Nailah tidak dapat tidur semalam akibat mendengar ayat Hasy. Entah macam mana ayat itu boleh memenuhi kepala otaknya sekarang. Kepala Nailah penuh dengan penafian tentang apa yang dia dengar, tetapi tidak di dalam hatinya. Sedikit sebanyak pertanyaan tentang Hasy yang berkemungkinan mula menaruh hati padanya berhasil mencuit sedikit kegoyahan pada diri Nailah.
Kerana tidak dapat tidur sepanjang malam, Nailah mengisi waktunya dengan membersihkan ruangan rumah, menyiapkan bahan untuk sarapan bahkan Nailah menyiapkan lebih awal dari kebiasaannya.
Benar, Nailah memang lemah. Sangat-sangat lemah kerana dengan mudahnya terpengeruh dengan ucapan Hasy.
"Pagi." Sapaan Nailah itu diucapkan dengan riang melihat Hasy sudah masuk ke ruang makan.
Hasy tidak membalas dan menatap Nailah dengan kening yang berkerut. Sapaan tadi tak kena langsung dengan situasi mereka semalam.
"Saya tahu awak takkan makan masakan saya. Jadi saya dah siapkan roti bakar untuk awak." Ujar Nailah langsung menghulurkan piring berisi roti bakar dan secangkir kopi kepada Hasy.
Hasy yang tadinya ingin mengisi pinggan dengan nasi goreng langsung tidak melakukannya. Tanpa mengatakan apa-apa Hasy pun mengambil dua keping roti bakar itu dan terus melahapnya. Perutnya kelaparan kerana semalam hanya sempat menjamah sepotong kek sahaja.
Nailah masih berdiri meskipun Hasy sudah selesai sarapan dan sedang menikmati kopinya.
"Kau tak nak sarapan?" Itulah soalan perbukaan pertama Hasy. Hasy tidak pernah bertanya kepada Nailah tentang apa-apa sebelum ini.
"Saya dah sarapan." Jawab Nailah bersahaja.
Hasy mengangguk sahaja sebagai balasan membuat keadaan hening kembali.
Biasanya Nailah tidak pernah melewatkan sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam jika Hasy hadir di ruang makan sederhana itu. Meskipun akhirnya Nailah selalu makan sendirian kerana Hasy selalu mengabaikan ajakan Nailah untuk makan Bersama.
Nailah beranjak memasuki dapur dan mengambil bekal lunch yang sudah dia siapkan. Nailah kembali ke ruang makan dan menemukan Hasy sudah tidak berada di situ. Nailah menggeleng sedikit. Hasy selalu lupa untuk bawa bekas lunch nya. Dia berjalan mendekati Hasy yang masih berada di balkoni rumah, terlihat seperti sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon.
"Hasy, bekal aw-"
"Calm down, Sya. Saya ada copy file tu. Tenang ok? Saya akan cepat sampai ke pejabat."
Nailah diam memandang belakang badan Hasy yang masih bercakap dan tertawa sesekali. Tanpa melihat wajah Hasy, Nailah sudah tahu riak wajah Hasy bagaimana dari nada suara yang terdengar agak tenang. Nailah sudah tidak perlu meneka lagi siapa yang Hasy sedang berbicara dengannya dari tadi.
Satu nama yang bahkan tidak asing lagi dalam otak Nailah. Kerana nama itu pula yang membuat Nailah tidak pernah boleh menang di hati Hasy.
"Nail?"
"Y-ya?"
Nailah tersentak saat mendengar suara Hasy. Kepalanya diangkat memandang Hasy yang turut memandang ke arahnya.
"Oh bekal tu-"
"Kenapa? Oh bekal ni bukan untuk awak. Saya masih ingat yang awak tak suka kalau saya bagi awak bekal."
Nailah menekankan setiap kata-kata yang diucap. Dia mengingatkan pada dirinya bahawa Hasy juga tidak suka jika dirinya memberi bekal. Hasy pun bukannya lupa bekal yang Nailah dah masakkan, tapi dia memang sengaja tidak membawanya. Nailah tak pernah dapat lupakan hal itu. Tidak!
![](https://img.wattpad.com/cover/369684113-288-k216470.jpg)
YOU ARE READING
Nailah Arrefia ( OG )
RomanceAwadah Nailah telah salah tentang suaminya, Miqael Hasy. Berfikir rumah tangganya akan menjadi bagaikan mimpi yang sempurna. Nyatanya mimpi gelaplah yang datang. Awadah memiliki Hasy tapi tidak dengan cintanya. Maka dari itu, Awadah membuat satu kep...