Bab 04

53 9 0
                                    

Dua bulan kemudian

         " Terima kasih sebab jadi seorang imam juga memimpin saya walaupun hanya untuk sementara " Ucapku.

         " Terima kasih juga kepada awak , Hayfa. Sudi terima saya walaupun banyak kekurangan pada diri saya. " Sedih. Ariz sedih. Namun itu hanya kesedihan yang palsu bagiku.

         " Kak Hayfa " Ayuni datang kepadaku. Bahu ku ditepuk dengan lembut.

         " Maafkan Ayuni kak. Tak sangka pula ayah akan buat keputusan macam ini. "

         " Kalau boleh , Ayuni pun tak ingin nak terima Abang Ariz jadi suami Ayuni.."

         Aku hanya sekadar menggeleng. Senyuman diukir. Kalau dimata Ayuni mungkin dia kira senyuman paksa , tapi bagiku itulah senyuman yang paling menggembirakan.

          Sekarang aku dan Ariz sudah bercerai. Dia ceraikan aku dengan talak satu. Adakah aku kena berterima kasih dengan ayah untuk penceraian ini ?

          " Hayfa ? Ayuni ? Jom balik."

          " Kami balik dulu ye bang " Pamitku. Ayuni masih memerhati wajahku. Namun aku mengenddahkan sahaja.

          " Ariz ? Sebelum ayah lupa. Selepas kamu dengan Hayfa habis iddah , ayah nak selepas tue kita berbincang untuk perkahwinan kamu dengan Ayuni. "

          Ariz hanya sekadar mengangguk tanpa menjawab sepatah kata pun.

         Kepala disandar , melihat permandangan melalui luar tingkap kereta. Nafas lega dihembus.

          Memori buruk mula kembali berulang dimana sesuatu perbuatan yang tidak harus aku melihat pada masa itu.

          " Baby ? Bila lagi you nak ceraikan bini you tue ? "

          " I tak dapat nak ceraikan isteri I. You tahukan I berhutang budi dengan keluarga dia.? "

         Perempuan itu mencebik. Tangan disilang lalu menoleh ke tempat lain. Seolah merajuk.

         Bekal yang dibawakan untuk Ariz makan tengahari digenggam dengan erat. Air mata yang dikumpul hampir mengalir , namun aku mengesat dengan belakang tanganku.

         Perempuan itu adalah sahabat aku sendiri. Afifah Shahira.

         " Akak ? Akak Hayfa ? " Lamunan ku terhenti apabila namaku dipanggil oleh Ayuni. Wajah Ayuni ku lihat.

         " Akak okay ke ? Kita dah sampai ke rumah. " Aku melihat sekeliling. Rupanya sudah tiba di hadapan rumah. Aku mengangguk senyum.

         Kaki melangkah keluar dari perut kereta. Ayuni mengekori ku dari belakang. Kakiku terhenti sendiri. Melihat sekumpulan lelaki yang memakai pakaian hitam. Black suit. Berdiri dengan tegap seperti bodyguard dihadapan rumah kami.

         Seorang lelaki yang berkaca hitam keluar dari perut kereta Velfire hitam. Melihat dari bawah sampai ke atas. Tatu ditangannya menjadi perhatian ku. Mungkin itu adalah ketua mereka.

         " Tu-tuan " Mata tertuju kearah ayah. Kenapa nada suara ayah lain ? Tidak seperti biasa. Biasanya suara ayah akan kedengaran tegas.

         Siapa lelaki ini ? Apa hubungan dia dengan ayah ?

        Ibu tiriku berjalan kearah kami berdua.

        " Siapa pula tue ? Takkanlah suami baru kau ? " Soal ibu. Ayuni memandang ku.

        " Tak mungkinlah. Kak Hayfa baru aje nak mulakan iddah " Kata Ayuni.

         " Mungkin kawan ayah kot ? " Tekaku walaupun terang lagi bersuluh ayah dengan dia bagaikan seorang yang berhutang dengan ahli kongsi gelap.

        Itu hanya sekadar pandangan aku. Minta dijauhkan. Aku yakin ayah tak akan berhutang dengan siapa-siapa. Lagipun abang Ariz kan selalu bagi nafkah untuk ayah dan ibu selain aku.

        Lelaki itu memandang kearah kami. Tapi tidak tahu pandangan itu untuk siapa.Kepada aku , Ayuni atau ibu.

        " Tuan ? Tuan buat apa dekat sini ? Bukannya aku dah bagitahu ke kalau aku akan datang ke tempat kau sendiri? " Soal ayah. Getaran pada suaranya dapat aku dengari.

        Ayuni memeluk lenganku erat.Begitu juga dengan ibu. Aku dapat rasakan ketakutan mula menguasai mereka berdua.

         

       

        

        

Tuan Harith [ HOLD ]Where stories live. Discover now