BAB 10 -MEMA- AD

61 6 0
                                        

BAB 11

Jam di dinding bilik Fayyana menunjukkan pukul 1.45 petang. Sunyi. Bosan mula menggigit ruang hatinya.

“Ya Allah... tak boleh solat, tak boleh baca Quran. Bosan betul,” gumamnya sambil mengeluh kecil.

Fikirannya menerawang jauh teringatkan syarikatnya, pejabatnya, dan penthouse yang kini terasa terlalu sunyi tanpa kehadirannya. Dan rindu itu, makin membuak bila wajah Adrice bermain dalam kepala.

Tanpa menunggu, Fayyana mencapai telefon dan mendail nombor Chelif, rakan baiknya merangkap pembantu peribadi. Tak sampai beberapa deringan, suara ceria menyambut panggilannya.

“Hey babe! Mimpi apa you call I waktu tengahari ni?” gurau Chelif di hujung talian.

“Hai Chelif! Kenapa, I tak boleh call you ke sekarang?” nada Fayyana dibuat-buat serius, tapi senyum dah terbit di hujung suara.

“Takde lah, I gurau je lah. Janganlah marah, babe.”

Jane Chelif Alescio gadis kacukan Itali-Inggeris itu, bukan hanya pembantu, malah kawan sejati. Sejak tiga tahun lepas, mereka ibarat saudara, berkongsi suka duka, tanggungjawab dan kejayaan bersama.

“I just nak tahu keadaan syarikat... everything okay ke?” soal Fayyana, tak sabar.

“So far so good, babe. Ini masa you untuk berehat, recharge. Tiga bulan cuti ni bukan untuk fikir boardroom, ya. Nanti balik nanti, baru fikir KPI,” balas Chelif, nada bersahaja tapi serius.

Fayyana mengangguk perlahan walau Chelif tak dapat melihat. “Yelah... Tapi I rindu satu benda.”

“Adrice?” teka Chelif sambil ketawa kecil.

“Of course la. You ada jenguk dia tak? Siapa sikat rambut dia sekarang? Mesti dia bosan tunggu I kan.” Fayyana membuang pandangan ke luar balkoni.

.

“You ada jenguk Adrice?” ulangnya kepada Chelif.

“Belum lagi. I lupa. Tapi I janji, lepas dinner nanti I pergi tengok dia. I snap gambar, I janji.”

Fayyana senyum kecil. “Okay. Cakap kat dia ibu rindu sangat.”

“Will do, babe.”

Pintu biliknya dikuak perlahan. Fayyadh masuk dan menjunam ke atas katil. Fayyana hanya membiarkan sudah lali dengan kehadiran spontan abangnya.

Fayyana hanya menjeling sekilas, kemudian menyambung.

“Oh ya, nanti kalau you nak masuk kawasan penthouse, masuk ikut pagar belakang. Ada guard nama Yusof, cakap je datang atas urusan kerja. Dia tahu.”

“Noted. Eh, I kena gerak now. Ada meeting dengan klien dari Itali. Sepatutnya Adnirah handle, tapi since I boleh speaking Itali, I ambil alih lah. Lagi mudah rundingan nanti.”

“Alright babe, I trust you. Good luck, okay? Take care.”

“Bye babe. I’ll update you pasal Adrice nanti.”

Panggilan tamat.

Di Dee Lala’s Cafe, Chelif duduk tenang di meja yang telah ditempah awal. Laptop kerja dibuka, fail di sisi tersusun rapi. Sejurus kemudian, kelibat lelaki yang dinanti tiba.

Mereka bertukar senyum dan berjabat tangan.

“Chelif,” ucapnya, mengenalkan diri.

“Felix,” balas lelaki itu, matanya tajam merenung.

Mereka duduk. Beberapa minit pertama hanya sunyi.

“Let’s start,” kata Felix.

Namun sebelum Chelif sempat buka mulut...

“By the way, mana Fane... Alice?”

Terhenti pergerakan jari Chelif. Matanya menatap tepat ke arah lelaki di hadapannya.

'He knows.'

“Maaf, saya rasa you salah orang,” balas Chelif, tenang. Tapi debaran dalam dada sudah lain macam.

Felix senyum sinis. “Really? Alice... awak masih pandai menyamar ya.”

