"Good Morning, class. I am Ms Bunga Aleena Binti Ferdi, your English teacher for this semester."
Itulah Bunga, seorang guru subjek Bahasa Inggeris di sekolah berpretasi tinggi. Gadis ayu berkaca mata putih itu mendapat pengiktirafan dari Universiti Putra Malaysia.
Manakala jejaka tinggi lampai serta berbadan sasa, Arif Iskandar Bin Alfianshah kini adalah seorang underwater welder bekerja sepenuh masa di pelantar. Hidupnya kosong, tak ada yang menarik. Bangun pagi, kerja, makan, tidur dan ulang.
Arif dan Bunga dahulunya adalah classmate dari tingkatan 1, pernah menyukai antara satu sama lain namun hubungan itu terputus apabila masing-masing menyambung pengajian sejak 10 tahun yang lalu.
"Manalah kau hilang ni Bunga. It has been 10 years. Kau lupa aku ke ?" Arif amati matahari yang hampir terbenam di sudut kapal itu memikirkan di mana keberadaan Bunga sekarang.
Sementara Arif diulit dengan pemandangan yang cukup indah, suara Uzair rakan baik Arif menerpa dari belakang "weh mat, kau nak tahu tak?"
tak sempat Uzair menghabiskan ayatnya, Arif mencelah "kau ni kan mana aku ada mesti kau ada. Rimas la." sambil menunjukkan mimit muka meluat terhadap rakan baiknya itu.
"kau tengok muka aku ni macam aku kisah ke kau suka ke tak? by the way, next two weeks syarikat kita ada buat Gala-Night kat KL, , so you as the most important employee untuk syarikat ni kau di WAJIB kan datang." lantang Uzair bercerita tentang pelan syarikat mereka nanti.
Arif hanya menarik nafas perlahan, nak reject pun tak boleh. pergi aje la.
kringgg..
murid mana je tak suka balik ? loceng sekolah berbunyi, semua murid sibuk mengemas barang-barang mereka.
"Class, donʼt forget to hand over your assignment tomorrow. See you on the next day in my class. Everyone can disperse." ini lah rutin seorang Bunga Aleena selepas bergelar guru. Hidupnya penuh dengan aktiviti sekolah, perangai murid yang pelbagai ragam. Sungguh penat, namun ini adalah impiannya.
"Hi Ms Bunga, penat aje nampak harini?" soal Cikgu Lia dari arah tepi Bunga. Bunga hanya melemparkan senyuman, membalas pendek pertanyaan tadi "penat kak. Bunga balik dulu la." Cikgu Lia hanya mengangguk, malas menyoal lebih lagi, esok esok aje la.
Pintu kereta honda civic FE Bunga dibuka, Bunga memasukkan segala barang-barangnya ke seat belakang.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi
RING.. RING..RING..
Laju tangan Bunga menyeluk handbag mencari telefon pintarnya itu. Di skrin telefon itu terpapar nama ʼKak Syidaʼ.
Kak Syida merupakan senior Bunga semasa di universiti, cumanya Kak Syida ni dulu kos engineering sekarang full-time kerja dekat pelantar."Assalamualaikum Bunga, Bunga free tak hujung bulan ni ?"
"Waalaikumusalam akak, free aje. Hujung bulan ni kan pelajar dah mula cuti penggal. Kenapa tu kak ?" soal Bunga.
"Baguslah. Macam ni, hujung bulan ni compony akak ada buat majlis. Jadinya, akak nak jemput Bunga jadi photographer akak boleh ?" Kak Syida menyatakan hasratnya untuk membawa Bunga ke majlis itu sekali.
"Taknakla akak, dorang tak jemput Bunga pun. Malu la", Bunga menolak pelawaan Kak Syida. Nanti kalau diorang tengok atas bawah, mati dia.
"Kau tak payah risaula Bunga. Akak dah cerita pasal kau kat colleague akak, semua setuju kau jadi photographer kat situ. Nanti ada upah. " sejujurnya Bunga ni berkebolehan. Bukan sahaja bijak, namun sejak di bangku sekolah lagi memang dia ada kemahiran mengenai kamera.
YOU ARE READING
Kerana Dia Rahsia Semesta
RomancePertemuan semula Bunga Aleena dan Arif Iskandar setelah 10 tahun membangkitkan rasa benci pada hati Bunga. Bukan gadis itu tak rindu, namun selepas memakan masa bertahun-tahun baru jejaka itu mahu mencari dia semula ? "Please give me some space to e...