Muka buku...
kau, aku, kita, dan mereka...
semuanya mempunyai MUKA BUKU...
sama ada kita beroleh kebaikan
ataupun keburukan darinya...
itulah yang kita dok scroll setiap hari, setiap ketika...
pelbagai ragam manusia boleh dilihat
ada yang tertawa
ada yang menangis
ada yang gembira bercinta
ada yang meroyan putus cinta
ada yang islamik sentiasa
ada pula yang jadi chef post masakannya
tidak kurang pula yang memaki selamba
seolah olah dunia MUKA BUKU hanya milik dia
sesi kutuk mengutuk bermula
minah salah, tipah salah, leha pon salah...
dia saja yang tak salah...
Punca MUKA BUKU
boleh jadi kawan tukar bercinta
boleh jadi teman tukar bermusuh
boleh jadi cinta tukar jadi benci
boleh jadi perang dunia kedua bila kecurangan mula terjadi
Bahaya...
Kau takkan boleh semak manusia melalui Muka Buku-nya
kau takkan pernah kenal erti persahabatan melalui status tag semata
kau juga tidak akan kenal erti cinta sejati melalui status FB yang terpatri
come on....
get a life...
kehidupan realiti lebih indah untuk dinikmati
semoga kita mampu mengawalnya
bukan dia yang mengawal kita
segalanya bermula dengan diri sendiri
bermula dengan hati
by AKU TIADA MUKA BUKU (Nurul Laluna)
YOU ARE READING
Pekat Manis kehidupan ♥
PoetryBebelan seorang penjiwa di penghujung zaman remaja. hati main kental , lalu makin kenal erti makna yang namanya .. tanggungjawab sahabat cinta keluarga dan Maha Pencipta renung renungkan dan selamat termenung! just get a life people, with something...