Satu selimut tebal pun rasanya tak akan cukup untuk Rina yang sedang terbaring di atas katil. Tubuhnya sekujur keras membaluti diri sendiri dengan selimut putih lagikan empuk itu dek terlalu sejuk. Badannya terasa sungguh panas dari ubun kepala sehingga hujung kaki, sebab itulah sekarang ini dia rasa seram sejuk.
Kalaulah dia tak kalah dengan Faleq semalam, sudah tentu dia tak perlu demam hari ini. Gara-gara semalam cadangan Rina yang dia cadangkan sendiri jika salah seorang daripada mereka kalah, yang kalah itu harus mandi laut walaupun sudah malam. Maka bermula pertandingan lumba lari dari hujung pantai hingga ke hujung pantai. Tapi belum sampai hujung lagi, dia sudah menyerah kalah, nafasnya tercungap-cungap, jantung pula berdetak laju.
Itulah, sendiri yang ajak, sendiri yang merana. Kan dah demam.
Tombol pintu bilik digenggam kemas lalu dipulas, melangkah masuk dengan perlahan sambil membawa plastik putih yang berisi ubat-ubatan. Ada senyuman kecil bermain di bibir melihat si isteri tertidur dengan gaya meletakkan satu tangan di bawah pipi.
Lantas, Faleq duduk bersebelahan dengan Rina. Dia membetulkan kedudukannya agar rapat dengan kepala perempuan itu. Dahi yang masih panas itu diganti dengan coolfever yang baru sahaja di beli.
"Sayang nak makan?" Soal Faleq lembut sambil mengelus-elus pipi merah itu.
Rina menggeleng kecil. Tak ada selera untuk makan.
"Makanlah sikit, nanti macam mana nak makan ubat kalau perut kosong." Pujuk Faleq.
"Tak nak..."
Faleq mengeluh kecil. Dah satu hal nak kena pujuk isteri supaya makan.
"Itulah, kenapalah kau cadangkan kita lumba lari. Kan dah kalah," Sambung Faleq.
Bingkas Rina bangun dari posisi pembaringan dan duduk bersila memandang muka Faleq. Demam-demam pun dia masih boleh berkerut muka.
"Salah awaklah. Kenapa awak tak mengalah aje? Kalau awak yang kalah, saya tak demam." Balas Rina.
"Aku pula yang salah? Aku kalau bab-bab macam ni, aku pantang dicabar." Kening dijongketkan, buat muka tidak kesah.
Jawapan itu makin buatkan hati ini rasa panas adalah. Cubalah dia akui aje salah itu walaupun dia tak salah sebenarnya.
"Fine!" Dia terus hempapkan dirinya ke atas katil semula dan baring menghadap tingkap, tidak seperti tadi. Merajuklah tu.
Terdengar keluhan kecil dari Faleq. Bibirnya terherot ke atas melihat tingkah manja isterinya lantas turut baring di belakang Rina. Perlahan-lahan tangannya naik melingkari pinggang, memeluk tubuh kecil itu.
"Aku nak tanya kau soalan boleh?" Soal Faleq.
Dia menggumam sahaja lalu cuba mengacah untuk leraikan pelukan itu kerana masih merajuk namun semakin erat pula Faleq memeluk.
"Kau akan bencikan aku tak kalau aku tipu kau?"
Jeda. Terkaku tubuh Rina sewaktu itu ketika suara halus yang berada di sebelahnya terlalu dekat dengan telinga. Kenapa pula suaminya tanya soalan seperti itu?
"Awak ada tipu saya ke?"
Faleq mengeluh berat. Kenapa mulut ini terlalu payah untuk ungkapkan realiti yang memang pahit untuk ditelan.
"Aku cakap kalau. Jadi, kau akan benci akulah?"
Kali ini Rina berpaling, menalakan wajahnya kepada Faleq tanpa secalit senyuman yang hadir. Dia merenung lama kornea milik lelaki itu sehingga dia apitkan tapak tangannya kanannya pada pipi Faleq.
"Bergantung."
"Bergantung? Maksud kau?"
"Bergantung sama ada tipu awak tu akan membuatkan saya ingin lesap dari muka bumi ini atau tak. Seberapa besarnya penipuan awak, sebesar itu jugalah saya akan bencikan awak." Jawab Rina dengan serius. Namun jauh di sudut hatinya dia dapat rasakan sesuatu yang dia tak mahu rasa. Mungkin rasa cinta dan sayang yang dia alami selama ini mungkin tipu.
