Bab 7

24 17 0
                                    

WARDAH melangkah masuk ke dalam rumah perlindungan kanak-kanak itu. Di rumah ini terdapat ramai kanak-kanak yang datang daripada latar yang berlainan. Ada yang dibuang keluarga, ada juga anak yatim dan sebagainya. Kalau bukan kerana rumah perlindungan kanak-kanak Ar-Raudah, entah apalah nasib yang akan menimpa mereka.

Dia memandang sekeliling mencari seseorang namun kelibat orang itu tidak kelihatan. "Ustazah cari siapa?" soal seseorang.

"Eh, Amsyar rupanya. Kamu nampak Syifa tak? Ustazah nak jumpa dia sebentar. Kalau kamu terserempak dengan dia, suruh dia datang jumpa ustazah ye," ucap Wardah.

"Insyaallah, baik ustazah."

Wardah berlalu pergi meninggalkan Amsyar yang kembali menyiapkan tugasannya. Kanak-kanak yang tinggal di sini telah di didik agar menjadi seorang yang taat mengikuti perintah agama. Di sini, mereka belajar tentang apa itu erti kehidupan. Mereka perlulah di didik dari sekarang agar bila mereka besar, mereka tahu bagaimana untuk menguruskan hidup mereka sendiri.

Wardah membuang pandangannya ke luar tingkap. Peristiwa beberapa tahun lepas bermain di kotak ingatannya.

Sahabatnya datang menghampiri dia. Wajah sembap gadis itu ditatap lama cuba menafsirkan apakah maksud disebalik semua ini.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Wardah.

"Awak.. saya dah buat kesilapan yang besar." Air mata gadis itu mengalir deras.

"Maksud awak?" Tangan gadis itu digenggam kemas oleh Wardah.

"S-saya.. mengandung." Usai mengatakan itu, cawan yang dipegang olehnya jatuh terhempas ke permukaan tanah.

Jeda.

"Apa maksud awak? Siapa ayah kepada anak awak itu?"

"Syakir, teman lelaki saya. Kami berdua terlanjur. Hiks, hiks.. apa patut saya buat? Saya dah tak suci lagi. Allah mesti benci pada orang seperti saya ini kan?"

"Astaghfirullah hal'azim, tak baik bersangka buruk tau. Allah itu kan maha pengampun. Sebesar mana pun dosa hambanya, selagi masih ada peluang untuk bertaubat, jangan kita persiakan peluang itu," terang Wardah. Sedikit sebanyak, dia akan cuba untuk membantu sahabatnya. Kawan mana yang sanggup melihat kawan baiknya hidup dalam keadaan ketakutan dan serba salah kan?

Syifa menggoncangkan tangan Wardah perlahan. Terus Wardah kembali kepada dunia realiti semula.

"Assalamualaikum ustazah. Ustazah nak jumpa saya ke?" tanya Syifa.

"Waalaikumussalam, ye. Duduklah, maaf ustazah tak perasan. Bila kamu sampai?"

"Tak mengapa, saya baru je sampai tadi. Kenapa ustazah nak jumpa saya?" Wajah Syifa jelas menunjukkan reaksi tertanya-tanya.

Nafas ditarik panjang sebelum dia menyambung ucapannya. "Kalau ustazah beritahu kamu, ustazah harap kamu usah buat keputusan yang terburu-buru."

"Beritahu apa?"

"Ibu kandung kamu.. dia hendak jemput kamu balik semula ke pangkuannya. Adakah kamu terima?"

"Tak.. saya tak nak. Dia fikir selepas dia buang saya, saya akan terima dia semula? Empat belas tahun ustazah.. empat belas tahun. Empat belas tahun bukanlah masa yang singkat bagi saya. Saya hidup diambang kesusahan. Dia buang saya sewaktu saya masih bayi. Kenapa bukan dari dahulu je dia cari saya? Saya hidup dalam keadaan kucar-kacir ustazah. Tapi, alhamdulillah. Kerana ustazah dan ayah haji lah saya masih hidup sampai sekarang." Mata Wardah berkaca. Kata-kata Syifa menusuk ke kalbunya. Dia faham perasaan Syifa. Hidup tanpa mengetahui keberadaan ibu kandungnya dan langsung tidak mengenali siapa ayah dan ibu kandungnya.

"Tak mengapa, ustazah faham. Ustazah beri kamu masa dan ruang untuk kamu berfikir. Berfikirlah sehabis baik."

Mawar Untuk Dia (OG)Where stories live. Discover now