47

128 5 0
                                    

Selamat sudah dia mengharungi tiga bulan pertama sebagai System Analyst di Khazanah. Mine juga sudah selamat menerima Jawatan sebagai Jurutera di Sektor Awam. Rezeki anak-anak, mereka cuma menumpang dan menjalankan amanah Allah. Dia pegang kata-kata Abah. Bukan sebab Abah seorang Abah tapi Abah tu Orang yang banyak ilmunya. 

"Orang zaman dulu, kaum Quraisy, diorang ni kan Kafir, jahil pula. Jadi apabila dengar khabar atau berita ada baby lahir, mereka akan bunuh anak yang baru lahir tu" ketika Abah mengutarakan itu, Mine berpaling ke belakang merenung tepat ke matanya. Mereka ketika itu sedang sama-sama berkongsi kewalangan hati. Fatimah baru masuk empat bulan,sudah mendapat berita baru.

"Mereka tak pernah percaya dengan janji Allah. Mana nak percaya, Allah sendiri pun mereka lawan, Nabi mereka nak bunuh. Allah tetapkan dan jamin setiap anak ada rezekinya. Dalam surah Al Isra ayat lima, termaktub dengan jelas, Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu" Abah bagi tazkirah tak buka kitab maksudnya dia dah hafal apa yang nak dicakap tu. Entah-entah Abah dah tau ke.

"Ahmad Muhaimin, bila bergelar seorang bapa, ketahuilah kamu, anak tu ujian, isteri itu ujian, rumahtangga itu ujian, duit, orang, semuanya ujian. Bila menjadi seorang ketua kapal, anak-anak kapal ini akan mengikut arahan ketua. Salah arahan, tenggelam lah kapal kamu. Tapi kamu tak boleh belayar sendiri. Untuk berjaya sampai ke pelabuhan, kamu perlukan anak-anak kapal ni. Cuma jangan pula kita membuat keputusan mengikut emosi atau perasaan atau mengikut sangat kata sekeliling. Silap-silap boleh dilanda badai" panjang lebar nasihat Abah.

"Angah faham. insha'Allah Angah akan jaga semua hal dengan elok dan baik, Bah." Abah mengangguk memberikan kepercayaan. Ket itu anak yatim piatu, Ket dah lama menjalani hidup sendiri. Keputusan dibuat sendiri. Kasihan. Walaupun Mine anaknya tapi kalau salah tetap salah.

"Perempuan dijadikan dari tulang rusuk yang bengok. Tak boleh dipaksa,kalau tak patah. Cukuplah kita lembutkannya" mereka yang mendengarkan semua mengangguk bersetuju.

"InshaAllah, Abah. Ket akan jaga rumahtangga dan hubungan kami elok-elok. Abah dan Ummi jangan risau"

"Ket, tak payah risau. Abang akan jaga Ket dan anak-anak kita dengan baik. Sejak dari Abang halalkan Ket, malah sebelum dari tu lagi, Abang dah tanamkan dalam hati Abang, Abang akan berusaha untuk membina keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah." Dia akui dia cepat melatah. Ketika Ket memberitahu hal "adik" Fatimah kelmarin, responnya yang terkejut mungkin telah mengecilkan hati Ket. Kalau tak, tak akan isterinya itu menjawab sepatah bila ditanya sepatah. Suasana seperti ketika mereka masing-masing berusia 17 dan 21 dahulu.

"Eh kejap-kejap. Anak-anak? Biar betul, Angah?" Faty kalau tiba bab-bab ni memang cepat pickup dia. Tak sia-sia TNB ambil dia kerja. Mesti cepat je settle surat Kebenaran Merancang. Faty dah tiga bulan dapat bekerja sebagai Jurutera TNB, Ummi pening kepala sebab dapat di Klang, duduk sekali dengan keluarga.

"Pening la Ummi, mulut tak berhenti bercakap. Acik ni kat office tu tak penat ke bercakap sampaikan kat rumah pun nak sambung cerita?" Tu la bebelan Ummi yang biasa mereka dengar. 

"Kat office kerja Acik hadap surat-surat dengan kira-kira je. Pergi meeting seminggu sekali. Mana dapat banyak cakap" tu la jawapan standard Faty.

"InshaAllah Fatimah nak dapat adik. Kandungan baru lagi. Terkejut kami" Mine dengan tenang memberitahu berita tu. Faty dah terlopong. Farah dan Muaz saling berpandangan. Ummi dan Abah pun saling memandang tapi sambil tersenyum. Ket blur.

"Ummi dah dapat agak dah sebenarnya. Gerak hati Ummi kot. Tengok Ket tak berselera makan. Lepastu semalam tiba-tiba Angah beritahu nak bermalam sini sebab teringin kuah kacang Ummi, tapi muka ada masalah." Dia tahu gerak hatinya tepat. 

[💚COMPLETED] JODOH MR.MINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang