Bab 2

6 1 0
                                        

FARHAN berdehem perlahan sebelum menghampiri Hasya.

"Hai."

Senyap. Langsung tiada sahutan daripada Hasya.

"Aku, Farhan Ardiaz."

Farhan cuba perkenalkan diri. Tetapi teguran Farhan seakan tidak dianggap oleh Hasya. Hasya seperti tidak melihat kewujudannya.

"Ehem!"

"Do I know you? Kita kenal ke?"

Akhirnya, Hasya mengeluarkan suara. Farhan menghela nafas lega. Next step!

"Nope. But I want to know more about you."

Hasya tersenyum kelat.

"Not interested," tolaknya.

"Nak saya tolong angkat buku awak tak? Macam berat je."

Hasya melihat dua buku yang berada di pelukannya. Buta ke apa lelaki ni? Bukannya aku patah tangan pun. Hasya langsung tidak mengendahkan Farhan.

"Kejap!"

Langkah Hasya terhenti apabila Farhan menghalang laluannya.

"At least give me your number."

"For what?"

"Berkawan?" Balas Farhan semula. Yelah... berkawan. Nak apa lagi? Lepas dah berkawan baru kita buat plan B.

"Not interested," kata Hasya lagi.
Hasya langsung tidak menoleh ke belakang setelah berlalu pergi.

Farhan menghembus nafas panjang. Pendekatan yang sukar! Tapi tidak mengapa, hari masih panjang.

***

"HAI. Jumpa lagi?"

Hasya menoleh ke sebelahnya. Kening ternaik. Keliru dengan kewujudannya lelaki ini di kelasnya. Apa kena dengan mamat ni?

Farhan memberi senyuman manis, berharap gadis itu sekurangnya membalas senyumannya. Tapi tidak!
Farhan seraya mematikan senyumannya.

"Eh, Farhan! You ambil kelas perniagaan juga ke?" Teguran seseorang yang mengenali Farhan.
Farhan mengemam bibir. Matanya mengerling Hasya yang juga seperti menunggu jawabannya.

"Haa.. Ha'a! Subjek tambahan."
Elok aje jawaban. Sejak bila pula aku rajin ambil subjek tambahan ni. Alahai... Farhan mengeluh resah.

"Hasya. Kau-" Kata Ayna terhenti apabila melihat Farhan yang duduk di sebelah Hasya. Ayna mendekatkan wajahnya dengan telinga Hasya.

"Sejak bila kau rapat dengan Farhan ni?" bisik Ayna.

"Akupun baru kenal dia pagi tadi," balas Hasya seadanya. Tapi itu benar dan Hasya tak tipu.

Jawaban Hasya cukup membuat Ayna faham. Kawannya manalah berkenan dengan mana-mana lelaki sekarang. Macam mana Ayna kenal Farhan? Sudah pasti kerana Rayn Haiqal, kekasih kawan mereka, Anis Ayshara.

Tapi setahu Ayna, Farhan tidak mengambil kelas perniagaan. Hanya persoalan yang ada kepalanya. Tak penting juga.

"Mana Anis? Dia tak masuk kelas ke?"

"Hmm... Member tengah dating kejap. Rindu katanya." Ayna terkekeh.

Hasya hanya menggelengkan kepala.

Sepanjang kelas, Farhan langsung tidak mengambil perhatian tentang apa yang dihadapan. Manalah dia ambil subjek perniagaan. Tujuannya hanya satu, bertemu dengan Hasya Adrina. Seperti sekarang. Matanya hanya terpaku pada Hasya.
Cantik dan manis. Tidak bosan untuk ditenung. Fikirnya.

MELTED HEART OF ICE (LOVE OR DARE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang