BAB 20

60 5 1
                                    

Aira, Drea dan Nazira berjalan di belakang bangunan kelas mereka. Sambil sambil mereka berjalan, ketiga tiga gadis itu berbual dengan satu sama lain.

"Weh, kau tau tak aku rasa la kan matematik ni susah la" kata Nazira. Aira mengangguk setuju.

"Itu lah tu. Kena ulangkaji banyak lagi. Minggu depan dah nak exam akhir tahun" kata Aira. Drea hanya diam. Tiba tiba mereka terdengar satu suara dari arah belakang.

Drea berpaling ke arah belakang. Begitu juga dengan Aira dan Nazira. Berkerut dahi Aira tatkala melihat Amir yang sedang berlari  anak ke arah mereka.

"Weh, korang ada seringgit tak? Aku nak pinjam" kata Amir. Drea dan Nazira menggeleng kepala serentak manakala Aira pula mengeluarkan duitnya dari poket seluar tracknya.

"Kau nak buat apa dengan duit ni?" Tanya Nazira.

"Aku nak bayar duit yang cikgu Farhana minta semalam tu. Aku lupa nak bawa la" ujar Amir.

"Nah" Amir mengambil duit itu. Dia tersenyum nipis.

"Terima kasih Aira. Esok aku bayar balik" Aira mengangguk faham. Amir terus beredar dari situ dan berlari mendekati rakan rakannya semula.

KRINGG

"Dah, jom" ajak Aira. Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam kelas selepas mendengar bunyi loceng.

"Baiklah, jadi hari tu saya ada minta kamu bayar duit untuk prolab sejarah kan? Tapi, ada duit lebih jadi kamu boleh ambil semula duit tu" kata Cikgu Farhana. Dia memberikan semula baki wang kepada semua pelajar.

Amir bangun dan mendekati meja Aira. Dia memberikan semula seringgit yang Aira berikan padanya tadi.

"Nah, terima kasih Aira. Kau boleh ambil balik duit ni" kata Amir. Aira menurut. Amir kembali ke mejanya semula.

"Harini, saya ganti kelas kamu untuk subjek bahasa melayu. Jadi, keluarkan buku tatabahasa dan bina ayat berdasarkan perkataan yang saya tulis di papan ini" ujar Cikgu Farhana. Dia mula menulis sesuatu di papan putih.

Sewaktu Amir ingin membina ayat seperti yang Cikgu Farhana menyuruh mereka, dia menyandarkan dirinya ke belakang kerusi.

"Blur je kau ni, kenapa?" Soal Farhan.

"Tengah cari idea" balas Amir ringkas. Farhan mengangguk faham dan kembali diam. Tidak mahu menganggu lelaki itu.

Amir melihat ke arah sekeliling kelas sebelum matanya tertancap kepada Aira yang sedang menulis.

Dia terus mencapai pen hitamnya dan menulis di buku latihan lalu dia bangun dan berjalan ke arah meja guru.

Sewaktu cikgu Farhana sedang memeriksa kesemua latihan Amir, dia terkedu apabila membaca satu ayat ini.

"Aira, kamu nak tau tak? Amir letak nama kau dalam ayat dia" kata Cikgu Farhana. Aira memandang ke arah Amir. Amir menutup wajahnya.

"Cikgu, janganlah..malu" kata Amir. Aayash tersenyum mengusik.

"Ayat apa tu cikgu?" Soalnya.

"Wah, cantiknya Aira" satu kelas tersenyum saat mendengar ayat itu. Tahu sangat yang Amir sukakan Aira.

Aira turut tersenyum malu. Dia menyembamkan wajahnya di atas meja. Wajah rakan rakannya langsung tidak dipandang.

To be continue..

 ZARIEL'SWhere stories live. Discover now