[Bahagia setelah derita itu amat berharga. Seperti menjumpai air setelah sekian lama haus dipadang pasir]
*
*
*
Arumi telah dibenarkan pulang setelah seminggu berada di wad selepas bersalin.
Emil mendukung bayi kecil mereka yang merupakan bayi lelaki. Ayah mana yang tidak gembira. Dia merasakan Allah telah mengantikan anaknya yang telah pergi hampir setahun yang lepas. Tidak henti-henti dia mencium bayi kecil itu.
Arumi berjalan perlahan-lahan sambil memegang tangan Airil dan Airin di kiri kanannya. Beg yang berisi baju dan barang kegunaannya semasa di wad, dibawa oleh pembantu rumah. Emil menggajikan 2 orang pembantu rumah.
Memasuki rumah, mereka disambut oleh ibubapa Emil dan Arumi serta keluarga terdekat yang lain.
"Kami tak sabar nak tengok Emil junior..." Kata salah seorang saudara mara Emil.
"Mestilah kacak macam saya makcik..." Balas Emil begitu bangga. Sebelah tangannya memaut bahu Arumi.
Airin dan Airil sudah duduk di sofa di sisi atok dan nenek mereka iaitu ibu bapa Arumi.
"Suka tak dapat adik?" Ayah Arumi menyoal cucu-cucunya itu.
"Suka. Adik comel." Balas Airil. Dia begitu gembira semasa di wad tadi. Tidak sabar hendak membawa adik pulang. Sehinggakan adiknya disuntik dan menangis, dia pun menangis sama. Tidak rela adiknya disakiti.
Semua orang sedang melihat bayi baru yang kini dalam pangkuan Arumi.
"Anak ayah yang ni, hari ni tak cium ayah lagi..." Emil merangkul Airil lalu dijulang tinggi, kemudian diciumnya.
"He he... ayah!..." Airil ketawa kerana senang dibawa bermain oleh Emil.
Setelah puas mencumbui Airil, EMil melepaskan semua Airil ke bawah untuk bermain sendirian. Walau sudah ada anak sendiri, dia tetap tidak lupa pada anak-anak tirinya.
Airin menyaksikan semua itu membuatkan air matanya bergenang. Air matanya yang hampir jatuh diusap cepat. Bukan dia cemburu kerana terlihat seperti ayah Emil lebih sayang kepada Airil dan adik baru, tapi air mata bahagia kerana melihat adiknya sihat dan gembira. Bahagia kerana melihat senyuman lebar di bibir ibunya.
'AYAH.' Seru Airin dalam hatinya. Dia menyeru ayahnya, Dr Amril yang berada jauh di negara Eropah. 'Semoga ayah juga gembira ya. Ayah jangan risau pada kakak, pada umi dan pada adik. Kami bahagia dengan ayah Emil.' Doa Airin di dalam hati.
"Kakak kenapa?" Emil begitu risau melihat mata anak tirinya itu merah dan berair. Dia terus hampiri Airin.
"Tak de apa ayah?" Airin geleng sambil mengesat lagi pipinya.
"Cakap kat ayah... ayah ada buat salah apa-apa ke?"
Emil sedar, anak tirinya yang sulung itu amat pemerhati. Amat sensitif. Dan Emil rasa Airin sudah boleh berfikir seperti orang dewasa dan amat tahu jaga diri serta sopan juga. Sebagai ayah tiri, Emil tidak ada ruang untuk marah atau protes apa-apa mengenai sikap Airin. Betul-betul terdidik. Kerana itulah Emil bertambah sayang kepada Arumi. Dia percaya penuh Arumi akan mendidik anak mereka yang baru lahir itu dengan baik.
"Kakak teringat kat Ayah kakak."
"Owh.... err, kakak nak video call ke dengan ayah Amril?"
"Hmm..." Airin angguk cepat.
"Kejap ayah call ayah Amril ye. Lepas tu kakak bawa telefon ayah ni masuk ke bilik ye." Emil memberi privasi kepada Airin untuk berbual dengan ayah kandung tanpa gangguan sesiapa.
