Gerun pandangan Hatta terhadap pembantu arah, yang telah membongkarkan siapa dirinya sebenarnya. Mata helangnya cukup tajam menikam wajah lelaki itu.
"Ampunkan patik, tuanku! Hukumlah patik jika perlu!" rayu pembantu arah.
"Bangun lah, tiada guna meminta maaf, semuanya sudah terjadi."
Pembantu arah bangun dan berdiri tegak di hadapan Hatta.
"Kau kata ombak besar sudah tiada?" tanya Hatta.
"Ya!.. ya, tuanku! P-patik sudah menemui jalan keluar daripada pulau ini!"
"Tidak perlu menjerit!" tegur Hatta.
Hatta menongkat dagu menggunakan tangannya, wajahnya jelas sekali sedang berfikir."Beta sebenarnya tidak mahu keluar daripada pulau ini, lagi pun ke mana kita mahu pergi?" tanya Hatta.
Siapa yang mahu meninggalkan pulau seperti ini, Walaupun tiada penduduk, ianya sangat indah dan tenang.
"Beta akan berikan arah nanti, kau boleh keluar."
Pembantu arah itu menundukkan
wajahnya lalu melangkah keluar. Selepas itu, Panglima Rellza mendekati Hatta."Di sini terlalu cantik, beta sudah pun jatuh cinta" ucap Hatta.
"Jatuh cinta dengan Lavender?" tanya Panglima Rellza.
"Hm."
Panglima Rellza tersenyum sinis.
"Bukan! Bunga lavender!" nafi Hatta. Tangannya memukul meja dengan kuat.
Panglima Rellza mengenakan dirinya. Panglima ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ianya sudah jelas!
"Patik tahu, tuanku. Tuanku boleh membawanya pulang dan berkahwin dengan dia." cadang Panglima Rellza.
"Mahukah dia?" tanya Hatta.
"Cubalah. Raja pasti suka bila melihat Lavender."
Riak wajah Hatta terus berubah, ayahanda Hatta suka? Pastinya tidak.
"Kau lupa? Raja tidak akan sesekali menerima rakyat biasa sebagai isteri anaknya. Lagi-lagi orang seperti Lavender." kata Hatta.
_____________
HATTA berjalan ke arah lavender yang sedang menyiapkan makanan untuk makan malam. Malam ini Lavender mengenakan dress berwarna biru laut.
"Lavender," panggil Hatta.
Lavender berhenti daripada menyusun pinggan mangkuk dan menghadap Hatta.
"Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" tanya Lavender.
"Saya mahu bercakap dengan awak sebentar," ujar Hatta.
Tanpa menunggu Lavender, Hatta terus keluar lalu Lavender mengikuti langkah Hatta daripada belakang.
Hatta berhenti di hadapan taman bunga. Hatta mula mengeluh.
"Esok kami semua akan pulang, saya menerima surat daripada ayahanda saya," terang Hatta.
Tentera ayahanda Hatta berjumpa dengan pembantu arah di lautan luas semasa mencari jalan keluar dan tentera raja mengirimkan surat kepada Hatta.
"Oh.. Jadi ini malam terakhir awak di sini?" tanya Lavender. Riaksi Lavender sedikit terkejut, hatinya sedikit sedih mendengar kata-kata Hatta.
YOU ARE READING
LAVENDER | EBOOK
Fantasyfirst ebook • HATTA ZIAULHAQ • NAURA LAVENDER __________________________________ Kisah dongeng yang mengisahkan seorang putera yang melarikan diri daripada majlis perkahwinannya. Namun kapal yang dinaikinya hanyut dan sesat di satu pulau yang dipenu...