[ Dilara ng me berik n mak nan pada haiw n]
Dengan muka ketat, aku tenung signboard amaran yang hidup segan mati tak mahu itu. Macam tengok gigi rongak Wak Songo. Lopong sana, lopong sini. Fikir apa? Nak ajak teka silang kata tengah-tengah hutan ni?
Kalau aku jumpa signboard ni setengah jam lepas di mana aku masih lagi tak terpisah dengan Una dan Me'oh, mungkin aku dah gelak sakan dan beriya update kat Snapchat. Tetapi sekarang semuanya tak kelakar sebab aku dah sesat.
Aku. Dah. Sesat.
21 tahun aku hidup dengan nyaman, hanya berada dalam habitat abadi aku yakni bengkel sculpture, namun satu hari pembalak-pembalak haram bernama Una dan Me'oh hadir, dan rampas segala alatan sculpture aku.
Diorang paksa aku pergi hiking sekali dengan diorang untuk tengok matahari, konon kata yang aku kena berfotosintesis padahal aku tak pernah coming out sebagai transplant. ( Get it? Transexual = Trans-plant. Sebab fotosintesis. Omg, kelakar siot aku.)
Dan tengok apa jadi?
Aku sesat.
Aku sesat!
"Haih.." aku duduk pada akar timbul milik sebatang pokok balak, berdekatan dengan signboard rongak itu. Masuk kali ni, dah 7 kali aku nampak signboard tu, dan aku dah buat konklusi di mana mungkin aku dahpun disorok bunian.
Okay, okay, gurau.
Tapi seriously, takder ke mana-mana putera bunian yang terasa sifat kelelakian dia terpanggil untuk tolong gadis clueless semacam aku dekat tengah-tengah hutan? Biasanya kalau female lead acah-acah clueless kat library, male lead dia tunjuk muka.
Uyo kau Munah. Jauh gila berangan. Inilah orang kata 'copping mechanism'. Berimaginasi sebagai distraction dari realiti dunia yang memeritkan. Omg, tak sampai sejam aku sesat, aku dah gila. Apa jadi kalau lama lagi?
Ini takleh jadi. Aku kena teruskan cari-
Baru saja aku bangun dari tempat aku berlabuh, aku tak sengaja terpaling ke belakang aku. Terus mata aku bertembung dengan sepasang mata kuning di celahan semak belakang.
Ianya Pak Belang a.k.a Harimau.
Anjaaiiiii-
"Graaaaurrrgh!!!" Tak semena-mena harimau itu menerkam aku, yang buatkan aku terus terbaring ke tanah. Aku sempat menahan kuku Pak Belang itu gunakan beg aku sebagai penghadang, namun aku masih tak boleh lari.
Aku panik.
"Tolong!! Tolong!!" Muka aku dah basah dengan air mata, jantung berdegup laju macam nak pecah. Harimau itu mengaum tak sudah, masih mencuba merobakkan beg aku. Ini ke waktunya aku mati? Sampai sini je ke ajal aku?
Apa yang aku buat sampai aku kena mati ceni?
Dalam pandangan mata aku yang kabur, aku nampak ada sepasang kaki tak berkasut mendekati aku dari sisi.
"Pegun."
Dengan sepatah kata bernada rata, dunia terus terhenti. Harimau yang di atas aku tak lagi berusaha membaham aku, lalu buatkan pandangan aku kembali ke Pak Belang itu.
Mata aku terus membulat.
Harimau itu dah bertukar menjadi batu.
"Unless kau nak buat deadlift guna arca batu tu, aku rasa kau dah boleh keluar skang." kata gerangan tersebut dengan penuh bersahaja, sampai buatkan aku terus melucut keluar dari bawah harimau batu itu.
Pada waktu aku nampak si gerangan yang menolong aku itu, terus aku jadi kaku. Rambut kerinting jingga halus, muka berfreckles nipis, dan kulit kuning langsat. Pakaiannya biasa, hanya bersinglet putih dan short hitam. Namun apa yang buatkan aku lebih terpana ialah matanya.
Mata kirinya hitam normal, tapi mata kanannya tak ubah seperti mata kambing. Kuning dan retinanya lonjong.
