Bab 19 : POV Nik

464 18 2
                                        

Akhirnya, selepas beberapa jam terperangkap di dalam bas, kami tiba juga di Sekolah Kebangsaan Batu Aman. Sebaik sahaja bas berhenti, aku terus keluar dan merenggangkan badan. Rasa puas yang melampau. Apa yang penting, masih ada masa lagi sebelum permainan sebenar bermula. Jadi aku hanya membuat keputusan untuk berehat di bilik persalinan.

Sementera menunggu untuk dipanggil, kami berbaring di bangku yang disediakan. Ada juga yang duduk di atas lantai sambil melunjurkan kaki. Masing-masing bermain dengan telefon mereka. Aku? Hanya baring sambil merenung siling. Betapa sakitnya badan belakang ku sehingga tak boleh tidur. Ni semua salah bas tadi. Haih, malangnya nasib.

"Okay, guys. Takdir menentukan kita untuk berlawan dengan Perak dulu." kata Liam - yang merupakan pengurus pasukan kami - sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Oh yeah, jangan lupa ambik glove batting dekat aku nanti." pesanan diberi sebelum menutup semula pintu dan pergi.

Secara automatik, kami semua berdiri untuk bersiap sedia. Selesai sahaja urusan kami, satu persatu keluar menuju ke padang utama. Sebagai orang terakhir, aku menutup kesemua lampu dan kipas sebelum beredar dari bilik itu. Dalam perjalan ke padang, telefon pintar ku berdering menandakan mesej baharu sahaja masuk. Aku buka mesej itu dan bacanya satu persatu.

Tokma nak jumpa after game

Hah? Tokma? Kenapa pulak orang tua tu nak jumpa. Bukan ke dia benci aku? Ke, Idlan yang buat masalah? Eh, jap. Asal Idlan tak bagitau aku kat padang je nanti? Haih, masalah betul lah.

________________________________________

Akhirnya, tamat juga perlawanan yang aku boleh anggap sengit juga. Nasib menyebelahi kami dengan kemenangan 19 - 18 ke atas Perak. Esok sambung negeri lain pula. Negeri apa? Kami pun tak tahu lagi.

"Iman, jom." bahuku ditepuk. Tanpa toleh pun aku dah tau siapa.

"Cepatlah, asal tercegat?" selorohnya.

Aku segera mengikuti langkah Idlan naik ke bahagian tempat duduk penonton.

"Sampai pun cucu nenek." ujarnya.

Idlan menundukkan badannya untuk bersalaman sementara aku hanya menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Bukannya tak nak salam, tapi...

"Tokma dengar Idlan dah dapat anugerah pemukul terbaik hari tu." mula dah...

"Oh, ya. Betul tokma. Alah biasa-biasa je. Iman lagi pro. Dia dapat an..."

"Hah, yelah." potong Tokma. Dia mula menayangkan muka menyampahnya.

Idlan hanya tersenyum memandang ke arah ku. Aku hanya mengangguk sebagai tanda 'dah biasa kena'. Selepas itu, mereka hanya berbual kosong sambil duduk. Manakala aku hanya berdiri di tepi Idlan. Sehinggalah tamat, mereka akhirnya mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain. Aku ingatkan sudah habis. Sebaliknya, tokma ingin bercakap dengan ku - cuma kami berdua. Apabila mendapati kelibat Idlan dan pembantu Tokma sudah tidak kelihatan, Tokma memulakan bicara.

"Jadi, kau dah jumpa keluarga kau?" soalan dilontarkan. Aku mengerutkan kening.

"Tak payah selindung dengan aku lagilah. Macam aku tak tau kau dah jumpa kakak kau, kan?"

"Tokma, saya pun tak tau apa yang tokma cuba sampaikan ni." ujarku dengan nada selembut yang boleh.

Tokma segera mengeluarkan beberapa keping gambar dari beg bimbitnya dan baling ke arah ku. Nak tak nak, aku terpaksa mengutip satu persatu gambar itu walaupun maruah ku rasa seperti dipijak. Setiap gambar mempunyai orang yang sama. Dan orang itu merupakan orang yang aku selidik selama ini.

ASPURI : The Junior Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang