Chapter 1:

2 0 0
                                    

Tip...

Tip...

Tip...

Darah segar yang mengalir dari kaki menghasilkan titisan di atas air dan turut menghasilkan gema di ruangan kosong itu.

Darah segar yang mengalir dari kaki menghasilkan titisan di atas air dan turut menghasilkan gema di ruangan kosong itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kenapa kau ni menyusahkan sangat?!,cuba jadi anak yang berguna sikit! Bawa sial aje." Bertubi-tubi tengkingan itu melanda diri ku. Suara garau yang menyakitkan hati.

"Dah 18 tahun kan? Kenapa mindset macam budak tadika lagi!? Berapa kali aku nak pesan? Jangan kau masuk campur dalam urusan aku. Ke tak faham bahasa melayu?" Jelas wajah ayahku membengis.

Wajahku kosong, tiada ekspresi yang aku paparkan.

Hati bagaikan membeku, tidak menyerap kata-kata hina itu. Mungkin aku sudah terbiasa.

Erical Lutfan bin Eskandar, ya. Nama yang teruk, aku juga berharap tak dilahirkan ke dunia ini. Penuh keburukan dan maksiat, tiada yang menarik di dunia yang hina ini.

Walau bagaimana sekali pun. Aku akan tumbuh dewasa sebagai lelaki sejati. Ugh ayat lama!

Whatever.

Tujuan hidup aku hanya untuk balas dendam.

1:00 pagi aku melangkah keluar dari rumah mewah kepunyaan ayah. Walaupun kami dikenali sebagai keluarga terkaya di bandar ini, hidup kami tak begitu indah.

Hidup aku mula musnah selepas kematian ibu, ibu hilang tanpa jejak. Itu yang semakin membuat ku di remuk dengan soalan dan pelbagai misteri yang harus aku ungkap kan.

Semasa umur enam tahun aku bertahan sendiri tanpa sosok seorang ibu,dengan cabaran dikurniakan lelaki hina untuk menjaga aku.

Ayah aku hanya seorang hotel manager. Jarang berada di rumah,jadi aku terasa sedikit bebas.

Kebiasaan yang aku lakukan hanya keluar berkeliaran. Tiada tujuan, hanya tawaf seluruh kawasan rumah dan termenung dengan perasaan bengang.

Rumah banglo ini pula terletak di kawasan pendalaman yang di beri nama Noia. Di ambil dari bahasa Itali yang bermaksud kebosanan, jadi memang tak dapat dinafikan lagi. Memang membosankan.

Tenang,tapi sepi.

Hanya ditemani oleh sinar rembulan dan beberapa ekor burung yang berterbangan bebas di langit malam.

Mula kedengaran daun-daun kering di injak disebalik semak-samun yang suram.

Kehadiran sesuatu...

Pantas aku menoleh ke arah sumber suara itu dengan rasa pelik.

Selalunya, jarang manusia bumi dapat tembus ke dalam hutan ni. Pendek kata, tak tahu langsung kewujudan hutan ni.

"Ugh! Daddy memang langsung tak faham Arish!" kedengaran suara perempuan kecil dengan nada yang kesal.

Bergaun putih bersih, bagaikan puteri bangsawan. Apa dia buat dekat hutan ni? Nak kena telan dengan harimau ke?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

1:00 a.m. Where stories live. Discover now