"Raja Elric dah pulang!!"
Rakyat Albastra berpusu-pusu ke arah pintu gerbang untuk menyambut kepulangan Raja Elric dan tentera-tenteranya. Mereka memasuki gerbang pintu hadapan dengan menaiki kuda. Keadaan fizikal mereka kelihatan baik-baik sahaja walaupun baru pulang daripada memerangi tentera Phers yang seramai 1000 orang.
"Hidup Raja Elric! Hidup Raja Elric! Hidup Raja Elric!!" Semua rakyat Albastra yang menantikan kepulangan mereka bersorak atas kemenangan yang diperoleh.
Dalam kerumunan orang itu, beberapa orang berbual sesama mereka. Semua perbualan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkaitan Raja Elric dan tenteranya.
"Raja Elric dan Empat Jeneral Albastra takkan mudah dikalahkan oleh pihak musuh lebih-lebih lagi jika ia hanya sekumpulan puak yang tiada negara seperti puak Phers tu," kata seorang lelaki kepada rakannya.
"Betul tu. Aku juga setuju. Tapi hanya Jeneral Reed dan Jeneral Taylor sahaja kan yang pergi ke medan perang bersama-sama baginda?"
"Ya. Mereka berdua sahaja sudah cukup kuat dan berpengaruh untuk kalahkan puak Phers. Lebih-lebih lagi Jeneral Reed. Dialah yang paling kuat di antara semua jeneral tu."
Suasana yang bising dan sesak itu membuatkan Arsyad sukar untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Setelah bebarapa kali dia cuba melepasi kerumunan orang itu, pasti akan ada yang menolaknya.
"Eh, bukan situ! Sini!"
Harold menarik tangan kanan Arsyad bagi melepasi semua halangan yang ada. Akhirnya mereka berdua dapat juga berdiri di tempat paling hampir dengan laluan rombongan Raja Elric dan tenteranya.
"Terima kasih, Harold. Aku masih tak biasa berada di tempat sesak macam ni jadi aku mudah hilang arah."
"Tak mengapa. Lagipun kau dah lama teringin nak tengok baginda dari dekat, kan? Itu dia."
Mata Arsyad bersinar-sinar melihat Raja Elric yang lalu di hadapannya. Raja Elric malah sempat melihat ke arah Arsyad dan melemparkan senyuman kepadanya. Arsyad yang menyedari perkara itu tanpa sedar memberikan tabik hormat kepada baginda. Beberapa orang yang perasan akan tindakan Arsyad cuba menahan gelak.
"Eh, kau kenapa Arsyad? Tak pernah lagi ada orang tabik hormat kepada baginda pada waktu macam ni. Tabik hormat dalam tradisi kita hanya ada pada majlis-majlis tertentu saja," Harold cuba menarik tangan Arsyad ke bawah sambil menahan malu.
"Ehh!! Maaf, maaf! Aku tak sengaja!" Arsyad dengan pantas meletakkan tangannya di belakang.
"Jadi, apa perasaan kau lepas dapat tengok baginda depan-depan?" Tanya Harold.
"Aku nak jadi tentera," kata Arsyad dengan nada perlahan sambil memandang Raja Elric yang semakin jauh dari pandangan. Matanya kelihatan bersinar-sinar sewaktu memberi penyataan itu.
"Hah? Apa dia? Cakap sekali lagi?" Harold agak terkejut dan tidak percaya akan perkara itu. Dia berharap bahawa dia tersalah dengar dan cuba bertanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Mendengar pertanyaan Harold itu, Arsyad terus menoleh ke arahnya sambil tersenyum girang.
"Harold, aku dah buat keputusan. Aku nak jadi tentera. Tak. Bukan sekadar tentera biasa. Aku nak jadi Jeneral!"
"Hahhh??! Kau biar betul?"
"Jomlah jadi Jeneral sekali dengan aku! Jomlahhh!"
"Ehhhhhh????!!!!!!
Arsyad menggenggam tangan Harold dengan sangat erat menunjukkan bahawa dia benar-benar bertekad untuk menjadi seorang Jeneral yang berkerja mempertahankan negara di bawah perintah Raja. Dia malah mengajak Harold untuk mengikutinya. Harold hanya mampu melayan sahaja kerenah Arsyad yang sangat riang itu. Tidak lama selepas itu, mereka pun pulang ke rumah setelah membeli beberapa barang masakan yang diperlukan untuk makan malam.
YOU ARE READING
Albastra: Meraih Kemuliaan
Historical FictionP/S: Jika ada sebarang kesalahan penggunaan bahasa dan tatabahasa, boleh komen ya :D Sejak kecil lagi, Arsyad bercita-cita ingin menjadi seorang jeneral kerajaan Albastra setelah melihat Raja Elric Caesar dan tentera-tenteranya pulang dari medan per...