7

3.7K 19 0
                                    

Cuaca petang hari itu dalam keadaan yang baik dan cerah.Cikgu Zyra memulakan perjalanannya menuju ke Pusat Tahfiz Al-Kauthar berpandukan lokasi yang dihantar oleh bapanya sebentar tadi.

"Tak de lah jauh sangat..20 minit saja dari sini.Sempat la jumpa Ustaz kejap ." ngomel Cikgu Zyra sendirian sambil memandu keretanya keluar dari kawasan sekolahnya.

"Patut ke aku diamkan perkara yang aku nampak dalam bilik pengetua tadi tu" bisik hati Cikgu sekolah itu saat dirinya mengimbas kembali apa yang terjadi di dalam bilik Tuan Haji Ahmad pada pagi hari.

Setelah hampir 20 minit beliau memandu sambil termenung mengingati kejadian pada hari itu.
"Haahhhhhhh....Ni lah kot lokasi yang Abah bagi tadi tu" ngomel Cikgu Zyra apabila pintu pagar Pusat Tahfiz Al-Kauthar sudah kelihatan dari jauh, itu memandakan beliau telah sampai ke destinasi yang dituju.

"Assalamualaikum Pak Cik Husam" Cikgu Zyra memberi salam kepada pengawal keselamatan pusat tahfiz itu ketika hendak melalui pagar pintu masuk.

"Waalaikumsalam..Ehhh mana tahu nama Pak Cik...Ada kenal ka" tanya Pak Cik Husam usai menjawab salam.

"Ehhh tak lah..Tu nama dekat name tag tu...hehe" jawab Cikgu Zyra sambil tersengih.
"Ohhhh Alamakk!! lupa pulak Pak Cik...Hahhh nihh datang atas urusan apa ya Cik?" tanya Pak Cik Husam

"Saya nak jumpa dengan Ustaz Haji Yahaya!! Dah buat temujanji petang ni" jawab Cikgu Zyra.

"Okay!! ni kamu ikut saja signboard untuk ke pejabat Pengasas..Pak Cik rasa Ustaz masih dekat pejabat.Jangan pergi pejabat pentadbiran" kata Pak Cik Husam sebelum membuka pagar bagi memberi laluan kepada cikgu muda itu.

"Baik!Terima Kasih Pak Cik " kata Cikgu Zyra lalu memandu menuju ke Pejabat Pusat Tahfiz Al-Kauthar.

Cikgu Zyra memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo di dalam kawasan pusat tahfiz itu.Di halaman rumah tersebut kelihatan susuk tubuh yang sangat dikenali beliau.

" Assalamualaikum Ustazah " Cikgu Zyra memberi salam pada anak gadis Ustaz Haji Yahaya yang sedang sibuk menyiram pokok bunga dihalaman rumah itu.

"Ehhhh Zyraaa..Ya Waalaikumsalam!!!!" Gadis itu menjawab salam apabila mendapati Cikgu Zyra berada di belakangnya.

"Maaf-maaf..Tak perasaan tadi..Ehhh..Athirah bukan ustazah lagi la..Lambat lagiii..tengah belajar lagi ni.." jelas gadis itu.

"Nihh Cikgu buat apa dekat sini petang-petang ni...Ada nak bagi sumbangan ke?" tanya Athirah pula

"Ehhh tak!! Saya datang nak jumpa dengan Ustaz kejap..Cikgu dah buat temujanji dengan dia semalam"

"Ya Daddy ada je dalam pejabat dia tu.Kejap Athirah panggilkan dia ya.Cikgu duduklah dulu dekat bangku tu" kata anak gadis itu sambil menunjuk ke arah bangku yang berada di beranda Rumah Pejabat Pengasas Tahfiz Al-Kauthar itu.

Selang beberapa minit.
" Cikgu! Daddy tengah solat dekat bilik atas..Cikgu boleh masuk dulu dalam pejabat dia ya. Athirah nak balik dah ni, tadi saja datang siramkan pokok yang mommy tanam ni" kata gadis itu lalu berlalu pergi meninggalkan Cikgu Zyra sendirian di muka pintu banglo itu.

Cikgu Zyra pun melangkah kaki memasuki pejabat Ustaz Haji Yahaya yang terletak di tingkat bawah rumah itu selepas mendapat izin  sebentar tadi.

"Assalamualaikum" kedengaran suara garau memberi salam dari muka pintu pejabat tersebut.
"Waalaikumsalam Ustaz" jawab Cikgu Zyra sambil cuba mengawal suara yang agak terkejut apabila tiba-tiba disapa oleh suara Ustaz Haji Yahaya.

"Maaf lah! Saya dekat atas tadi.Zyra dah lama sampai ke? tanya Ustaz Haji Yahaya lalu duduk di atas sofa yang terletak di ruangan pejabatnya itu.

"Tak mengapa Ustaz..Saya yang serba salah menganggu masa Ustaz pula petang-petang ni" jawab Cikgu Zyra cuba mengambil hati orang tua itu

Mimpi Cikgu ZyraWhere stories live. Discover now