2

28 7 12
                                    

ARISSA berjalan masuk ke dalam Golden Highschool dengan senyuman di bibir. Moodnya baik hari ini, sama seperti cuaca pada pagi ini. Dia semangat mahu kembali ke sekolah setelah habis cuti pertengahan tahun.

Jadi, setiap kali dia berselisih dengan pelajar-pelajar lain yang menegurnya, dia akan membalas teguran mereka dengan penuh semangat.

Sehinggalah mereka mula menyebut nama Haiqal dan memanggilnya dengan gelaran tunang Haiqal, dia mula rasa menyampah. Mungkin dulu dia akan menggedik suka apabila orang panggil dia dengan gelaran itu. Tapi, sekarang tidak lagi.

Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Dia tersenyum saja bila orang menggelarnya begitu. Nampaklah dia suka dengam gelaran itu walaupun tidak. Kenalah berpura-pura bahagia. Dia yang mahukan pertunangan ni, hadap jelah.

"Puteri Arissa."

Langkah Arissa terhenti melihat seseorang berdiri di hadapannya. Dia perlahan-perlahan mendongak melihat wajah itu. Teka siapa?

Haiqal dengan wajah ketatnya. Pelajar-pelajar lain sudah tersenyum sambil mencuri pandang. Mereka sebenarnya hanya senyum sambil pandang Haiqal saja. Maklumlah, pelajar paling popular kan?

"Balik nanti den-" Tanpa menunggu Haiqal habis bicara, Arissa terus berlalu pergi dengan penuh selamba. Dia tersenyum sinis setelah melepasi Haiqal. Haiqal nampak terkaku seketika. Puas hatinya.

Melihat muka Haiqal, dia rasa sakit hati. Sakit hati kerana wajah itu langsung tak menunjukkan rasa bersalah dengan segala kata-katanya tempoh hari. Tambah lagi, lelaki itu selamba berlakon baik depan papa. Melayan dia baik. Bercakap penuh lembut, tiada sinis. Muka manis sahaja, murah dengan senyuman. Belakang papa, huh. Pijak semut tak mati.

Haiqal memang layak menang anugerah pelakon terbaik. Dia sentiasa terpedaya dengan lakonan Haiqal yang kononnya baik itu.

Arissa meneruskan langkahnya tanpa menoleh. Dia tersenyum apabila suasana mula rasa tenang bersama angin pagi yang mendayu-dayu.

"Hazwan!!"

Terangkat bahu Arissa mendengar jeritan itu. Dia mengusap dadanya, menenangkan detak jantung yang sudah berubah rentak.

Entah kenapa, mereka semua berlari meluru ke arahnya. Sebenarnya bukan ke arahnya, tetapi Hazwan yang kebetulan berdiri tidak jauh di hadapannya.

Arissa pantas bergerak ke tepi. Tidak mahu dirempuh oleh sekumpulan manusia ganas. Serasa seperti melihatnya satu ketika dahulu. Percaya atau tidak, dia pernah tergolong dalam kumpulan manusia ganas itu apabila nampak Haiqal. Dan lebih memalukan, dia yang akan jerit nama Haiqal dan berlari paling laju.

"Hazwan, rindunya!"

"Berminggu-minggu tak jumpa, makin hensem!"

"Omg why so handsome?!"

Arissa menggelengkan kepala. Dia pandang Hazwan yang langsung tak melayan peminatnya. Pandang sikit pun tidak. Dia sibuk membetulkan rambut di cermin motor besarnya.

Arissa menyambung langkahnya semula. Dia semakin menghampiri tempat Hazwan memarkir motornya dan sekumpulan peminatnya. Tanpa mempedulikan mereka, Arissa hanya jalan melepasi mereka.

"Hei, Arissa." Arissa menoleh. Berkerut dahinya melihat Hazwan berjalan menghampirinya sehinggalah lelaki itu berdiri tegak di hadapannya.

Arissa terpaku seketika. Matanya tak berkelip memandang Hazwan.

Bukan apa tapi memang betul apa yang pelajar-pelajar perempuan itu cakap tadi! Hazwan memang makin hensem! Dengan gaya rambutnya yang baru. Pergh. Kini baru dia perasan Hazwan sebenarnya lagi hensem dari Haiqal. Cinta itu memang buta.

You Are My HeroWhere stories live. Discover now