"Putera Bunian..?"
Terus lelaki ginger tu mencebik.
"Aku pantang betul orang bandingkan aku dengan puak tak bertamadun tu. Elok-elok aku buat kerja, bunian gak dapat nama." Dia pusingkan badannya membelakangi aku, dan buka langkah untuk pergi.
"Eh kejap!! Kau ni siapa?"
Lelaki ginger itu terhenti. Kepalanya ditoleh ke sisi tanpa memusingkan badan, hanya matanya melirik ke aku.
"Kau rasa?"
Aku terdiam. Otak aku ligat memikir. Ginger yang boleh tukar benda jadi batu.. Ada sebaris nama yang muncul dalam kepala aku namun aku tak tahu pulak makhluk tu ginger..
"Sang Kelembai..?"
Lelaki ginger itu terus senyum meleret. Dia pusing menghadap aku dengan wajah penuh ceria. Tak segan silu, dia bertapak mendapatkan aku.
"Pandai! Tak sangka wujud lagi manusia yang pakai otak. Sebagai ganjaran, aku bagi kau ni." Sang Kelembai itu cabut sehelai rambutnya, dan serta merta ia bertukar jadi kunyit hidup. Mulut aku terus terlopong.
Rambut dia boleh buat jadi kunyit?!!
Literal ginger??
"Dan satu lagi pesan aku kalau masuk hutan, tengok belakang. Haiwan pemangsa macam harimau suka menghendap. Kalau kau nampak diorang dulu sebelum kena terkam, diorang terus give up." terang Sang Kelembai itu panjang lebar. Aku yang masih lagi tak mampu proses apa yang jadi hanya anggukkan kepala.
"Yang paling penting sekali," Sang Kelembai merendahkan tubuhnya tiba-tiba, dan dekatkan bibirnya ke cuping telinga aku, "Putera Bunian tu sebenarnya hodoh."
Aku terus menutup telinga aku. Muka aku berbahang dek kerana rasa dekatnya nafas lelaki itu ke telinga aku.
"Kenapa kena bisik?" soal aku.
"Mamat tu suka mengopeng. Dia boleh tahan pervert." Sang Kelembai mengenyit mata.
"Kau jalan je terus jangan belok-belok. Nanti kau jumpa balik kawan-kawan kau. Takyah risau kena terkam lagi ke apa, aku tengok dari sini."
Mata aku terus bersinar. Aku boleh balik?
"Terima kasih, Sang Kelembai!" aku terus berlari anak menuju arah yang ditunjuk lelaki jingga itu. Hati aku meloncat gembira.
"Jangan lari!" Sang Kelembai melarang keras. Aku terus terhenti, aku paling semula ke lelaki ginger itu sambil tersengih.
"Okay," aku angkat tiga jari buat isyarat O.K. Sang Kelembai hanya geleng kepala sebagai balasan.
Aku bawa haluan aku pergi dengan penuh bersopan santun seperti yang disuruh Sang Kelembai, sampailah kelibat rambut kerinting jingga itu tak lagi kelihatan.
Tak sampai 15 minit aku berjalan, aku jumpa semula dengan Una dan Me'oh. Percaya atau tidak, mereka sapa aku dengan soalan "kau pergi berak ke?" disebabkan pada diorang cuma 5 minit saja dah berlalu.
Kalau hari-hari lain aku dah degar-degor bersembang dengan Una dan Me'oh pasal apa yang jadi, tetapi aku tak tahu kenapa aku nak biarkan apa yang jadi hari ni sebagai rahsia.
"Dari mana pulak kau rembat kunyit tu?" tanya Una, sambil tunjuk pada kunyit hidup di tangan aku. Aku senyum simpul.
"Orang bagi."
-TBC
YOU ARE READING
pegun. [OG]
Fantasy//munah hirzi, gadis sculptor yang tersesat di hutan selepas dipaksa hiking oleh kawan-kawannya. takut bahawa dirinya mungkin dahpun disorok bunian, dia akhirnya bertembung dengan mambang hutan paling femes dalam cerita rakyat; Sang Kelembai. start:...