Seorang jejaka baru sahaja menapak keluar daripada lapangan terbang Kuala Lumpur . Dia sedang menunggu driver papanya yang diarah untuk menjemputnya pulang . Hampir sepuluh tahun juga dia tidak menjejakkan kaki di tanah air ini . Dia balik pon sebab terpaksa uruskan syarikat papanya sementara waktu .
Ikutkan boleh je dia bawa kereta dia yang ada di basement airport ni tapi dia tak larat , penat . Yalah 15 jam 15 minit dalam flight , kau rasa ? Entah entah minyak keretanya pon dah kering .
Sedang dia asyik terleka , bahu nya di tepuk dari belakang lalu disapa dengan sebaris ayat .
"Guten morgen , Mr Alden Harraz . " sapa suara di belakangnya .
"Sche-...." baru saja dia ingin memarahi empunya suara itu , namun tingkahnya terhenti kerana matanya disapa dengan sebuah sosok tubuh yang boleh dikatakan rindu juga la.
Ceh rindu ke HAHAHA .
Tapi fizikal orang di hadapannya ini , agak lain . Masih dia ingat fizikal lelaki itu sebelum dia berangkat ke German dahulu . Kurus keding , muka jambu , rambut tak payah cakap , serupa tak pernah sikat rambut .
Bezanya dengan sekarang , k ada muscle sikit tapi still fit , muka matang dah , tak pakai spek dah huh beza lah . Tapi Alden taknak tunjuk yang dia terkejut depan perubahan rakannya itu .
"Stunning right ? , Dah agak dah" dengan penuh lagak Zafrel berkata . Haa Zafrel la nama kawan Alden ni .
Dia ni takut sikit dengan Alden . Tak percaya ? Tunggu je nanti mesti percaya .
"Perasan , kau buat apa kat sini ?" Soal Alden malas fikir kenapa kawannya ada kat sini . Mungkin baru turun flight juga kot . Kot la .
"Aku nak hantar kau balik rumahla"
"Tak payah , papa aku dah suruh driver dia amik aku." Tolak Alden segera kerana dia tahu papanya sudah arahkan driver jemputnya . Kang kalau dia ikut Zafrel , tak ke kesian driver tu , nak nak orang tua huh parah dikk.
"Aku la driver kau bongok , your beloved papa ask me to take you to his mansion" Balas Zafrel pula
"Bongok ? Oh da jadi driver sekarang" sakat Alden dengan sengaja kerana dia tahu kawannya tu tak berani nak marah dia . Kadang kesian juga
"Boleh tak berubah sikit perangai tu , jangan nak merendahkan or-...." Zafrel berhenti bercakap apabila Alden memandang dia Dari tadi .
Pahal mamat ni , balik dari German terus gila ke . Muka elok tapi perangai buat orang mengucap , kata Zafrel dalam hati .
Eh Zafrel ni dia macam cakap sendiri je .
"Kau pahal hah" tegur Zafrel sambil menyepak kaki Alden . Dia takut pulak tiba tiba .
Haaa kan da cakap dia takut dengan Alden .
"Dah abis cakap dah ?" Tanya Alden sambil memasukkan airpod ke dalam telinganya .
"Cepatlah aku penat ni , jomlah gerak encik driver" Alden sengaja menekankan perkataan encik driver itu . Tulah nak jadi driver mithali kan ? Ambik kau
Uish kejamnya Alden . HAHAHA
TBC
vote for next chapter !
YOU ARE READING
Mein Frau : Aemira Zuqrena
Teen FictionAlden Harraz , sosok tubuh yang mampu mencairkan hati mana mana wanita yang melihatnya melalui ketampanan dan ketinggian yang diwarisi dari generasi datuknya . Malangnya dia membenci mana mana "kaum hawa" . Namun kehadiran seorang gadis atau lebih t...