2 : berhenti kerja

1.6K 10 0
                                    

"Tak boleh ke sayang duduk je rumah goyang kaki?" Aku yang baru sahaja mahu make up ini terhenti pergerakanku, kedengaran suara Syahril yang baru keluar dari bilik air dari bilik mereka.

Aku tergelak kecil.

"Abang ni okay ke tak? Tiba-tiba aje." Aku meletakkan sedikit faoundatin pada belakang tangan dan di tap sedikit menggunakan jari lalu diletakkan serata muka.

Syahril pandang aku dari pantulan cermin. Dia berdiri di belakang aku sambil tangan disilangkan di dada.

"Tak baik tau sayang cakap macam tu dekat abang." Dia membuat muka.

Ingat comel lah buat macam tu? Natasha gelak sekali lagi.

"Sayang...Abang serious ni." Dia berdiri betul-betul dibelakang aku, melihat aku.

Aku buat tidak endah. Aku siapkan make up dengan cepat lagipun aku make up biasa-biasa aje untuk naikkan seri muka.

Syahril pula masih dibelakang aku merenung aku tidak lepas.

Siap sahaja, aku dongak kebelakang memandang suami aku. Keluhan kecil dilepaskan.

"Okay, kenapa tiba-tiba? Sebelum ni abang tak pernah cakap pun pasal ni. Kenapa sekarang?" Aku cuba untuk faham isi hati Syahril.

Syahril merenung aku dengan pandangan redup. Natasha masih menanti jawapan dari mulut Syahril.

"Hey, kenapa ni? Abang okay tak?" Tanya aku sediikit risau. Aku bangun berdiri menghadap Syahril, Syahril masih diam tetapi mata masih memandangku. Syahril tak pernah macam ni sebelum ini.

Tanganku naik mengelus kedua belah pipi lelaki itu. "Tell me. Kenapa abang nak saya berhenti kerja?"

Syahril masih tidak menjawab, tetapi tangannya naik memeluk pinggang isterinya. Merenung segenap wajah cantik itu.

"Sayang takkan tinggalkan abang kan?" Syahril menanya dengan suara yang perlahan.

Terkebil-kebil mata Natasha cuba menghadamkan apa yang ditanyakan oleh lelaki ini.

"Sayang cintakan abang kan? Sayang janji nak hidup semati dengan abang kan? Sayang cakap abang lelaki yang pertama buat sayang jatuh cinta so, you will stick with me forever kan? You-"

"Hey..." Aku memotong percakapannya.

"Kenapa tiba-tiba abang fikir macam tu?" Aku nampak matanya sedikit berkaca. Dia seakan takut.

"Abang...abang mimpi yang sayang tinggalkan abang sebab sayang kata saya penat dengan abang...sayang penat kerja untuk kita berdua...sayang cakap sayang selalu tak ada masa dengan kawan-kawan sayang sampai sayang rasa yang abang ni terlalu mengongkong kehidupan sayang..." Sayu saja suara dia.

Aku pula yang terkedu tidak tahu mahu berkata apa. Dia mimpi macam tu?

"Sayang tak tinggalkan abang kan? Please say no..." Mukanya dilabuhkan pada leherku.

Aku tarik nafas dalam lalu tersenyum kecil.

"Tak pernah pun terdetik kat hati saya untuk tinggalkan abang." Aku usap belakang badan Syahril.

Syahril angkat kepala melihat wajahku semula. "Betul?"

"Sumpah abang. Abang dah berikan yang terbaik buat saya. Kenapa saya nak tinggalkan abang? Lagipun kerja yang saya buat sekarang ini, kerja yang saya suka dan saya minat...Jadi abang tak perlulah risau...Saya akan sentiasa ada di sisi abang sampai bila-bila." Aku melabuhkan ciuman pada dagu Syahril.

Kerja aku sekarang adalah sebagai accountant manager di sebuah syarikat perhotelan yang boleh dikatakan terkenal dengan hotel-hotel mewah. Aku sudah bekerja hampir 3 tahun selepas sahaja tamat degree dalam bidang accounting.

"Tapi abang tak nak sayang penat."

Aku geleng kepala. "Penat bekerja tu biasa, abang. Saya tak kisah pun."

Syahril masih mahu memujuk aku untuk berhenti kerja tetapi aku sempat memotong percakapannya lagi.

"I love my job, abang. Saya happy dengan kerja saya sekarang. Jadi, you don't have to worry about me that much, okay."

Syahril melabuhkan ciuman pada dahi dan bibirku sekilas. Tubuhku dipeluk erat bagai tidak mahu lepas.

"Dah. Jom siap. Abang nak kena pergi site kan hari ini? Nanti lambat pula." Aku melonggarkan pelukan kami.

Syahril melepaskan pelukan dan tanpa ku duga dia menekup kedua pipi aku, dan cium aku dengan sedikit rakus.

Terbeliak mata aku. Badannya aku tolak. "Abang! Rosak make up saya."

Syahril ketawa sambil menjilat bibirnya yang ada sisa lipstick aku.

"Manis." Syahril kenyit mata.

Sakit pula hati tengok muka gatal dia ni.

"Tak rosak pun. Sayang masih cantik, hanya perlu touch up bibir aje." Kepalaku diusap lalu dengan sekali lagi bibirku tenggelam dalam ciumannya.

Aku tolak dia sekali lagi. "Ish, dia ni kan!" Dadanya ditepuk sedikit kuat. Makin kuatlah suara gelakkan Syahril dalam bilik itu.

"Sorry, I can't resist your lips. It is so addictive. Bibir sayang seakan memanggil abang untuk cium sayang bila abang berada dengan sayang." Matanya memandang bibirku.

"Dah. Pergi siap sana." Kataku bagi menutup malu. Aku pergi ke walk in closet untuk menukar pakaian kerja yang lebih kemas.

Selepas masing-masing siap dengan pakaian kerja, kami turun ke bawah menjamah sarapan dahulu. Aku sempat masak mi goreng daging untuk breakfast pagi ini.

Siap makan, kami bergerak ke kereta Syahril. Walaupun aku ada kereta sendiri tetapi tetap juga dia mahu hantarkan aku dan ambil aku dari kerja. Katanya dia puas dan rasa selamat kalau dia yang hantarkan. Ada waktu aku pergi kerja sendiri jika Syahril outstation, meeting awal pagi ataupun ada emergency di site. Selain dari itu memang dia sendiri yang akan hantar bini dia ni pergi ke kerja.

"Elok-elok pergi site. Thank you hantar saya."

Syahril senyum, tangan disua kepadaku untuk aku salam. Aku sambut salam dia.

"Sayang pun kerja elok-elok. Jangan angkat barang berat."

Aku angguk, Syahril memberi ciuman pada dahi dan bibirku sekilas.

"Bye." Pintu kereta aku bukak.

"Bye."

Syahril menunggu sehingga aku sudah masuk dalam lobi kemudian baru dia gerak pergi ke tapak pembinaan yang dia uruskan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GROWING LOVEWhere stories live. Discover now