" Saya dekat mana ni?', tanya Aleya Yana apabila dia mula membuka matanya dan terlihat ramai orang berpakaian aneh berkerumun di sekelilingnya. " Tuan Puteri dah sedarkan diri", jawab salah seorang tabib istana. " Tuan Puteri?", tanya Aleya semula. Ramai orang saling memandang satu sama lain apabila aku tanya tentang Tuan Puteri. " Luna, Luna masih ingat pada Ibunda ?", tanya Permaisuri Katrina Moon kepada Aleya. " Naaf saya tak kenal, kenapa saya masih hidup, bukan sepatutnya saya dah mati dalam hospital?", tanya Aleya. " Kenapa keadaan Luna boleh jadi begitu?", tanya Permasuri kepada tabib Istana. " Ada kemungkinan Tuan Puteri mengalami amnesia disebabkan hentakan kepada daripada kemalangan", jawab tabib Istana. Aleya terus turun daripada katil mencari cermin untuk melihat dirinya dan alangkahnya dia terkejut apabila dia melihat dirinya bukan lagi perempuan yang berpakaian wad pesakit tapi berpakaian ala-ala puteri. Mukanya dan badannya juga berubah 100%. Siapa perempuan ni?', tanya Aleya kepada Permaisuri Katrina.
" Luna, itu kamu, kamu adalah puteri bongsu di Kerajaan Ardalan. Kerajaan yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat jelata", balas Permaisuri Katrina sambil membelai rambut anak puterinya. " Adakah kamu adalah ibu saya ?", tanya Aleya Yana kepada Permaisuri Katrina. Permaisuri mengangguk kepalanya. "Ini Ibunda kamu, wahai puteri kesayanganku", jawab Permaisuri Katrina sambil memeluk badan Aleya. Aleya tergamam apabila Permaisuri Katrina memeluk badannya. Aleya terus membalas pelukan daripada Permaisuri Katrina. Dia sudah lama teringin merasakan pelukan ibu kandungnya namun sejak dia jatuh sakit, ibunya mula menjauhkan dirinya. Secara tiba-tiba air matanya mengalir di pipinya sehingga Permaisuri dapat merasakan bahunya basah disebabkan air mata yang hangat daripada mata Aleya Yana. "Kenapa ni puteriku, kenapa nangis ni?", tanya Permaisuri Katrina mula risau. " Tiada ada apa-apa, Ibunda, cuma Luna sudah lama tidak berpelukan dengan Ibunda, Luna rindu", balas Puteri Luna. Aleya Yana sudah mengelarkan dirinya sebagai Puteri Luna. " Manja ye Luna ni", balas Permaisuri sambil mencuit hidung anak puteri bongsunya. Luna hanya tergelak kecil lalu tersenyum manis menyebabkan ramai orang terpegun apabila melihat puterinya mula memberikan senyuman buat kali pertama sejak ibunda kandungnya sudah lama meninggal dunia sejak Puteri Luna sudah berusia 12 tahun.
" Kenapa kalian melihat saya seperti saya sudah lama tidak tersenyum?", tanya Puteri Luna. " Mungkin mereka terkejut atau tergamam selepas melihat senyuman manis daripada Luna", jawab Permaisuri Katrina. " Kenapa Ibunda, sebelum ini saya seperti orang yang bagaimana sebelum saya tidak sedarkan diri?", tanya Luna. " Sebelum ni, Luna murung sejak ibunda kandung Luna meninggal dunia sejak Luna berusia 12 tahun, dan sekarang Luna sudah berusia 18 tahun sudah mula tersenyum di hadapan mata mereka", jawab Permaisuri Katrina. " Ibunda kandung Luna?", tanya Luna semula, dia berfikir Permaisuri Katrina adalah ibunda kandungnya. " Ibunda adalah ibunda tiri Luna, tapi Ibunda menganggap Luna seperti anak sendiri sama seperti abang-abang kamu juga walaupun kalian semua bukan darah daging Ibunda", jawab Permaisuri Katrina lagi. " Ibunda tahu ibunda tidak mampu mengantikan ibunda Luna tapi ibunda akan berusaha untuk menjadi ibunda yang terbaik bagi kalian semua", katanya lagi. Luna terdiam apabila dia mendapat tahu dia memiliki 3 abang kandung .
" Ibunda, Luna sepatutnya ucap terima kasih sebab mencurahkan kasih sayang kepada kami semua," balas Luna, sambil mengelap air mata ibundanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk ibundanya. " Terima kasih Luna, Luna mahu berjumpa dengan Kael?", tanya Permaisuri Katrina. " Kael?", tanya Luna. " Ouh, Kael tu abang ketiga Luna, dia sekarang berada di dalam perpustakaan", jawab Permaisuri Katrina. " Kita ada perpustakaan sendiri?", tanya Luna mula teruja. Dia sangat meminati membaca buku tapi sejak dia sakit, dia hanya mampu terlantar di atas katil hospital. " Puteri Luna, biar saya tunjukkan arah kepada Tuan Puteri", kata salah seorang maid di sana. " Terima kasih", ucap Luna, terus mengikuti dari belakang maid tersebut.
YOU ARE READING
Princess Luna
FantasyApabila seorang wanita yang bernama Aleya Yana telah meninggal dunia disebabkan penyakit kronik, rohnya telah dimasukkan ke dalam badan seorang puteri yang bernama Puteri Luna di dalam dunia lain. Aleya terpaksa menjadi Puteri Luna untuk meneruskan...