Bubur ayam yang masih hangat dicedok ke dalam mangkuk kaca yang ada di atas meja. Baunya macam sedap dan nampak menyelerakan tetapi tidak tahulah bagaimana dengan rasanya. Hidung Faleq didekatkan dengan mangkuk kaca yang berisi bubur. Dia cuba mengambil aroma.
"Bau sedap. Kau beli ke?" Soalnya seraya memandang Taufiq.
"Taklah. Ragus yang masak. Bersungguh-sungguh dia nak masak bubur untuk tuan. Makan masa 2 jam jugalah dia kat dapur." Ujarnya. Penutup termos bubur diketatkan.
"Ragus masak? Tak naklah aku. Kalau aku kena food poisoning macam mana?" Dia menolak mangkuk itu jauh. Dia memeluk tubuh lantas memandang cuaca di luar jendela.
"Tuan jamahlah sikit. Mana tahu sedap. Tak akanlah bubur boleh jadi tak sedap?"
Betul juga. Bubur ajekan. Tak akanlah tak sedap. Lainlah kalau nasi berlauk. Itu lain ceritanya.
Sudu digengamnya. Was-was untuk menjamah bubur yang masih berwap. Namun apabila difikirkan semula, perutnya sudah terasa lapar. Tak akanlah dia nak bertahan sampai malam.
Sesudu bubur ayam disuap masuk ke dalam mulut. Tapi malang sekali rasanya begitu masin! Berapa banyak sudu garam dia letak dalam bubur ni!
Boleh naik tekanam darah kalau makan benda masin-masin macam ni.Makanan itu tidak sempat dikunyah sudah diludahkan dahulu ke atas tisu.
"Werk! Masin gila. Dia taruh sepaket garam ke, huh?"
"Masin? Biar betul. Tadi masa saya balik sekejap, saya rasa macam dah okey." Tidak percaya Faleq, giliran dia pula mencuba.
Puih!
"Betullah, tuan. Masin sangat ni. Agaknya dia tambah lagi garam kut. Aduhai, Ragus." Keluhnya. Boleh matilah makan makanan yang dimasak Ragus.
"Tak apalah. Bubur ni biar kat sini. Saya pergi cari makanan kat luar sekejap." Tutur Taufiq dan mempamitkan dirinya. Segera keluar mencari makanan untuk orang sakit.
Langit di luar kelihatan aman. Tiada tanda-tanda bakal hujan. Alangkah seronoknya kalau dia boleh ride sekarang juga. Tapi dengan keadaanya sewaktu ini telah membataskan tubuhnya untuk bergerak jauh.
Jadi, dia buat keputusan untuk berjalan di sekitar taman yang ada di hospital.
Kedua tangan disorokkan ke dalam poket baju. Mulut bersiul seiring dengan kicauan burung. Letih berjalan dia terus melabuhkan punggung di atas bangku kayu yang baru sahaja dua pasangan burung terbang. Tubuh disandarkan kepada kepala bangku itu.
Tenang dia rasakan. Lupa sekejap dengan masalah yang baru sahaja menimpa dirinya.
Sehinggalah kedengaran bunyi 'klik' yang halus mengacau ketenteramannya. Kepala dipusingkan ke belakang. Mata mengerling sekeliling kawasan itu namun tiada siapa.Dan mata itu berjumpa dengan Doktor Rina. Segaris senyuman terukir tanpa dia sedar. Cepat-cepat dia menampar mukanya kuat kerana telah mabuk dengan wajah Rina.
Senyuman itu dibalas semula. Kebetulan Rina sengaja lalu di kawasan itu untuk mengambil angin sekejap.
"Encik Faleq. Buat apa kat sini? Nak ambil angin ke?" Soal Rina. Dia labuhkan punggung. Duduk di sebelah Faleq. Ada juga jarak di antara mereka.
"Ya. Saja jalan-jalan. Duduk dalam wad pun tepu juga."
Rina angguk faham.
"Badan macam mana? Okey? Sakit kat bahagian perut dah kurang?"
"Okeylah juga." Jawabnya acuh tak acuh.
"Nama kau siapa eh?" Soal Faleq.
Membuntang mata Rina apabila Faleq membahasakan dirinya 'kau'. Muka nampak macam baik.
"Nisrina. Tapi panggil aje Dr.Rina. Semua kat sini panggil saya Rina." Jawabnya.
"Kalau panggil sayang?" Soal Faleq lagi. Tapi kali ini bernada berbisik. Cukup hanya dia sahaja yang mendengar.
"Huh? Apa dia?" Soal Rina. Terpinga-pinga pula. Rasa macam diperbodohkan ya juga.
Faleq tertawa besar. "Tak adalah. Sedap nama kau. Tapi one thing yang aku perasan, muka kau ni macam familiar." Umbuhnya. Sekali lagi dia merenung wajah Rina.
