Keluar sahaja daripada dewan, suasana yang begitu sunyi terus berubah serta-merta. Aku masih lagi mencari kelibat seseorang. Mana pula kapten Waja sorang ni ? Memang nak aku panggil dia dari speaker sekolah ke apa ? Mata ku melilau tak tentu arah sehinggalah aku lihat apa yang aku patut lihat.
" Gotcha, i saw you jiq. " bisik ku.
Aku mengambil langkah dengan penuh semangat ke arah kroni yang penuh dengan lelaki kelas Delima. Lelaki yang hampir berketinggian 6 kaki itu perasan akan kemunculan ku lalu memberikan isyarat mata kepada kawannya - masa bersendirian. Lantas mereka tadi yang berkumpul terus berpecah ke haluan masing-masing. Langkah aku terhenti sebaik sahaja berada lebih kurang setengah meter daripada Haziq.
" Why ? Something is happen ? " soal Haziq.
" Nothing, but i have something to tell you. Petang ni pukul tiga, luar surau side laki. Let's meet there. " terang aku.
Haziq mengangguk sebelum memberikan 'thumbs up' kepada aku.
Lalu dia memusingkan badannya dan pergi ke arah blok akademik. Buat apa lagi, ni mesti nak pergi habiskan duit kat coop lagi.Belum sempat aku bergerak, nama ku dipanggil dari belakang. Aku memalingkan kepala ku 360 darjah dahulu sebelum diikuti badan.
" Nina! " jerit Izzah yang merupakan kawan rapatku.
" Apa, nak duit ke tu? " sindir aku.
Bila je anak tuan ni tak minta duit? Apabila kawan aku perasan akan sindiran itu, terus dia mengerutkan dahi sebelum berkata.
" Kau memang eh. Ungkit je dua puluh empat jam. " sempat dia membetulkan dulu tudungnya sebelum menyambung,
" Kau dengar tak apa yang cikgu Farill cakap tadi ? "
" Hah, apa pulak ni ? Penting ke sampai aku kena tahu ? " soal aku.
Maklumlah, penat jawab kertas kimia, takkanlah tak ngantuk. Dah guna semua tenaga nak menjawabkan ?
" Adu lah kau ni, Nina. "
Keluar dah accent orang tua dia tu.
" Nanti ada budak nak tumpang aspuri. Cikgu kata nanti dia tumpang salah satu dorm kita sebab dia sorang je. " terang Izzah.
" Budak mana pulak ni ? "
" Cikgu kata dia duduk situ lima hari. Sebab streak lima hari tu budak tu ada game dekat stadium belakang ni. " jelasnya.
" Game ? Berkumpulan ? "
" Haah. " jawab Izzah.
" Habistu teammate dia yang lain campak mana ? " soal aku.
Budak tu sorang je tinggal kat sini ? Teammate dia tidur dalam bas ke apa ?
" Mana lah aku tau. Jangan tanya aku, tanya cikgu Farill. " sempat dia promote PK Hem sekolah tu.
Otak aku makin lama tak berjalan lepas kertas kimia tadi. Ini nampak seperti petanda untuk aku tidur. Baik aku balik dorm sekarang sebelum kawan aku ni menyambung cerita dia tu. Pandailah aku tanya dormmate aku nanti.
" Izzah..what if kita balik dorm ? Paper dah habis, maksudnya boleh rehat. Malam ni ada kelas lagi. Kau jangan buat aku darah rendah just because cerita yang aku tak pernah dengar langsung ni. " rayu aku.
" Tulah, kerja kau tidur je dalam dewan. Tau lah sejuk. Ini namanya mengambil kesempatan dalam kesempitan. Tak elok, tak elok. "
Habis sahaja bebelan Izzah, terus aku menarik tangannya untuk pulang ke asrama. Ni kalau bukan aku yang jalan, memang kat depan dewan je sampai ke petang. Jam ditangan menunjukkan dah nak masuk waktu Zohor. Kisah apa kan ? Cuti buat cara orang cuti.

ANDA SEDANG MEMBACA
ASPURI : The Junior [ COMPLETE ]
Teen FictionSepanjang lima tahun berada di Sekolah Berasrama Penuh, Nina tidak pernah lagi merasa dirinya begitu teruk. Sampailah suatu masa, dirinya diguna oleh ahli kelasnya sendiri yang menyebabkan dia sudah tidak percayakan lelaki kecuali teman lelakinya...