Bab 6 : Persiapan

78 6 0
                                    

"SERIUSLAH?" soalnya. Kedua tangan dihentak di atas meja, terkejut. Hampir tersembur nasi goreng tomyam yang dipesan olehnya itu. "Congratulations, brother!"

Rayyan diam, tidak menunjuk sebarang reaksi. Tidak terkejut, tidak gembira dan tidak sedih. Abdel menepuk bahu Rayyan, lembut. Ingin menyedarkan rakan karibnya daripada lamunan.

"Bro, kau ok tak?" soalnya, bimbang.

"Ha?". Terpinga-pinga mukanya memandang Abdel. "Ok. Ok sahaja," ucapnya, mengukir senyuman. Namun, tidak dipercayai oleh Abdel.

"Aku kenal kau sejak lahir, Rayyan. Tell me, what's bothering you?".

"Aku takut, Abdel. Aku takut keputusan aku ni salah. Aku risau aku tak dapat nak bimbing Astra. Aku risau, jika ini bukan takdir-Nya. Tapi, hanya nafsu aku semata-mata," luahnya.

"Rayyan..." keluhnya. "Kau dah solat istikharah. Minta petunjuk. Doa pun banyak dah keluar daripada mulut kau, betul tak?". Soalannya dibalas dengan anggukan daripada Rayyan. "Then, everything shall be fine. Kau dah serahkan segalanya pada-Nya. Kau serahkan semua pada takdir yang ditentukan oleh-Nya. Insya-Allah, everything will be fine."

"I knew I could always count on you, sayang."

Hampir tersedak Abdel. Ada juga yang ditampar olehnya nanti. "Kau dah kenapa panggil aku sayang, bo–".

"Ha, jangan nak carut!" marahnya. "Ingat, mencarut itu juga salah satu dosa besar..." tegur Rayyan.

"Baik, ustaz Rayyan."

• • •

"MEMANDANGKAN kita ada 3 bulan untuk preparation, saya suggest kita fokus pada maklumat yang penting. Tujuan kita sekarang untuk nikahkan mereka. Jadi, tak perlu bimbang tentang majlis mereka. Setuju?" soal Puan Maryam.

"Kami setuju, kalau you rasa itu yang terbaik untuk mereka berdua," ucap Puan Emelda.

"Then it is settled, then. Jadi, sekarang kamu berdua ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Pertama, kamu perlu ambil kursus kahwin. Kemudian, buat pemeriksaan HIV. Set appointment melalui aplikasi MySejahtera. Setakat ini, faham?". Astra dan Rayyan angguk.

"Once that is done, kamu perlu sediakan dokumen-dokumen untuk diserahkan di pejabat agama. Jangan lupa check status permohonan pernikahan. Last sekali, baru hantaran," terang Puan Maryam.

"Mummy dah daftar kursus kahwin untuk kamu berdua pada salah seorang kawan mummy. The date is on 18th July, jangan lupa ya," sambung Puan Emelda.

"Puan Emelda, makan tengahari sudah siap dihidang," kata Cik Siti.

"Baik, terima kasih ya." Tak lupa untuk mengukir senyuman untuk pembantu rumahnya yang sudah bekerja sejak Astra masih bayi itu.

"Jom, makan."

• • •

SUDAH 2 bulan berlalu sejak peristiwa itu berlaku. Alhamdulillah, segala urusan mereka telah selesai. Dokumen sudah dihantar, kursus kahwin juga sudah dihadiri oleh mereka.

Kini, Astra sedang berjalan-jalan mencari barang hantaran yang telah disenaraikan olehnya sejak sebulan yang lepas. Walaupun dia tidak gemar akan pasangannya, tipu jika dia tidak excited. Ayesha juga turut serta bagi menemani mereka berdua.

"Awak dah tempah kad kahwin belum?" soal Ayesha. Baru teringat saat dia sendiri menerima jemputan perkahwinan ke salah seorang rakan sekelasnya 2 hari yang lepas.

2 | Beza (Hiatus)Where stories live. Discover now