bab 15

54 4 0
                                    

Jeda.

Tersembur segala makanan yang belum selesai ditelan dalam mulut. Apa yang dia baru dengar tadi? Dia belum angau, bukan?
Kepala terus ditelengkan ke sebelah kanannya. Sempat matanya menjeling wajah Rina. Kenapa pula namanya terpalit dengan perbualan mereka? Elok-elok tadi dia sedang menikmati makanan yang sangat sedap, tiba-tiba sahaja namanya kena jual.

Lekas Rina mencapai jag yang berisi air putih lalu dituang ke dalam gelas yang sudah pun berada dalam cengkaman Faleq. Nampaklah yang dia sedang terdesak mahu minum air dek tersedak tadi.

Dada ditepuk berkali-kali. Wajahnya berkerut. Merah hidung mancungnya.

"Kau..." Sepatah perkataan itu yang keluar daripada hujung bibir lelaki itu. Masih terkejut dengan jawapan Rina terhadap Mala. Kalau iya pun dia mahu tipu, janganlah jual nama Faleq. Tapi hatinya berbunga-bunga apabila Rina kata lelaki yang mendapat tempat istimewa di dalam hatinya ialah Faleq Iskandar. Biar pun itu satu penipuan.

Rina hanya mempalsukan senyuman lebar sehingga timbul lesung pipit pada Faleq. Dia tahu lelaki itu mesti terkejut besar tapi itu sahaja yang terlintas dalam fikiran!

"Jadi...ini ialah boyfriend Rina, ke?" Soal Mala. Matanya memandang Faleq. Dalam hatinya berkata, sama cantik, sama padan.

"Kau dah ada boyfriend? Kenapa kau tak pernah bagitahu pun?" Soal Daus pula. Dia mula keliru dengan sikap Rina.

"Ya...ini ialah...boyfriend Rina. Dan Daus, aku tahu kau mungkin terkejut tapi aku memang tak nak bagitahu sesiapa yang aku dah ada seseorang yang istimewa dalam hati aku. Tapi bila aunty dah kata macam tu, aku kenalah buka mulut untuk jelaskan semuanya." Jelasnya. Suasana mereka mulai kekok. Kedua tangan Daus yang berada bawah meja digumpalkan.

Perasaannya waktu itu bagai kaca terhempas di lantai. Rasa seperti hatinya ditusuk dengan tombak. Kekecewaan itu membelengung dirinya. Agak-agaknya rasa yang dia simpan selama ini hanyalah sia-sia. Kalaulah dia bertindak lebih awal mungkin dia tidak perlu rasa perasaan ini.

"Yakah? Maafkanlah aunty. Aunty tak tahu pula ini boyfriend Rina." Kata Mala. Ekor mata memandang Daus. Cuba memeriksa keadaan anak lelakinya itu.

"Tak. Rina sepatutnya yang minta maaf sebab tak bagitahu awal-awal. Daus, maaflah. Huh?"

"It's okey, Rina. Aku...aku cuma terkejut aje. Sebab kau tak pernahlah pula cakap apa-apa pasal ni. Tapi betul, aku okey aje. Jangan risau pasal aku." Ujar Daus. Walaupun sakit dia tetap senyum. Senyuman tipu.






Seusai mereka makan bersama, mahu bertentang mata pun sudah malu. Tiada apa lagi yang dia patut pendamkan lagi. Semuanya telah terbukti yang Rina bukanlah perempuan yang dia boleh mencintai lagi.

Hampir dua jam juga mereka duduk di dalam rumah itu. Masa dua orang itu pun terbatas. Tapi kalau tidak terbatas pun Rina mahu cepat-cepat keluar dan mengelakkan diri untuk berjumpa dengan Daus. Sekarang dia tahu lelaki yang dia anggap seperti seorang kawan untuk meluah dan bergurau memendam rasa pada dia. Ketika itu dia berfikir adalah dia telah kehilangan seorang lagi kawan. Mestilah mereka akan sama-sama kekok apatah lagi bekerja di tempat yang sama.

Selepas Daus selesai mencuci tangan di dapur, dia bingkas untuk mengangkat telefon. Rupanya panggilan daripada hospital. Masa yang tepat, dia berlalu pergi. Keluar daripada rumah dalam kocoh tanpa sempat mengembalikan senyuman yang Rina lemparkan. Sudah tawar hati.

"Rina...maafkanlah aunty kalau ada yang terkurang. Minta halal, ya?" Tuturnya seiring berjalan ke luar untuk menghantar Rina dan Faleq pulang.

"Tak adalah, aunty. Semuanya sedap. Dah lama tak rasa air tangan seorang mak." Katanya dan tertawa kekok seraya mencapai tangan Mala dan mencium dengan lembut. Lagipun Mala itu sudah Rina anggap seperti ibu kandungnya.

Mala turut menghembuskan tawa. "Baiklah...kalau Rina kata macam tu, aunty senang hati sikit. Ni nanti balik hati-hati, ya?"

Rina mengangguk akur. Mata memandang Faleq. Dari tadi asyik membisukan mulut. Dah makan kenyang boleh pula dia tidak menyapa perempuan beruban itu untuk pulang.

Dia faham dengan pandangan Rina itu. Lekas, dia berdiri tegak dan mengukir senyuman.

"Thank you, aunty. Makanan tadi semua sedap sangat. Boleh jadi chef lepas ni." Katanya. Sempat diselitkan sedikit gurauan.

"Yakah? Kalau macam tu bolehlah aunty buat side income." Tuturnya. Mereka berdua ketawa besar seolah-olah telah lama berawan. Mungkin Faleq lebih selesa bergaul dengan orang tua yang berusia lingkungan 50-an? Fikiran Rina.

"Okeylah, aunty. Kitaorang nak gerak dulu. Asslamualaikum..." Ucap Rina lalu mereka pun melangkah keluar dan masuk ke dalam Peugeot 408 milik Faleq.

Enjin kereta dihidupkan tetapi tayar kereta masih belum berganjak sejak dari tadi. Stereng kereta menjadi tempat Faleq merenungkan matanya. Masih berfikir-fikir tentang hal tadi. Tapi apabila dia berdehem kecil, tidak pula Rina berkata-kata. Bukan main tadi dialah orang yang rancak berbual dengan Mala. Kini, hanya mereka berdua sahaja yang ada dalam kereta, tidak ada sedikit pun ruang mulut Rina terbuka.

"Awak...tak nak gerak ke?" Dia bersuara. Jam di tangan dilihat sesaat.

"Habis tu kau tak nak explain ke apa yang jadi tadi?" Dia menyoal Rina kembali. Wajah perempuan yang duduk di tempat penumpang dia pandang. Tidak marah tapi tidak juga suka.

Rina tersenyum tawar. Akal bekerja keras untuk mencari jawapan bagi soalan itu. Terkumat-kamit mulut hendak memberi penjelasan.

"Saya...saya tak ada pilihan lain. Nama awak aje yang terlintas dalam fikiran saya. Alah lagipun bukannya apa-apa pun. Awak tak payah ambil serius tentang tadi. Okey?"

"Tapi kau kenapa kau gunakan aku untuk reject mamat tu?" Tidak puas hati dengan jawapan itu.

"Kau cakap ajelah yang kau tak sukakan dia. Mudah." Cadang Faleq.

Mulut dicebik. Wajahnya tertunduk ke bawah. Dia pun tidak tahulah apa yang tidak kena dengan dirinya sekarang ini. Betullah, dia boleh buat alasan lain jika dia tiada hati pada Daus tapi kenapa kena gunakan Faleq ?

Runsing sungguh fikirannya sekarang.

"Atau memang betul yang nama aku ni dah dapat tempat istimewa dalam hati kau?" Dia cuba mengusik Rina. Manalah tahu betul, kan?

Cepat Rina membalas. Kepala menggeleng laju.

"Mana ada! Kan saya kata saya tak ada pilihan lain. Awak jangan nak tuduh saya." Tuturnya. Anak mata lelaki itu meliar ke setiap wajah Rina, cuba memahami riak wajah yang disampaikan.

"If you said so. Jadi sekarang ni aku bolehlah lupakan hal tadi? Tak ada apa-apa makna, kan?" Dia bertanya lagi, nadanya seperti sedang mengusik hati wanita itu.

Rina mengangguk penuh yakin. Cuba mengelak daripada memandang mata Faleq yang dari tadi asyik merenung matanya. Kedua tangan naik ke sisi ekor mata. Barulah Faleq tak akan dapat melihatnya.

Faleq Nisrina [HIATUS]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang