunoo mengambil keychain itu dengan senyuman manis. Dalam hati Suhoon, terbit rase sedih melihat anaknya itu.
“suka tak?“
“Mestilah suka!! Papa tak pernah bagi Sunoo apa-apa“
“Hmm…simpan lah elok-elok“
“Okay papa!!!“
Sunoo melompat keriangan sambil memegang keychain itu. Sepanjang hari Sunoo membawa keychain itu bersamanya ke mana-mana. Walaupun sudah kotor tetapi Sunoo masih menyimpannya. Sampai lah suatu hari.
“Sunoo, Stop pegang keychain tu,dah kotor tahu tak!! Pergi buang sekarang!!!“
“No!!! Sunoo sayang keychain ni!!“
“Kamu ni kan degil betul lah!!!“
Suhoon merampas keychain itu lalu melemparkannya ke jalan raya. Sunoo berlari ke arah jalanraya untuk mengambil semula keychain itu. Tetapi Nasib Sunoo tidak baik, Sebuah truck lori besar menghampirinya dengan sangat laju lalu terus melanggar nya.
Suhoon yang tersedar akan bunyi hentaman yang kuat itu terus menoleh ke arah jalan raya.
“Sunoo!!!!!“
Suhoon berlari ke arah Sunoo yang sudah terlantar berlumuran darah itu. Terlihat di tangan Sunoo keychain yang mahu Sunoo ambil tadi sudah terkena darahnya.
“Sunoo…bangun Sunoo…“
“papa…Sunoo minta maaf, Sunoo tak dapat selamat kan keychain tu…“
“Sunoo…please jangan tinggalkan papa..“
“Impian papa dah tercapai…Sunoo….akan pergi…dan papa…akan bahagia…“
“No..Sunoo!!“
“Bye papa….t-terima k-kasih sebab dah jadi papa Sunoo sebelum ni…jaga diri tau….lupakan Sunoo..“
Longlai tangan Sunoo jatuh ke tanah. Matanya ditutup rapat serta hembusan nafas yang terakhir dilepaskan. Suhoon meraung sambil menggendong anaknya itu.
Suhoon sedang duduk di bangku hospital sambil sedang menunggu jasad anaknya itu. Suhoon memegang keychain Sunoo dan hadiah birthday yang Sunoo patutnya bagi kepadanya.
Suhoon menangis di luar wad itu.
“Kalau lah aku tak baling keychain ni ke arah jalan tadi mesti semua ni takkan jadi. Aku tak sangka Sunoo sayang betul dengan keychain ni…Ouhh anakku, papa minta maaf sayang..semoga kita jumpa di surga ya“
~TAMAT~
YOU ARE READING
CUPCAKE,RED VELVET AND KEYCHAIN (END)
Teen FictionAbout the keychain that means a lot to Sunoo