Rintik- rintik hujan turun membasahi bumi. Ada orang yang boleh bau hujan, ada yang tidak. Ada yang boleh nampak rintik- rintik hujan itu dengan mata kasar, ada yang tidak. Bukti manusia itu pelbagai dan bermacam- macam jenis.
Hari yang dingin dan mendung bagi Aysar, dia hanya berdiri tidak jauh daripada kerumunan manusia yang berdiri di hadapan batu nisan itu. Di sebelah kiri Aysar, Nadhim dan di sebelah kanan Nadhir, kembar yang menjadi rakan karib Aysar sejak dia menghuni rumah anak yatim - Rumah Cahaya. Aysar memegang tangan Ziyad, budak kecil berumur 10 tahun yang turut berdiri bersama mereka. Enam kaki. Mata mereka berempat melekat pada tanah yang masih lembut baru dikambus, masih merah menggunung sedikit menandakan ada yang berada enam kaki di bawahnya.
Indeed, to Him we belong to, and to Him we will return to.
Ziyad menggoyang- goyangkan tangan Aysar, "Abang Danny orang baik kan? boleh masuk syurga kan?" Aysar tersenyum kecil, kelat tetapi cukup untuk mengaburi mata budak kecil 10 tahun. Alahai, kalaulah hidup ini semudah itu. Baik, masuk syurga. Jahat, masuk neraka. Hakikatnya tidak. Manusia itu fitrahnya membuat pahala dan dosa, kerana itu wujudnya timbangan di alam sana. Untuk melihat dan mengukur timbangan mana yang lebih berat, cukup untuk menarik masuk ke neraka atau syurga. Aysar hanya mengangguk kecil. "Ziyad kena selalu sedekahkan doa untuk Abang Danny. Insya-Allah. Pengakhiran yang baik untuk orang yang baikkan?."
Danny juga kawan Aysar, Nadhim dan Nadhir dari kecil. Membesar bersama-sama di Rumah Cahaya, dijaga oleh wanita yang mereka panggil Bonda. Cukup umur 18 tahun, mereka keluar dari rumah itu dan Aysar, Aydin, abang Aysar dan Danny tinggal bersama- sama. Nadhir dan Nadhim pula tinggal bersama di sekitar kawasan yang sama.
Aysar melilau melihat sekelilingnya. Hiba. Tangisan kecil saling sahut- menyahut. Kebanyakannya rakan sekerja dan rakan universiti dahulu. Ada juga kawan perempuan mamat ni. Beberapa ketika, semua yang berada di situ beransur- ansur meninggalkan tanah perkuburan itu. Hilang kerumunan di hadapan kubur, Nadhim yang pertama berganjak dari tempat mereka. Setelah seketika merenung nama yang tertera pada batu nisan, Nadhim duduk mencangkung "Kau kawan yang baik, kau jangan risau, aku tak akan lupa untuk doakan kau selalu. Terima kasih untuk segalanya, bro. Kau selalu ingatkan aku untuk tak tinggal subuh sebab subuh lah permulaan hari yang baik. Setiap kali aku rasa nak Subuh gajah, terbayang flying kick kau. Insya-Allah setiap pahala dari solat Subuh aku setiap hari mengalir juga kepada kau"
Tidak ada solat yang lebih berat (dilaksanakan) bagi orang munafik daripada solat Subuh dan Isya'. (HR. Bukhari-Muslim, dari Abu Hurairah)
Nadhim perlahan- perlahan bangun dan terus bergerak menuju ke kereta. Aysar hanya memandang susuk belakang Nadhim. Rakannya yang seorang ini pula memang agak pendiam dan tidak suka perbualan yang tiada tujuan. Hidupnya lurus dan tiada lencongan yang tidak bermanfaat. Tutur katanya jelas dan jujur tidak berlapik kerana dia lebih mementingkan matlamat sesebuah perbincangan itu sendiri - perlu jelas, dapat difahami dan tiada salah faham yang boleh timbul kelak. Aysar juga memang suka cara Nadhim bekerja, laju dan mementingkan kesempurnaan.
Nadhir menepuk bahu Aysar perlahan sebelum menarik tangan Ziyad yang dalam genggaman Aysar. Nadhir memberi isyarat mata pada Aysar untuk mereka juga beransur-ansur. Nadhir selalu ceria orangnya. Berbeza dengan abang kembarnya.Tapi untuk mereka yang selalu ceria ni, kadang- kadang tidak boleh dibezakan senyuman mereka itu mempunyai maksud yang tersirat atau tidak. Selalu Aysar dapat menangkap senyuman pahit Nadhir namun orang di sekeliling mereka tidak perasan. Nadhir nampak lebih rapat dengan Danny berbanding mereka yang lain kerana personaliti mereka yang lebih kurang sama, tapi ketenangan yang ditunjukkan Nadhir ketika ini memang hebat. Setenang air. Tiada air mata yang tumpah. Mungkin kerana mereka semua lelaki di situ bersama budak kecil. Atau mungkin kerana sudah lali dengan sebuah kehilangan.
YOU ARE READING
Permulaan - One Wish
General FictionIni adalah permulaan, kepada kisah hero dan heroin. "Kau, siapa kau?" - Aysar "You said there's nothing you don't know. Let's play this game, seems fun right? Whoever get to catch each other's first. Winner gets one wish." - Lilyana "Kau ni banyak...