Dalam kerumunan itu, Arumi melihat perbualan Emil dan Airin. Setelah itu dia melihat senyuman bahagia di bibir Airin sambil berlari membawa telefon menuju ke tangga. Airin dengan laju menaiki tangga menuju ke bilik.
Setelah Airin menghilang di anak tangga teratas, Emil menuju semula ke kerumunan ahli keluarganya.
"Kenapa kakak tu?"
EMil tersengih bahagia. "Rindu ayah Amril. Dia sedang video call."
"Owh..." Arumi tahu anak mana tidak rindukan ayah kandung. Dia amat lega kerana Emil amat memahami dan tidak cemburu.
"Kakak call ayah?!" Rupanya Airil mempunyai pendengaran yang peka.
"Ha ah..." EMil mengiyakan.
"Kenapa tak cakap kat abang. Abang nak bual dengan ayah juga..." Airil berkata lalu terus berlari ke tangga untuk mencari kakaknya.
"Abang! Jangan lari. Nanti jatuh." Emil mendahului Arumi dalam memberi peringatan.
Jadi, sebagai ibu yang masih dalam berpantang, Arumi jadi lega. Emil amat boleh dipercayai menjaga anak-anak, walaupun itu hanyalah anak tiri.
"Anak kau orang ni dah ada nama ke?"
Perkara lain yang terpenting selain kesihatan bayi dan emosi ibu, adalah nama anak. Nama anak yang baik amat dianjurkan oleh Islam kerana nama itulah yang akan dipanggil di sana nanti. Nama yang baik akan membawa maksud yang baik. Sebaiknya namakan anak dengan nama rasul, nama nabi atau nama para ulama. Semoga pekerti anak itu akan mencontohi perkerti nama-nama besar itu.
Emil dan Arumi saling berpandangan. Memang mereka telah berbincang nama itu sejak mengetahui jantina anak. Arumi pernah menyarankan tidak apa jika Emil hendak namakan anak mereka itu dengan nama anak Emil yang telah pergi. Tetapi Emil menolak. Bukan tidak cintakan anak yang telah pergi itu, tetapi tidak mahu mencampur aduk hal lepas dan hal yang baru.
"Kami dah ada namanya mama..."
Semua menanti nama itu. Tapi Emil masih tersengih-sengih macam ayah yang dalam alam fana dunia cinta.
"Edraqi Akhtar..." Ujar Emil penuh keyakinan. Itu nama gabungan huruf E namanya, dan A mewakili nama isterinya.
"Semoga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibubapa dan agama..." Doa ibu Emil sambil mencium anak itu.
"Aaminn..." Semua yang ada mengaminkan doa itu.
Emil masih merangkul bahu Arumi. Rasa cintanya kepada Arumi sudah tertanam kemas di hatinya. Tidak mungkin berpaling lagi, dengan izin Allah.
"Sayang nak rehat ke? Abang bawa sayang naik ke atas."
Arumi memandang ragu akan bayi kecilnya yang masih dipegang oleh saudara mara Emil.
"Tak pe... anak kita kuat. In syaa Allah."
Perbualan Arumi dan EMil dihidu oleh ibu EMil.
"Umi naik lah ke bilik. Rehat. Biar mama tengok... err apa nama tadi cucu mama ni... Edra... apa...?" Mama EMil mula lupa-lupa ingat.
"Edraqi, mama...." Emil bantu ingatkan.
"Ha... Edraqi. Rasanya mama panggil Edra je lah..."
Emil dan Arumi hanya senyum.
"Jom abang bantu."
Arumi bangun dengan bantuan EMil. Mereka melangkah ke tangga. Semua ahli keluarga dan saudara mara memandang penuh bahagia akan kemesraan pasangan itu.
Semoga mereka bahagia hingga ke akhirnya.
***happy reading***
YOU ARE READING
AYAH (Tamat - Unpublish)
RomanceKejayaan teragung seorang ayah itu diterjemahkan bagaimana? Kisah peranan seorang ayah di dalam sebuah keluarga. Apakah ayah ini seorang yang baik, atau ada sisi lain yang tersembunyi lalu bila diketahui adakah si anak, isteri dan ahli keluarga bol...