Sekolah sudah bermula

96 4 0
                                    

Hai, nama aku hm hm . Siapa nama aku? oh ha nama aku Ren. Apa tu Ren? Rania tapi disingkatkan jadi ren. Kenapa? suka hati aku lah kan. cite aku

So mari aku perkenalkan sekolah aku. Nama sekolah aku, Sekolah Terbilang Cemerlang atau ringkasannya STC.

STC ni memang famous sebab dikatakan sekolah elit yang pandai. Kiranya almost semua pelajar yang ada kat skolah ni adalah perfect package sebab bukan sahaja pandai malah kaya pulak tu.

Walau bagaimanapun, setakat kaya dengan pandai takda guna jugak kalau tak ada rupa. Sebab tulah dekat skolah mcm ni pun masih ada yang berpuak mengikut keturunan masing-masing. semua ini merepek.

Prestasi sekolah ni sangat lah baik . No satu seluruh bandar Chocolate Cake tapi semenjak hadirnya insan macam aku, tiba-tiba prestasi sekolah ni jatuh. Hahahaha mesti korang tak percayakan tapi itulah hakikatnya.

Dalam kelas 5 Lilac pada 10 Februari...

Suasana dalam kelas macam biasalah mesti akan kabut macam biasa tambah-tambah lagi bila tak ada cikgu dalam kelas. Makin kabut bila pada hari ni result exam diagnostik 1 akan keluar.

Sedang aku rancak berbual dengan geng aku , tiba-tiba cikgu masuk..

"Selamat pagi kelas"

"Baiklah pada hari ni cikgu akan memberitahu kamu semua tentang keputusan peperiksaan ujian diagnostik 1 kamu yang dijalankan pada dua minggu yang lepas. Macam biasa kamu akan tewas dgn kelas pelajar lelaki macam tahun yang sebelumnya tapi kekalahan kamu kali ni sangat ketara kerana ada pelajar kita yang gagal 8 subjek"

Kelas menjadi riuh rendah. Haha gila kau tak riuh. Sekolah terbaik ada pelajar yang lulus satu mata pelajaran je? Oh ya lupa nak bagitau. Kelas aku 5 Lilac ni aliran sains yang semua pelajarnya perempuan dan kelas sebelah 5 Inovasi merupakan kelas yang pelajarnya semua lelaki.

"Sekarang saya akan umumkan keputusannya. Nombor satu Shazzy dengan gred 8A+ dan 1A. sikit lagi nak straight A+. Kedua, Catherine dengan gred 8A+ dan 1A-. Ketiga, Debby dengan gred 7A- dan 1B+. Keempat, Zeey dengan gred 6A-2B+ bla bla bla"

Semua 4 teratas merupakan geng aku. Manalah nama aku ni..

"Dan terakhir, Ren, awaklah pelajar yang telah mencipta sejarah sekolah kita dengan 8 subjek gagal dan hanya 1 subjek lulus. Hanya Addmaths yang lulus, A+ pulak tu. Macam mana awak guna otak awak ni? Bla bla bla.."

Dan aku malas nak dengar bebelan cikgu dah. Tahniah kepada aku sebab dah cipta sejarah untuk STC. Aku tahu markah aku pasti dah tersebar dengan pesatnya memandangkan bila aku pergi kantin, semua pelajar pandang aku dengan pandangan jelek. 

Mungkin dalam fikiran masing-masing be like ;

"budak ni tak study ke"

"apa yang cuba budak ni lakukan?"

"sape masukkan dia ke sekolah ni"

"dia ni salah masuk sekolah ke?"

Tak, aku study cuma aku tak study benda yang patut masuk exam. Aku cuba lakukan apa yang aku boleh. Parents aku yang masukkan aku kat sekolah ni. Dan yang pastinya aku tak salah masuk sekolah.

Aku datang dengan misi. Misi menjadi Ketua Pelajar kat sekolah ni. Macam merepek? Kau takkan percaya dengan apa yang aku bakal lakukan. HAHAHA

Masuk je kelas. Aku nampak ada banyak surat "peminat" atas meja aku. Macam yang dijangka antara isi surat tersebut :

"Baik kau berambus dari sekolah ni"

"Cepatlah PT"

Kisah pulak aku. 

Tetiba ada satu surat yang menarik perhatian aku. Surat berwarna biru cair . Wangi macam perfume paling mahal. Harum dan cool. Bau yang maskulin. 

"Aku nak jumpa kau. -SC-"

Ahhh sudah sapa pulak.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 21, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hai KPWhere stories live. Discover now