POV 1 : died? (MZ x RR)

27 4 0
                                        

"Abang," panggil Marsya.

"Ya, bidadari abang?" Rizq menyahut panggilan isterinya.

"Sayang terfikir macam mana kalau sayang mati satu hari nanti, apa yang akan jadi kat semua kenalan sayang...?" Marsya pandang muka Rizq.

Rizq terkedu. "Kenapa sayang tiba-tiba cakap pasal mati ni hm...?"

Marsya senyum. "Sayang cuma terfikir je...apa akan jadi? ada orang nak ke ingat marsya ni...?"

Rizq merasakan hatinya bagaikan ditusuk tajam dengan pisau. "Sayang, jangan lah cakap macam tu. Kalau tiada siapa ingat sayang, abang selalu ada. Abang akan selalu ada dengan sayang. Jangan cakap macam tu lagi, ok sayang?"

"Kenapa pulak? mati itu kan pasti. Sayang cuma terfikir je pasal kematian...sayang cuma terbayang apa akan jadi bila sayang tinggal kan dunia ni" Marsya senyum kecil.

"Sayang..."

Tanpa sedar air mata Marsya mengalir...

"Marsya ok je, abang jangan lah risau." laju tangan marsya mengelap air matanya kerana sudah melihat muka Rizq yang risau kan nya.

Rizq pandang muka Marsya lama, risau dengan isterinya. "Sayang...meh sini"

"hm?"

Rizq ambil tangan marsya dan tarik badan Marsya mendekati nya. "Sayang, kenapa ni?"

Marsya diam, air matanya mengalir laju. Rizq diam melihat isterinya yang menangis, terus dipeluk isteri kesayangannya sambil mengusap belakang badan Marsya.

"Sayang, kalau abang ada buat salah abang minta maaf banyak-banyak. Tolong jangan cakap macam ni lagi, abang tak suka." Mata Marsya ditatap oleh Rizq.

Marsya gelengkan kepala. "Abang takde buat salah pun dengan Marsya, abang layan Marsya baik sangat...cuma Marsya je yang fikir terlalu jauh pasal mati...Marsya tak tau berapa lama lagi Marsya akan hidup." Marsya balas tatapan Rizq.

Rizq rasa nak menangis dan meraung tapi dikuatkan hatinya demi isteri kesayangannya.

"Sayang, ajal dan maut semua di tangan tuhan ok. Kita yang masih hidup ni teruskan lah dengan membuat ibadah, ya betul cakap sayang kematian itu pasti tapi cuba sayang fikir balik kalau ingat mati kita mesti rasa takut kan sebab tak cukup beribadah, tak cukup amalan semua rasa diri ni rendah sangat so sayang kena be positive, istiqomah always. it's ok abang ada dengan sayang, abang boleh bimbing sayang. jangan cakap pasal tu lagi ok bidadari tercinta abang," Rizq senyum.

Marsya senyum sambil memeluk suaminya. "Untung Marsya dapat suami macam abang, Sayang abang banyak-banyak!"

Rizq tergelak sambil menggeleng kan kepalanya memandang karenah isterinya, ada ada sahaja. "I love you more than the way you could imagine, my angel." Rizq mencium dahi Marsya dengan penuh kasih sayang.

( Rizq Rayqal x Marsya Zulaikha )

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 16 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Never Ending StoryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang