BAB 7

159 38 5
                                    

Helena semakin hari semakin risau. Sejak kebelakangan ini, dia merasa ada seseorang yang sentiasa mengikutinya, namun setiap kali dia berpaling, tiada sesiapa di situ. Di rumah, dia sering merasakan ada mata yang memerhatikannya dari balik jendela atau bayang-bayang yang bergerak di sudut mata. Rasa takut mula menghantui malam-malamnya, menyebabkan dia sukar untuk tidur. Helena mula berhati-hati dalam setiap pergerakannya, memastikan pintu dan tingkap sentiasa terkunci rapat. Namun, walau sekuat mana dia cuba melindungi diri, perasaan diekori itu tidak pernah hilang. Dia cuba memberitahu kawan-kawan sekerja tentang perasaannya, tetapi mereka hanya menganggapnya sebagai khayalan atau stres semata. Helena sedar, semakin lama, keadaannya makin meruncing. Tiada tempat yang dirasakan selamat, dan tiada siapa yang dipercayai. Dia hanya berharap semua ini akan segera berakhir, sebelum ketakutan itu memakan jiwanya.

Helena duduk di ruangan rehat pekerja, cuba menenangkan diri dengan secawan teh hangat. Namun, tangannya tetap menggigil. Rakan sekerja nya iaitu, Myra, yang duduk di sebelahnya, memandang dengan risau.

"Helena, kau nampak tak tenang. Apa yang sebenarnya berlaku?" tanya Myra, suaranya penuh keprihatinan.

Helena menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Aku rasa... aku rasa ada orang yang mengikut aku la, Myra. Setiap kali aku keluar rumah, pergi kerja, atau balik rumah, aku selalu rasa ada yang memerhati."

Myra mengerutkan dahi, "Kau pasti bukan hanya perasaan kau je? Mungkin kau terlalu penat atau stres kut kebelakangan ni?"

Helena menggeleng, matanya penuh dengan kecemasan, "Ini bukan perasaan biasa, Myra. Aku betul-betul rasa ada seseorang di luar sana. Malam tadi, aku dengar bunyi tapak kaki di luar tingkap bilik aku. Bila aku tengok, tak ada sesiapa. Tapi aku tahu aku tak bermimpi."

Myra menggenggam tangan Helena, cuba memberi sokongan, "Kau dah laporkan kepada polis?"

Helena mengangguk perlahan, "Dah. Mereka kata mereka akan buat rondaan lebih kerap di kawasan rumah aku. Tapi aku masih tak rasa selamat. Aku tak tahu nak buat apa lagi."

Myra menarik Helena ke dalam pelukannya, "Jangan risau, Helena. Kita akan cari jalan penyelesaian. Kau tak keseorangan. Aku ada untuk kau."

Nelly yang mendengar cerita dari Myra itu terus terkejut.

"Iya!" bahu Nelly ditampar oleh Myra dek kerana menjerit. "Kau ni kalau tak menjerit memang tak sah kan." marah Myra.

"Wey serius la, sampai macam tu sekali. Bahaya tu dahlah rumah dia senang pecah masok kalau jadi apa-apa kat dia macam mana. " cemas Nelly. "Hey yang kau over sangat ni dah kenapa, terminum ketum ke?" ujar Myra. Bengang melihat tingkah lakunya.

"Eh, eh kau ni orang serius tahu tak. Saya cuma risau aje macam mana kalau-"

Pap! Sekali lagi tangan Myra menampar lengan Nelly. "Kau jangan fikir yang bukan-bukan Nell, kita doakan aje la yang baik-baik untuk dia. Semoga dia selamat." ujar Myra.

"Hmm yelah. Aku ada kerja ni kalau borak lama-lama dengan kau, kang tak pasal-pasal biru badan aku." lantas Nelly pergi ke arah store ingin mengambil stok barang dapur.

Pak Samad pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat lemah. Tubuhnya yang kurus kering nampak lebih teruk dengan lebam-lebam di muka dan tangan. Setiap langkah diambil dengan penuh kepayahan, sambil menahan sakit yang terasa di seluruh tubuh. Sebaik sahaja Mak Lia melihat suaminya di pintu, dia segera berlari mendapatkan Pak Samad, air mata bergenang di matanya.

"Ya Allah, abang! Apa yang dah jadi ni?" seru Mak Lia cemas, sambil memapah suaminya masuk ke dalam rumah.

Pak Samad hanya mampu menggeleng, kesakitan yang dirasakan begitu menyeksakan sehingga sukar untuk berkata-kata. Mak Lia tidak membuang masa lagi, dia segera mencapai telefon dan menghubungi ambulans. Setelah ambulans tiba, Mak Lia menemani Pak Samad ke hospital, hatinya penuh dengan kegusaran dan doa.

TAKDIR CINTA KITA || OGWhere stories live. Discover now