"Familiar? Tak kut. Encik salah oranglah tu. Saya pun tak pernah jumpa dengan encik." Tuturnya dan tertawa kekok.
"Kau...pernah tak buat minor surgery kat luar hospital dua tahun lepas?"
Dahi Rina berlapik halus. Minor surgery? Dua tahun lepas? Apa maksud dia? Tapi...
"Oi, Rina!" Teriak Kamal dari jauh sambil menyusun langkah ke arah adik tirinya. Wajahnya bengis persis wajah ibunya sewaktu itu. Seluar pendek paras lutut dan baju t-shirt kuning yang sudah lusuh dipakainya.
Dua kepala itu memandang Kamal. Wajah Faleq penuh dengan tanda tanya. Siapa itu? Teman lelaki dia ke?
Rina hanya mengeluh panjang. Mukanya diraup lembut.
Sebaik sahaja Kamal berdiri di hadapan Rina, dia terus menghembuskan kata-kata kesat sehingga menjatuhkan maruah Rina yang sedang duduk. Dia cuba tenangkan abang tirinya dengan memegang tangannya namun ditepis. Kasar."Aku nak duit! Duit!" Jerkahnya.
Lelaki yang bernama Faleq itu mula berlakon pura-pura buta dan pekak. Dia masih duduk di situ tapi matanya sama sekali tidak memandang dua beradik itu bertekak.
"Abang...berapa kali Rina nak cakap. Rina belum gaji. Nanti Rina gaji, Rina masukkanlah duit tu dalam akuan abang." Tuturnya, lembut. Seraya itu dia membawa Kamal ke tempat lain agar tidak menganggu orang di sekeliling.
"Aku nak sekarang. Kau tahu tak aku kalah dalam judi sekali lagi. Sebabkan kaulah yang tak nak bagi duit kat aku!"
"Allahuakbar...abang judi lagi? Patutlah tak cukup RM 5000 tu. Sudah-sudahlah, bang." Rayunya. Penat sebenarnya untuk melayan karenah dua orang manusia itu.
"Aku tak kira. Aku nak sekarang juga! Kalau tidak..." Tangan dihayun tinggi hanya tinggal untuk menampar perempuan yang ada di hadapannya. Rina bersedia untuk menerima kesakitan itu tetapi apa yang dia rasa hanyalah angin lembut yang menampar pipinya. Apabila dia membuka sipi-sipi matanya, figura Faleq sudah pun berada di hadapannya.
Bahunya yang lebar, wajah tampannya mula kelihatan walaupun dia dapat melihat dari sisi. Hidungnya mancung seperti DK, penyanyinKorea itu. Sangkakan dia ialah orang itu tapi sebenarnya Faleq. Faleq yang sedang menahan tangan Kamal di udara. Mencengkam kuat pada pergelangan tangan abang tiri Rina sehingga timbul urat-urat hijau.
"Kau siapa, huh?! Ini urusan aku dengan adik tiri aku!" Jerit Kamal dalam kesakitan. Cuba melepaskan tangannya tapi gagal.
"Ouh...adik tiri aje rupanya. Tak ada related apa-apalah ni tapi minta duit. Jantan jenis apa kau ni?" Panjang harkat 'ouh' itu apabila dia diberitahu bahawa Rina itu hanya sebatas adik tiri yang tiada pertalian darah.
"Lepaskan akulah! Sebelum aku tumbuk muka..."
Bush!
"Sepatutnya ayat tu macam ni, 'sebelum aku tumbuk kau, lebih baik kau elak', macam tu!" Satu lagi tumbukan kuat melayangkan tubuh Kamal jatuh ke tanah. Tangan yang mengepal menjadi buku lima itu diurut. Sakit juga menumbuk muka lelaki dayus itu.
"Cukup! Abang okey tak ni? Soal Rina. Dia terus mendapatkan Kamal yang telah jatuh. Bibirnya pecah berdarah akibat tumbukkan yang kedua.
Dia terpempam. Terkejut besar dengan tindakan Faleq itu.
"Saya berterima kasih pada awak sebab selamatkan saya daripada kena tampar tapi awak tak ada hak untuk tumbuk dia. Awak tu orang luar yang tak ada kaitan apa-apa pun dengan kami. Sudahlah, lebih baik awak pergi." Arahnya, keras. Tiada secalit senyuman malah dia cuba mempapah Kamal bangun.
"Tapi, kau dengan dia pun tak ada kaitan." Betahnya.
Namun suara itu tidak dia endahkan. Faleq menjadi halimunan buat seketika sehingga mereka berdua pergi dari situ.
"Cis. Aku dah tolong dia, boleh pula dia kata macam tu kat aku? Masalahnya diaorang berdua pun tak ada kaitan." Omelnya sendiri. Ingatkan dia, bolehlah dia dapat pujian daripada Rina kerana telah menjadi superhero tapi dihalau pula.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Любовные романы"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...