bab 10

61 5 0
                                    

Kilauan bulan pada permukaan laut menjadi tatapan mata. Mendengar deruan ombak yang kuat membantu dia untuk kekal tenang walaupun hati itu sedang bertarung dengan ombak dan ribu yang besar.

Kepala lutut dibawa naik dekat dengan dada. Sejuk kian terasa apabila angin laut menampar pipinya lembut.
Tapi tidak pula dia sangka seseorang akan membalut tubuh belakangnya dengan jaket kulit yang tebal dan hangat. Baru sahaja kepala ingin menoleh, Faleq sudah melabuhkan punggung di atas pasir pantai, bersebelahan dengan Rina. Kedua tangannya penuh memegang makanan.

"Awak ke yang bagi jaket ni pada saya?" Soal Rina. Dia tahu tetapi sengaja ingin bertanya juga.

"Taklah. Ada uncle tu kasi. Dia tengok kau kesian sebab dahlah baru menangis lepastu sejuk pula. Dia yang suruh bagi." Tuturnya berseloroh. Keropok lekor panas dikeluarkan daripada plastik dan mengambil gigitan besar.

Rina tertawa kecil. Dia memandang pak cik Cina yang sedang menjual keropok lekor itu. Bert-shirt putih lengan pendek dan seluar tracksuit berjalur merah. Mukanya sudah tua. Tak akanlah dia memiliki jaket kulit hitam yang mahal ini?

"Yalah tu. Entah-entah awak yang kasi. Terima kasih sebab prihatin dekat saya." Ucapnya dan memandang Faleq.

Telinganya sudah memerah malu.

"Ambil ni, kerepok lekor." Plastik itu dihulurkan padanya.

"Terima kasih...awak ni caring juga eh? Saya suka tau makan keropok lekor. Lagi-lagi kalau waktu panas. Sedap." Umbuhnya seraya menyuap masuk belahan makanan itu.

"Mana ada aku caring. Aku beli dua sebab...pak cik tu tak ada baki. Terpaksalah aku beli dua."

"Baiklah...saya faham awak segan nak mengaku." Tuturnya dan tertawa kecil.

Sipi-sipi ekor mata Faleq memandang ke kirinya. Dia ikut senyum ketika Rina tersenyum. Mujurlah sekarang dia sudah boleh mengukir senyum. Sepanjang hari asyik monyok sahaja.

"Jadi...kau dah bersedia ke nak bercerita? Tentang tadi."

Dia mengehelu nafas panjang sebelum bercakap.

"Sakit. Dada, hati saya sakit." Satu perasaan yang tidak dapat orang lain melihat isi hatinya. Hanya sakit yang dia rasakan. Rasa seperti semuanya hancur. Mata itu memandang bulan.
Senggukannya dapat dilihat oleh Faleq menerusi mata perempuan itu.

"Ex-boyfriend saya berkahwin dengan kawan baik saya sendiri. Awak rasa saya patut rasa gembira atau sedih?" Rina meminta pendapat Faleq. Kepalanya memandang wajah Faleq dengan air mata bergelinangan.

"Ex-boyfriend kau? Ex, kan? Bila kau dengan dia dah tak ada apa-apa makna lagi, kenapa kau nak kena sedih? Dia tu masa lalu kau. Dan mungkin kau pernah cintakan dia lebih daripada diri kau sendiri tapi ingat, diri kau lebih berharga daripada orang lain. Kau tak layak untuk rasa sedih hanya kerana dia telah bahagia dengan orang lain walaupun orang tu kawan baik kau sekali. Memori kekal tapi perasaan? Perasaan boleh berubah, betul tak?" Coretnya panjang lebar.

"Kau lebih bernilai berbanding mutiara. Kau berhak dapatkan seorang lelaki yang lebih baik dan kacak... contohnya macam aku." Tuturnya. Sempat dia selitkan gurauan pada hujung ayat dengan gelak kecil. Keningnya dijongketkan satu sambil melontarkan satu senyuman yang bermakna. Walaupun itu kedengaran satu gurauan pada Rina namun, pada dia itu bukanlah gurauan ataupun kata-kata kosong.

Rina tertawa kecil. Tangan menutup mulut sebelum dia ketawa dengan terbahak-bahak.

"Sebab awaklah saya boleh ketawa macam ni. Tapi bermakna juga eh kata-kata awak. Saya dapat rasakan yang...semua tu ikhlas." Tuturnya.

Faleq Nisrina [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang