"Faleq."
Undian yang terakhir itu milik Faleq Iskandar. Dia menghembuskan nafas lega. Rasa bersyukur kerana di saat-saat akhir ini, dia mendapat undian daripada kalangan mafia.
"Tapi kalau kau pun dapat sepuluh unidan macam Zam, ini seri. Macam mana kita nak tentukan?" Salah seorang ahli di dalam bilik tertutup itu bersuara. Gayanya seperti dia mahukan undiana dilakukan sekali lagi.
"Biar saya yang putuskan undian terakhir itu." Satu suara muncul dalam kalangan mereka.
Pantas mereka menoleh ke arah sumber suara tersebut. Tertanya-tanya siapakah yang bercakap tadi? Bukan ke meja ini hanya memuatkan 20 orang sahaja? Reaksi Faleq serupa seperti mereka.
Tidak senang duduk Zam apabila mendengar satu suara yang dia rasa begitu dekat. Suara ini macam suara yang pernah dia dengar. Tidak mungkinlah...
"Kauorang mungkin tak perasan yang saya dah lama berada di sini tanpa kamu semua sedar. Tapi saya mendengar segala suara dan tindak tanduk kamu semua yang berada di dalam bilik ini."
Faleq menjulingkan mata ke atas. Melihat jika-jika ada CCTV. Ternyata rupanya ada CCTV bersaiz kecil tersorok di atas hujung siling. Maksudnya benarlah lelaki tua yang bersuara tadi telah lama memerhatikan mereka.
"Nampaknya Faleq sudah pun jumpa mana terletaknya CCTV itu. Baguslah. Jadi mulai hari ini, saya, Zamrie Sufian akan menjadi salah seorang ahli dalam mesyuarat ini." Ungkapnya. Suara itu sudah jelas kedengaran pada telinga mereka.
Benarlah tekaan Zam. Itu adalah pak cik kandung Faleq. Salah seorang mafia yang amat terkenal dengan kegiatan jenayah yang dia lakukan beberapa puluh tahun lalu. Dia juga pernah menjadi ketua dalam hierarki ini untuk berbelas tahun kerana telah membuktikan yang dialah paling jaguh dan cekap dalam setiap strategi yang dirancang.
"Nampaknya kamu semua perlukan satu lagi undian untuk tentukan siapa yang bakal jadi ketua. Dan sebab itu saya akan menjadi penetuan kali ini." Tuturnya di sebalik CCTV yang hanya Faleq sahaja nampak.
"Undian saya kepada...Faleq Iskandar. Dan nisbah dah bertukar kepada 10:11."
Separuh ahli yang berada di dalam bilik itu menghembuskan nafas yang tidak puas hati. Apatah lagi Zam. Dia sudah yakin dirinya akan mendapat undian yang paling banyak dan sudah berangan duduk di atas kerusi yang Faleq sedang duduk tapi angan-angan itu dimusnahkan dalam sekelip mata.
Hakikat yang tidak dapat diubah.
"Keputusan ini adalah muktamad. Semua boleh bersurai." Kata Faleq. Nadannya mendatar sejak dia tahu Zamrie melihat mereka.
Semua akur dengan kata-kata ketua mafia. Yang menyokong semestinya akan melemparkan senyuman menang tapi yang kalah, akan keluar tanpa memandang wajah Faleq.
Kaki dihayun perlahan menapak ke arah Faleq. Wajahnya kekal dengan senyuman sejak mengetahui lelaki itu akan menjadi ketua sekali lagi.
"Congrats to you." Ucap Melissa. Tangan dihulurkan untuk berjabat.
"Thanks." Sahutnya. Tangan Melissa kekal tergantung tanpa Faleq menyambut.
Faham. Bibirnya diketap rapat. Menyorokkan perasaan malu dan geram daripada Faleq dengan senyuman sehingga mata menjadi sepet.
Kini, hanya Faleq dan Zam sahaja yang tinggal. Bila buku bertemu ruas, apa-apa pun boleh berlaku. Tidak kira masa atau tempat. Kalau dia kata sekarang, sekarang juga dia boleh bergaduh.
Bibir Zam dirapatkan dengan cuping telinga lelaki itu. Membisik sesuatu agar Zamrie tidak mendengar.
"Gempak plan kau. Sengaja panggil pak cik kau tu untuk undi kau, kan? Tak apa, hari ni hari kau. Esok lusa hari aku. Betul tak?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...