Kening Chelif naik. “Signore?” katanya sengaja  sebagai ujian. Dan saat Felix tersenyum lagi, sah.

“I’m Xandra.”

Terbeliak mata Chelif. “Maestro?! I almost didn’t recognise you. Your tan  it changes you.”

Felix tergelak kecil. “Italy has its way.”

Chelif menghela nafas lega, kemudian tersenyum. “She’s fine. Fane, sorry I mean  Fayyana, she’s doing great. After Dr Hajah Norzafiera passed, the company is hers now. And she’s running it brilliantly.”

Felix mengangguk, bangga. “I knew she would be.”

Seorang pelayan datang mencatat pesanan mereka. Setelah itu, perbincangan pun bermula.

“Oh, and Maestro— I mean, Mr. Felix. Dalam kerja, panggil saya Chelif. Bukan Alice. Kita simpan yang tu untuk masa lain.”

Felix ketawa perlahan, mengangguk. “Understood, Miss Chelif. Let’s begin.”

Dan pertemuan rasmi itu pun bermula di sebalik senyuman, ada masa lalu yang tak pernah benar-benar pergi.

Petang makin merangkak senja. Langit mula bertukar rona jingga keemasan. Dari balkoni biliknya, Fayyana berdiri memeluk tubuh sendiri, ditemani angin lembut yang mengusap pipi. Jari-jarinya menggenggam erat telefon.

Beberapa saat kemudian, satu notifikasi WhatsApp muncul.

[Chelif]
📎 “Mission accomplished, madam CEO. Dia okay. Sedang makan epal sambil golek-golek bawah pokok. Gambar attached.”

Dengan senyuman yang susah dibendung, Fayyana membuka gambar. Di layar telefonnya muncul sosok Adrice  kuda putih berkilau itu sedang berbaring tenang di bawah rimbunan pokok jambu air, matanya redup, rambutnya masih terikat rapi.

Segalanya masih sama. Masih seperti hari terakhir dia meninggalkan penthouse itu.

[Fayyana]
✉️ “Thank you, Chelif. Hati I tenang tengok dia. Peluk dia bagi pihak I nanti.”

Dia menyimpan gambar itu dalam galeri khas Adrice, Always Home. Album yang sudah penuh dengan detik-detik istimewa antara dia dan teman sejatinya itu.

Matanya masih tertancap pada skrin, tapi fikirannya sudah jauh. Hatinya... sedikit berat. Bukan kerana rindu pada Adrice sahaja. Tapi kerana segala yang dia tinggalkan untuk seketika: syarikat, penthouse, tanggungjawab... dan orang-orang tertentu yang mula menyentuh hatinya tanpa dia sedar.

Sejak kedatangan Altezza, banyak perkara berubah. Tidak drastik, tidak mengganggu cuma... kehadirannya terlalu senyap untuk diabaikan. Dan terlalu jujur untuk dinafikan.

Fayyana mengeluh perlahan. Matanya kembali menatap langit. Hujung awan disimbah cahaya mentari terakhir hari itu, menggambarkan bayang-bayang jingga ke dalam hatinya yang sedang berkecamuk.

Tak lama kemudian, langkah di luar bilik kedengaran. Bunyi derapan selipar, dan ketukan lembut menyentuh daun pintu.

“Princess... turun makan, mama panggil,” suara Fayyadh dari luar.

“Sekejap,” balasnya perlahan.

Dia simpan telefon, tarik nafas dalam-dalam, dan melangkah masuk ke bilik semula. Sebelum keluar, matanya singgah sekejap pada foto Adrice yang telah dibingkaikan olehnya. Gambar itu dipotret semasa Adrice masih bayi lagi, dan sekarang, Adrice tumbuh menjadi kuda dewasa yang sangat cerdik.

“Jumpa nanti, sayang...” bisiknya.

Dan dengan langkah yang tenang, Fayyana turun membawa bersamanya rindu yang masih berbaki... dan perasaan yang sedang tumbuh, perlahan-lahan.

OH YA ADA PERUBAHAN DEKAT DIORANG PUNYA UMUR OKEH?

ALTEZZA: 25
FAYYANA: 23

Maaf jika hambar
keep reading!!

Author hargai sokongan awak!
(\_/)
( • •)
/>🍯
nah madu untuk kamu!

MI ENEMIGO, MI AMOR  [og]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang