CHAP 03| PERTEMUAN PERTAMA

13 3 0
                                        

𝑀𝓇𝓈 𝐵𝑒𝓁𝓋𝓎𝓃𝒶 𝒳 𝑀𝓇 𝑀𝒶𝓁𝒹𝑒𝓋𝒶𝓃

Belvyna pergi ke area belakang sekolah yang direkomendasikan oleh Anastasia, mereka berancang mahu pergi bersama, tetapi kata Anastasia ada urusan sebentar. Jadi, Belvyna pun untuk pergi sendiri.

"Tapi kau perlu berhati-hati. Ada buaya darat disitu.."

Pesan Anastasia sebelum aku berdegil juga nak pergi ketempat ini.

Belvyna mengatur langkah menuju kearah sungai. Ada sebuah pokok yang berdiri ditepi sungai yang jernih. Pokok itu adalah pokok abadi yang pernah diceritakan oleh abangnya. Benar.. pokok itu sangat besar, telah hidup beribu tahun walaupun rendah.

Belvyna duduk diatas akar yang menjalar kesungai. Kakinya bermain air, sejuk, nyaman. Dimana lagi tempat yang nyaman dan tenang diakademi ini selain disini?

"Ahh sial!" Tempelak seseorang, "kenapa aku berkata begitu padanya?" Tambah orang itu.

Belvyna berdiri, terkapai-kapai nak tahu siapakah gerangan-

Bingkas bangun dari tempat duduk sebelum mendongak keatas. Tiba-tiba ranting kayu jatuh dari atas pokok dan mengenai dari licin Belvyna.

PUK.

"Aww!" Adu Belvyna lalu terduduk kerana hilang keseimbangan.

Lelaki itu memanjangkan lehernya untuk menjenguk siapakah mangsa ranting kayu yang dihumban olehnya tadi? Melihat Belvyna mengusap dahi dengan muka berkerut 'sepuluh'. dia pun segera lompat dari atas pokok.

"Maafkan saya, saya tidak perasan ada orang dibawah.. anda tidak apa-apa?" Lelaki itu menghulurkan tangan diayat terakhir.

Belvyna angkat wajah, hendak marah tapi matanya lebih dulu terpaku dengan lelaki itu. Rambut hitam keperangan, mata berwarna hitam keemasan seakan permata.. unik.. adalah dia Noblesse?

Persoalan demi persoalan melintasi fikirannya tetapi hanya terfokuskan kepada satu ayat, siapakah lelaki itu? Adakah dia bangsawan Noblesse? Aku ingin tahu.

Matanya memandang setiap sudut wajah lelaki itu.. sehinggalah terhenti dibibir merah jambu milik lelaki itu. Sudut bibir Lelaki itu terangkat menjadi senyuman senget. Smirk.

Belvyna tersentap, mukanya merona sebelum dia bangun sendiri tanpa menyambut huluran Jeo. Sebelum mulut laju melontarlan alasan.. "Penglihatan saya kabur"

Jeo ketawa kecil. Dia tahu sebenarnya Belvyna berbohong. Tapi dia hanya melepaskanya.. at least for now.

"Maaf ya, anda kesakitan ya sampai pandangan anda menjadi kabur" padahal cuma terkena ranting, bukannya batu.

"Tidak mengapa, saya tidak apa-apa" ucap Belvyna, kaku!

'apa yang aku fikirkan tadi? Otak aku jatuh tergolek ditengah jalan ke semasa dalam perjalanan kelmarin? Kenapa aku asyik terkesima saja?' monolog hati Belvyna.

Tiba-tiba bahunya terasa berat dirangkul oleh seseorang.

"Hey Jeo, mana Dian dan Cyaa?" Sela Anastasia kepada lelaki yang bernama Jeo itu.

"Diantha katanya ada urusan, kejap lagi dia datang la tu" jawap Jeo mula bercakap santai.

"Cyaa?"

'Jeo' tidak menjawap soalan itu. Raut mukanya menunjukkan bahwa dia sedang ada masalah dengan orang yang bernama 'Cyaa'.

"Kau masih bertengkar dengan dia kah?" Anastasia menyoal lagi.

Jeo masih sama, enggan menjawap. Belvyna hanya diam, dia tidak ingin mencelah. Alang-alang jadi pendengar sajalah jadinya.

Beuty In Love [Repair?]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang