CHAPTER 7

7 5 1
                                    

Kemunculan Aryan membuat Vin sedikit tersisih, walaupun begitu Vin cuba menerima hakikat yang Aryan merupakan abang sepupu pada Vin.

"Vin awak okey ke?" tanya Dara pada Vin.

"Dara Vin okey, Dara jangn lah risau ehh.." Vin cuba tenangkan Dara.

"Dara, boleh tolong abang tak?" Aryan yang muncul tiba-tiba entah dari mana, datang meminta pertolongan dari Dara.

"Tolong apa?" tanya Dara.

"Tolong buatkan abang bekal esok boleh, sebab esok abang dengan Pak ngah nak pergi keluar." kata Aryan sambil tersenyum.

Dara hanya mengangguk kan kepala, Aryan memandang sinis wajah Vin sebelum melangkah pergi.

"Vin jom makan Dara ada buat kek, Vin nak tak?" Vin hanya tersenyum dan mengangguk kan kepala sahaja.

Vin dan Dara menghabiskan masa bersama di dapur sambil memakna kek buatan Dara sendiri.

Malam itu di rumah Dara Encik Hashim semangat bersembang dengan Aryan manakala Hakim dan Vin lebih memilih berada di dapur untuk menemani Dara dan Ibu Sarah.

"Kamu berdua tak nak duduk di depan ke, Mak cik tengok Pak cik kamu tu rancak semangat bersembang." kata Ibu Sarah.

"Ehh tak pa lah Mak cik, tengok Pak cik tu macam semangat betul tak nak la kacau diorang." Kata Hakim pula.

'Iya lah, Pak cik kamu tu memang sayang betul dia dengan Aryan, dari Aryan kecil lagi macam-macam Aryan tu dapat dari Pak cik kamu tu." kata Ibu Sarah lagi.

"Aryan tu memang tinggal kat sini ke?" tanya Hakim, Vin hanye diam dari tadi mata nya lebih fokus pada Dara sejujurnya.

"Dulu dia tinggal disini lepas keluarga dia pindah ke bandar Aryan pun ikut lah tapi  dulu dia selalu ja balik." kata Ibu Sarah lagi. Hakim hanya mengangguk.

Ibu Sarah meminta izin untuk ke ruang tamu memandangkan Vin dan Hakim tak mau, Hakim pula nak masuk ke bilik terus kalau dia stay lama-lama kat dapur ni terpaksa pulak dia layan adegan Vin dengan Dara lebih baik pergi.

"Dara, boleh Vin tanya?" soal Vin pada Dara.

"Boleh, Vin nak tanya apa, tanya lah." kata Dara pula.

"Dara memang rapat dengan Aryan tu ke dari kecil?" soal Vin entah kenapa hati nya rasa tak tenang sejak Aryan datang.

"Dara dengan Aryan memang kenal dari kecil tapi dan bagi Dara Aryan macam abang Dara sendiri sebab dia selalu jaga Dara masa kecil?" jawab Dara.

Vin hanya tersenyum, dia takut jika dia bakal kehilangan Dara kerana Aryan, jujur dia takut, dia tak mahu perkara itu terjadi, dan sangat takut jika ia terjadi mungkin dia akan menjadi orang paling terluka.

"Dara, walau apa pun terjadi, Vin tetap akan ada di sisi Dara, dan tak kan sesekali meninggalkan Dara sendiri, Vin janji dengan nyawa Vin sendiri." Kata Vin sambil memegang tangan Dara.

"Vin, andai Vin tahu kebahagiaan Dara ada pada Vin saja, jika Dara hilang Vin Dara tak mampu untuk bertahan hidup mungkin Dara akan bunuh diri..." Vin meletakkan jari di bibir Dara untuk menghentikan percakapan nya.

"Jangan Dara, jangan sesekali fikir begitu, jangan sesekali tinggalkan Vin disini, jika benar Dara ingin pergi bawa Vin sekali jangan biarkan Vin sendiri, berpisah seminggu sahaja Vin tak mampu apa lagi selamanya." kata Vin sambil menyatukan kepalanya dengan kepala Dara.

" kata Vin sambil menyatukan kepalanya dengan kepala Dara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
VINDARA [On Going]Where stories live. Discover now