BAB 14

298 11 0
                                    




"KOPERAL!" Laungan ASP Edric menggegar pagi. Bahu seorang anggota polis yang tercegat depan pita kuning, terangkat sebelum dia cepat-cepat menoleh. Bermuka cuak.

"Macam mana kau boleh biarkan orang luar masuk kawasan ni?"

"Tapi, Tuan... dia..."

"Dia dah buat kerja dia. Kau tak perlu marah-marah." Suara garau itu berkumandang lagi.

ASP Edric merengus kuat. Hujung matanya dijeling ke sebelah, sebagai isyarat agar Sarjan Razlan menghalau lelaki yang tiba-tiba muncul di situ. Siapa lagi? Tidak lain dan tidak bukan...

Alexander Aryan.

Lelaki yang kini berdiri setentang dengannya. Sangat tenang bersabung mata.

"Encik, ini kawasan jenayah." Sarjan Razlan muncul di sebelah. Baru sahaja dia ingin mencengkam lengan Alex, lelaki itu lebih dahulu membuka mulut.

"Mesti kau belum tahu apa-apa, kan?"

Sarjan Razlan menoleh kepada ASP Edric. Mereka berpandangan sesama sendiri. Dahi masing-masing berkerut.

"Tak apa. Tengah hari nanti, Tuan Iskandar akan adakan press conference. Kau boleh tahu masa tu."

Sedikit demi sedikit, mata ASP Edric membuntang. "Takkanlah..."

Bibir Alex mengulum senyum.

"Nampaknya kau dah tahu. So, yeah. Aku yang dihantar oleh NYPD."

"Tak mungkin!" Laju ASP Edric menafi. Tinggi intonasinya.

"Kalau kau tak percaya, kau boleh telefon Tuan Iskandar. Aku tunggu kat sini," jawab Alex sambil mengundur setapak ke belakang dan menyilang lengan ke dada. Tenang air mukanya, tetapi ASP Edric yang melihat, rasa tercabar. Dia mendengus sebelum menarik keluar telefon bimbitnya dan mendail nombor Assisten Komissioner Iskandar Ismail.

"Kamu dah jumpa dia?" Belum sempat dia mengatakan apa-apa, ACP Iskandar lebih dahulu menegur. "Dia sepatutnya diperkenalkan di balai, sebelum sidang akhbar. Tapi memandangkan ada kes pagi ini, aku minta dia terus ke sana."

"Jadi, memang betul Alexander Aryan yang Tuan hantar?" Hampir tercekik tekak ASP Edric sewaktu memohon pengesahan.

"Ya."

"Tapi Tuan, setahu saya, dia..."

"I have to go. Keadaan kat sini tengah kecoh. Orang atasan bertambah bising. Wartawan tak henti-henti call. Huh, memang tak reti tunggu waktu PC."

"Tuan..."

Klik!

Panggilan putus. ASP Edric meraup muka. Nafas berdengus kuat. Semalam, memang dia sudah dimaklumkan tentang penubuhan satu pasukan petugas khas untuk kes White Killer, di mana mereka akan menerima seorang konsultan daripada New York Police Department (NYPD). Konsultan tersebut dikatakan orang yang berpengalaman dalam kes pembunuhan bersiri. Tetapi, langsung dia tidak menduga bahawa orang yang dimaksudkan ialah Alexander Aryan.

Sungguh! Apa kelayakan lelaki ini? Dia cuma seorang penulis novel jenayah. Dia tidak tahu apa-apa tentang jenayah sebenar. Apatah lagi, tentang pembunuhan sebenar!

"Nampaknya, kau dah dapat pengesahan."

Muka ASP Edric tersirap. Lelaki yang masih tegak bersilang tangan, ditenung tajam.

"So ASP Edric, whatever you know about homicide, throw it away. Tak sesuai untuk kes ini."

Bagaikan membaca apa yang ada dalam fikiran ASP Edric sebentar tadi, Alex menyambung bicara. Telinga ASP Edric berdesing. Kata-kata Alex kedengaran seperti sindiran yang sengaja dituju kepadanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU LELAKIMU: THE WHITE OBSESSIONWhere stories live. Discover now