"Let's divorce, husband!"
Ajakan itu terlontar lancar tanpa tergagap-gagap pada jarum jam tepat yang berada di angka 12 malam. Nailah yakin kalau sekarang lelaki di hadapannya akan memanggilnya gila kerana meminta cerai di saat sepatutnya mereka bersuka ria merayakan hari ulang tahun pernikahan mereka. Tapi tak kisahlah, Nailah dah tak tahan lagi. Menyerah adalah keputusan terbaik dalam pernikahan mereka.
Bukan tiada sebab Nailah mengajak lelaki di depannya untuk bercerai. Dulu, Nailah fikir bernikah dengan lelaki seperti Hasy. Lelaki yang dikagumi dan dicintainya akan menjadi akhir kisah bahagianya.
Ternyata Nailah salah.
Hubungan dingin nyaris berada di titik beku membuat Nailah tidak dapat bernafas dengan tenang. Bayang-bayang Hasy mencintai wanita lain membuatkan lehernya terasa seperti dicekik.
Nailah ingin bebas dari terseksa melihat Hasy Bersama orang lain. Maka dari itu, dengan segenap tekad yang telah lama dikumpulkan. Nailah dengan yakin menghulurkan sampul surat berwarna coklat di hadapan lelaki yang sudah 5 tahun menjadi suaminya.
Hasy kelihatan sangat tenang walupun ada raut terkejut yang pantas diselindunginya. Dia memandang wanita yang mengukir senyuman indah itu berbeza dengan situasi yang tercipta.
"Divorce?" Dia bertanya lagi.
Sejujurnya, Hasy sangat terkejut mendengar pelawaan cerai dari isterinya. Tidak pernah terlintas terlintas di fikirannya bahawa Nailah akan meminta cerai dalam perkahwinan mereka.
Sejak sebelum kahwin, Nailah jelas menunjukkan minat kepadanya. Hasy sedar Nailah mula mencintainya, sebab itu Hasy mula mengelak dari wanita itu. Namun, hal ini tidak dapat bertahan lama kerana Nailah melibatkan ibunya dalam rancangan besarnya.
Kerana hal itu menyebabkan Hasy tiada pilihan selain mengahwini Nailah. Bukankah itu usaha yang besar Nailah lakukan untuk memilikinya? Jadi mengapa wanita ini tiba-tiba meminta cerai?
"Bagi aku sebab kenapa kita kena bercerai, Nail?" Sambung Hasy melihat cebisan kertas yang ada di atas meja. Di atas meja itu bukan hanya sekeping kertas dan sampul surat berwarna coklat. Terdapat juga kek tart yang dihiasi dengan lilin nombor lima di atasnya. Membuatkan senyuman tidak simetri muncul di dua ulas bibirnya.
Ulang tahun perkahwinan dengan hadiah permintaan cerai?
Hasy tidak pernah jangkakan jika Nailah boleh menjadi sehebat ini.
"Kita hanya perlu bercerai. Saya takkan minta apa-apa dari awak. Cukup kita bercerai saja." Betul. Nailah tak nak apapun lagi dalam hidupnya selain berpisah dengan Hasy dan mencari kebahagiaannya dengan mulakan hidup baru.
Hasy mengangguk mendengar alasan yang lebih tepatnya, Nailah tidak ingin menyusahkan proses penceraian mereka nanti.
"Rumah, kereta, tanah, duit dan aset lain? Kau betul-betul tak perlukan semua itu?"
"Saya tak perlukan semua itu lagi."
Nailah membalas cepat tanpa berfikir Panjang. Lagipun, semua itu hanya akan merumitkan dan memanjangkan masalah di kemudian hari.
"Are you sure?" Hasy masih merasa tidak yakin. Lalu Nailah menganggukkan cepat.
Hening kembali mencelah diantara keduanya. Suara detik jarum jam terdengar jelas bersamaan dengan gerakan jari telunjuk Hasy mengetuk meja. Nailah meramas tangannya, semakin cemas, menunggu keputusan Hasy.
Adakah Hasy setuju bercerai ataupun menolak? Nailah yakin jika Hasy akan setuju. Bahkan bahagian tepi bibirnya tertarik sedikit keatas tatkala melihat Hasy meraih pen.
Nailah semakin tidak dapat mengawal degup jantungnya apabila melihat jemari Hasy yang menyentuh pen dan hendak menulis di atas kertas itu.
Hasy mengamati tanda tangan Nailah di helaian kertas permohonan cerai itu. Bahkan wanita itu tidak perlu menanyakan keputusan darinya dulu untuk mengisi tanda tangannya di situ. Hasy mengangkat wajahnya menatap wajah bersih Nailah, dia boleh lihat dengan jelas bahawa Nailah menggigit bibirnya untuk menahan senyum.
Tik!
Suara pen yang kembali dicampakkan dengan kasar ke atas meja membuat Nailah menatap wajah Hasy.tangannya dengan cepat meraih helaian kertas itu di hadapan Hasy.
"A-Awak belum tanda tangan?" Soalan itu terlontar begitu sahaja apabila melihat kertas itu tidak diisi tanda tangan kepunyaan Hasy.
Hasy meraih pisau di tepi kiri kek tart dan memotong kek tersebut lalu memindahkan potongan kek tart ke dua piring yang tersedia.
"Fikirkan lagi alasan yang kau guna untuk meminta cerai. Sudah tentu ia mesti jelas dan boleh diterima daripada aku." Ujar Hasy sambal pergi dengan sepinggan kek tart. Hasy menoleh seketika sebelum beredar dari ruang makan.
"Nailah." Panggil Hasy.
Tatapan Nailah mengarah kepada Hasy yang berada di ambang ruang makan. Kekecohan di kepala Nailah ketika itu berkecai apabila mendengar ayat yang Nailah harapkan tetapi Hasy tak pernah sekalipun mengucapkan itu.
"Happy 5th anniversarry."
YOU ARE READING
Nailah Arrefia ( OG )
RomanceAwadah Nailah telah salah tentang suaminya, Miqael Hasy. Berfikir rumah tangganya akan menjadi bagaikan mimpi yang sempurna. Nyatanya mimpi gelaplah yang datang. Awadah memiliki Hasy tapi tidak dengan cintanya. Maka dari itu, Awadah membuat satu kep...