Inara yang sedang mengelamun itu terus tersedar dari lamunannya itu. Dia menepuk pipinya itu untuk tidak berfikir tentang perkara itu lagi. Dia perlu tidur sekarang kerana esok pagi dia perlu menghadiri mesyuarat yang penting. Tanpa membuang masa, dia terus menutup lampu biliknya dan membuka lampu tidur yang berada disebelah katilnya itu.
Keesokan harinya, Inara sudah bangun dari tidurnya dan dia sedang membetulkan sedikit awning tudung bawalnya itu sebelum turun ke tingkat bawah. Dia melihat keterampilan dirinya dahulu di hadapan cermin dan mengambil beg kerjanya sebelum keluar daripada biliknya itu.
Seusai dia turun ke tingkat bawah, dia terus mengatur langkahnya ke dapur untuk memberitahu uminya bahawa dia perlu pergi ke pejabat sekarang. Tiba di dapur, dia melihat uminya yang sedang membuat air kopi didalam teko air itu. Lalu, Inara mendekati uminya dengan perlahan-lahan dan senyap.
" Assalamualaikum Umiku, Selamat pagi..." Terjah Inara.
" Oi anakku nak kahwin lain. Eh, kamu ni Inara... Sengaja kan nak terkejutkan umi. Buatnya umi ni tiba-tiba dapat sakit jantung tadi macam mana...?" Umi berkata sambil mengurut dadanya kerana terkejut.
" Hehehe Inara mintak maaf umi, Inara tak sengaja..." Inara terus meminta maaf apabila mendengar uminya berkata begitu.
" Takde apalah... Ni awal pulak kamu turun, nak sarapan dulu ke tak? "
" Tak perlulah Umi, Inara turun awal ni pun sebab Inara nak kena pergi pejabat dah ni... Harini ada meeting penting."
" Aik? Semalam bukan kamu kata kamu ada meeting ke? Harini pun ada jugak? " Umi hairan kerana semalam anaknya kelam kabut untuk pergi ke pejabat kerana katanya sudah terlambat namun harini anaknya kelihatan sungguh tenang.
" Hehehe sebenarnya kan umi... semalam takde meeting pun, Inara tersilap tengok hari... Sarah yang ingatkan Inara yang meeting tu pada harini dan bukanlah hari semalam..." Inara tersengih sambil menggaru kepalanya yang ditutupi dengan tudung itu.
Umi yang melihat Inara begitu terus menggelengkan kepalanya. " Haih, anak umi sorang ni kan... Belum kahwin lagi dah jadi pelupa. Nanti kalau dah kahwin, sian suaminya pulak yang dia lupa..."
" Umi ni saja je kan... Inara lupa itu je,yang lain semua Inara ingat..." Tiba-tiba dia teringat tentang perkara semalam. " Erm Umi... pasal kahwin tu, Hazim tahu ke umi? Memang dia setuju ke nak kahwin dengan Inara? "
" Pasal tu Hazim tak tahu lagi, mungkin dalam masa terdekat ni mama dia bagitahu dia lah kot... Inara jangan risau, umi yakin Hazim boleh bahagiakan Inara, percaya cakap umi..." Umi memujuk Inara yang sudah bersusah hati dengan perkara tersebut.
" Hmm kalau macam itu, okaylah umi. Inara pergi kerja dulu. Assalamualaikum Umi... " Inara mengucup tangan uminya itu sebelum keluar dari dapur.
Inara terus masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin kereta. Tanpa membuang masanya, Inara membaca doa dan memulakan pemanduannya untuk ke pejabat. Inara berasa dia patut memberitahu Sarah tentang rombongan merisik daripada keluarga Hazim.
Inara tiba di pejabat setelah 30 minit terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Dia mengambil beg kerjanya dan bergerak ke tingkat pejabat di atas. Inara memasuki bahagian pejabatnya itu sambil tersengih-sengih apabila teringat tentang perkara itu.
Sarah yang sedang membetulkan makeup itu berasa hairan apabila melihat Inara yang dari tadi tersengih seorang diri. Dia hanya memandang Inara yang asyik tersenyum-senyum dengan riak mukanya yang agak hairan. Dia berasa hairan dengan perangai Inara pada pagi ini, jadi dia membuat keputusan untuk menanyakan sesuatu kepada Inara.
" Inara... Kau dah kenapa pagi ni? Dari tadi aku tengok kau tersengih-sengih sorang-sorang... Ada apa-apa cerita ke yang kau nak cerita dekat aku ni? " Suara Sarah yang menunjukkan nadanya ingin tahu.
Inara terus terhenti dari lamunannya itu apabila dia mendengar suara Sarah yang bertanyakan sesuatu kepadanya. Inara meletakkan barang-barangnya di atas meja dan berdiri di sebelah meja Sarah. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum dia menumpahkan segala tea yang Sarah patut tahu.
" Kalau aku cakap yang umi aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia, kau percaya tak? "
" Ha!? Kenapa pulak umi kau nak jodohkan kau dengan anak kawan dia ni? Siapa anak kawan dia tu? Kau kenal ke? " Sarah terus menyemburkan pelbagai soalan kepada Inara tanpa henti.
" Aku pun tak tahu kenapa umi aku buat macam tu... Aku pun mula-mula tak percaya dan tak boleh nak terima tentang hal ini, tapi lepas aku dapat tahu siapa anak kawan umi aku tu... hehehe aku tiba-tiba nak pulak terima rombongan meminang tu nanti.." Inara terus tersengih-sengih seperti kerang busuk.
" Siapa lelaki tu? Kau kenal ke, Inara? " Inara mengangguk tanda dia mengenali lelaki yang dikatakan oleh Sarah itu.
" Siapa nama dia? Aku kenal tak lelaki tu? " Sarah semakin tertanya-tanya tentang siapakah lelaki yang Inara terangau-angau tu.
YOU ARE READING
Tengku Hazim Zafran : His Second Chances ( ON-GOING )
Любовные романы𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲˗ˏˋ ♡ ˎˊ˗ ♡𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐂𝐚𝐫𝐢𝐬𝐬𝐚 𝐱 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐦 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧♡ Inara Carissa . Seorang gadis cantik yang sangat berkarisma dan periang. Dia telah lama memendam perasaan cintanya kepada Hazim Zafran , iaitu seorang...