15 ♡ bohong

32 10 2
                                    

15 ♡ bohong

15 ♡ bohong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BOHONG.

Kau berkata akan sentiasa ada untukku. Kau menggenggamku erat, mengatakan kalau kau tidak akan meninggalkanku. Kau memelukku erat, seolah-olah cinta kita bakal selamanya.

Pada akhirnya, dunia tidak menginginkan kita berdua bersama.

Kau dan aku, tidak boleh bersama. Aku tahu itu setelah melihatnya.

"Hana! Jaga-jaga!" Aku yang sedang berada di tengah jalan, berpaling ke arah suara itu.

Bibirku automatik tersenyum lebar. Telefon di tanganku menandakan aku sedang menghubungi Maru, tidak kusangka Maru berada di hadapanku sambil menelefonku.

Namun kenapa dengan raut cemasnya? Aku tidak boleh mendengarnya.

"Hana!"

Buk!

Membulat mataku. Telefonku jatuh menyembah jalan tar, tubuhku dipeluk seerat mungkin. Fikiranku kosong. Darah yang terpercik bersama tubuh Maru yang dilanggar oleh sebuah kereta. Tanganku menggigil hebat.

Maru berdarah.

Ke... kenapa Maru menyelamatkanku?

"Ma... Maru!" Aku teriak.

"Maru! Awak tak main-main, kan? Sedarlah! Maru!" Teriak sekuat hatiku agar ada yang mendengarnya.

Seminggu lepas, aku sah menjadi isteri Maru. Tubuhnya yang berdarah aku goncang-goncang, suara riuh orang-orang tidak didengariku. Apa yang aku fikirkan sekarang hanya Maru. Aku harap dia mengatakan sesuatu.

Aku harap dia membuka matanya dan memandangku penuh cinta seperti yang dia suka lakukan.

"Maru!"

Andai aku yang dilanggar, pasti lebih baik.

[♡]

SEBULAN aku menunggu Maru membuka matanya. Setiap hari aku melawatnya, berharap Maru akan sedar. Di hospital, aku melihat Maru yang terbaring atas katil tidak sedarkan diri.

Bunga aster jingga aku letakkan atas dadanya.

"Saya harap awak cepat sembuh, sedarlah..." Itu maksud bunga yang aku hadiahkan untuk Maru.

Tidak apa-apa, aku sudah terbiasa menunggu. Aku boleh menunggu lebih lama. Aku baik-baik sahaja. Lagipun menunggu tidak susah, kan?

Tetapi, kenapa?

Tangannya aku genggam erat, membiarkan air mataku mengalir atas kulit Maru. Bibirku menggumam tiada henti, berharap Maru cepat-cepat sedar dan memandangku. Tiba-tiba seorang doktor perempuan masuk ke dalam.

Lantas aku bangun.

"Ini puan, saya takut puan tak makan sebab dah beberapa hari puan tak balik rumah. Ambillah, suami saya masak sedap," kata doktor perempuam itu ramah seraya menghulurkan mangkuk bertingkat ke arahku.

Mataku berkaca-kaca. Doktor perempuan yang berada di hadapanku ialah Eleanora.

Bukan, Haruka. Perempuan yang aku pernah bunuh di kehidupan sebelumnya kini menghulurkan makanan agar aku tidak mati kelaparan. Bibirku bergetar hebat, aku ingin memohon maaf.

Maaf kerana diriku yang dulu sangat jahat.

"Maafkan aku... maaf." Teresak-esak aku memohon kepadanya buat Haruka tersentak. Lantas dia menghampiriku yang menangis tiba-tiba.

Aku jahat.

"Puan kenapa ni? Puan tak pernah buat salah kat saya. Shhh..." pujuk Haruka seraya menepuk lembut belakang tubuhku. Cuba meredakan tangisanku.

Ternyata Haruka sudah bahagia, syukurlah. Di kehidupan sebelum ini, Haruka tidak dapat bersama dengan lelaki yang dicintainya.

Erat aku memeluk tubuh Haruka buat Haruka blur seketika. Mengeluarkan tangisanku, aku menyesal kerana pernah membunuhnya. Kerana cinta gilaku, semua jadi tidak menentu. Aku menghancurkannya.

Seharusnya aku tidak berharap dapat bersama Maru. Seharusnya aku buang perasaan ini jauh-jauh lebih awal agar tidak sakit hati. Aku mencintai sehebat ini.

Dan aku rasa sakit yang terlalu dalam.

"Semuanya akan baik-baik sahaja, puan." Pelukanku dibalas Haruka.

Kerana asyik menangis, akhirnya aku terlelap sendiri. Haruka hanya tersenyum melihatku kini terlelap di samping Maru. Tidak lama itu, tinggal aku dan Maru berdua di sini.

Aku berharap hari esok Maru melihatku.

[♡]

❝ I'm here missing you, always. ❞

Finished on Monday, 22 April 2024Published on Wednesday, 24 April 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Monday, 22 April 2024
Published on Wednesday, 24 April 2024

544 words

HANAMARU [C]Where stories live. Discover now