Terdiam Faleq mendengar balasan soalan yang dia tanya.
"Tapi saya tahu awak tak akan mampu untuk buatkan saya sebenci itu kepada awak. Lainlah kalau...awak cakap awak nak kahwin lagi satu dengan Melissa tu."
Lah! Tiba-tiba nama Melissa itu terpalit dengan perbualan antara mereka berdua.
Membulat mata Faleq tatkala nama itu terkeluar dari mulut isterinya. Masih tak berpuas hati gamaknya."Taklah! Seberani-beraninya aku, tak akan pernah aku berani nak buat macam tu. Memang kaulah satu-satunya. Tak ada yang lain dan tak akanlah." Sambung Faleq, tergesa-gesa menyangkal sangkaan Rina. Mampus dia kalau dia berkahwin satu lagi. Ish, walaupun dia ini mafia yang tampak gerun, bengis dan tidak pernah gentar untuk buat apa-apa sahaja tapi apabila melibatkan hati wanita, dia kalah. Itu sahaja satu-satunya perkara yang dia tak akan pernah berani lakukan di belakang Rina.
"Okey, saya pegang kata-kata awak tu, Faleq."
Lengan Kamal ditarik kuat sehingga tergoyang sedikit tubuhnya apabila dipaksa tanpa rela oleh Kuntom untuk melangkah masuk ke suatu tempat yang dia sudah agak. Dahinya berkerut seribu sudah memberi jawapan yang dia tak mahu.
Dia yang awalnya mengganggur seperti biawak hidup sekarang ini tiba-tiba disuruh bekerja demi sebutir beras.
"Apa hal mak bawa Kamal datang sini? Orang tak nak kerja. Lagipun mana ada orang nak amik orang ni kerja." Ungkap Kamal angkuh. Tangan memeluk tubuh, berhenti berjalan dan berdiri tegak di depan pintu masuk.
"Tak ada, tak ada. Aku tak nak sara kau, jadi kau kena kerja. Aku tak kira. Kita dah sampai sini jadi kalau kau berani selangkah aje nak balik, aku report polis cakap yang kau main judi kat tempat haram. Biar kau masuk penjara." Teriak Kuntom. Dia tak kesah kalau orang-orang memandang kerana dia sudah jelak dengan perangai tak guna anak itu.
"Berani pula mak?" Dia cuba mencabar.
"Eh, beranilah. Polis ada kat situ aje. Nak aku tunaikan?"
Terbeliak mata Kamal menyedari figura seorang lelaki berpakaian seragam warna biru tua itu berdiri tegak sambil memeluk senapang di dada. Lantas dia maju ke hadapan sambil berhentak-hentak kaki ke jubin. Takut juga kalau Kuntom ini buat di luar jangkauannya.
Kan tak pasal-pasal kena bekerja di sini. Padan muka!
Zip dompet kecil yang berwarna hijau muda itu dibuka dan mengeluarkan sehelai kertas warna ungu tanpa ragu-ragu setelah memilih satu botol minyak wangi yang telahpun memikat hatinya. Aroma bau itu terus membuatkan dia berhenti melangkah dan melihat ke tepi, seolah-olah dia terus tahu dari mana datangnya bau itu.
"Ini saja cik?" Soal pekerja yang bekerja di kedai itu sambil membungkuskan hadiah itu ke dalam kotak.
Rina mengangguk sekali lalu kotak itu diberikan kepadanya. Pintu kedai ditolak dari dalam, pandangannya tak lari dari menelaah hadiah yang hendak dia berikan kepada Faleq. Rasa teruja dan gementar sedikit. Tak tahulah jika Faleq akan sukakan pemberian ini.
Begitu dia hendak berjalan ke satu lorong, pandangannya tiba-tiba menjadi kelam. Gelap. Hitam. Apa pun dia tak nampak dan fikirannya kosong lalu pengsan selepas menghidu satu bau yang aneh. Longlai tubuhnya dalam dakapan lengan seorang lelaki yang keras. Pada ketika ini, dia tidak fikir lain selain memegang erat perutnya sambil di dalam hati dia berdoa kepada Tuhan.
"Ya Allah, selamatkanlah aku dan juga anakku ini..."

YOU ARE READING
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romansa"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...