Teaser

5 0 0
                                    


Joanna Kath

Dilahirkan dengan kelebihan deria keenam bukanlah sesuatu yang dibanggakan.
Joanna kadang-kadang tertekan dengan apa yang perlu dia lalui setiap hari. Hari demi hari seiring dengan usia meningkat remaja, dia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang kadang kala boleh berubah menjadi seram tidak kira siang ataupun malam. Kini dia mampu mengendahkan wajah menakutkan yang boleh muncul bila-bila masa sahaja. Dulu dia tidak faham, mengapa dia dilahirkan dengan kelebihan itu. Tetapi kini dia tidak kisah. Terpaksa menerima hakikat. Bertindak mengikut situasi seiring dengan peredaran masa. Hidupnya aman semenjak dia boleh mengawal diri dan kelebihannya. Namun itu tidak kekal lama. Kelebihan yang dimiliki rupanya ada tanggungjawab yang terpaksa dipikul. Selepas seorang pelajar lelaki berpindah ke sekolah Joanna, dia kembali melihat sesuatu yang menakutkan, bahkan sampai tidak terkawal. Kerana ada sesuatu yang mengekori lelaki itu. Perlukah Joanna memberi amaran kepada lelaki itu agar berwaspada? Sikap campur tangan bukanlah sifat Joanna. Namun ada sesuatu yang mendorong Joanna untuk membantu kerana entiti itu juga menyasarkan Joanna kerana kelebihannya. Mereka sama-sama dalam bahaya.

"I can See something else in you. " ujar Joanna kepada Alexander dengan sinis.

"That thing is not friendly at all. " usai berkata begitu, dia pergi meninggalkan lelaki itu yang nampak binggung.

Alexander Nelson

Ini sudah kesepuluh kalinya Alexander berpindah sekolah. Dia yang terpaksa berpindah selepas perkara yang hampir meragut nyawa ramai orang di sekolah lama menyebabkan dia dibuang sekolah tanpa diberi kesempatan untuk menjelaskan. Mujur saja sekolah ini tidak banyak tanya mengapa dalam setahun dia berpindah ke banyak sekolah. Masuk saja sekolah baru di hari pertama dia sudah diberi kejutan dari seorang gadis di sekolah itu. Sama ada itu amaran atau sekadar pemberitahuan pun dia tidak pasti. Yang pasti dia sangat terkejut dengan kata-kata gadis itu. Sebelum ini dia selalu beranggapan bahawa dirinya pembawa sial. Sesiapa yang mendekati dirinya pasti akan terkena musibah yang tidak masuk akal.

"Apa yang awak nampak? " Alexander bertanya menyebabkan gadis itu memberhentikan langkah. Diam.

"Old grudge. Perjanjian syaitan. "

Singkat, padat. Cukup membuatkan bulu roma meremang. Kini Alexander sedikit mengerti. Betullah kata neneknya sebelum dia meninggal. Sihir yang memakan tuannya! Dan dia yang terpaksa menanggung dendam jelmaan itu kerana dia satu-satunya waris lelaki keluarnya yang masih hidup.

**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ ˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*

Misteri, dendam, sihir.
Bolehkah semua itu dirungkai? Moga saja tiada yang terkorban.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Where stories live. Discover now