Episode 16

264 19 3
                                    

Sambungan dari episode lepas

Pagi haripun tiba..mereka pun bersarapan bersama sebelum bertolak pulang ke bangkok

Teraak awak marah saya lagi? "_ Tanya anda

No "_ Ucap lookaew acuh tak acuh

Sorry okay.. Nanti sampai bangkok saya bagi hadiah kat awak..hadiah paling special untuk awak "_ Ucap anda yang masih cuba memujuk lookaew

Awak ni saya nak makan awak sibuk nak cakap dengan saya "_ Ucap lookaew yang sudah meletakan sudu nya dengan keras

Ehh korang berdua ni jangan la gaduh depan makanan..tak elok "_ Ucap atom

Noon aku naik kereta dengan kau tau "_ Ucap lookaew

Awak, tak kan saya drive sorang² pulak "_ Ucap anda

Saya nak naik dengan noon jugak, awak jangan nak halang saya "_ Ucap lookaew lalu berlalu pergi dari ruang makan tersebut

Dengarkan je la apa yang lookaew nak tu..nanti okay la dia "_ Ucap preawa

Okay "_ Ucap anda

****

Kini mereka pun memulakan perjalanan pulang ke bangkok..Atom dan mer satu kereta,noonpreawa dan lookaew satu kereta dan anda memandu berseorangan.

Anda pun memandu terlebih dahulu dan diikuti oleh 2 kenderaan yang lain..

Sedang anda sibuk memandu,sebuah lori besar tiba-tiba memasuki laluan yang anda sedang pandu dan cuba untuk merempuh kenderaan anda..anda yang terkejut dengan lori tersebut lalu dengan pantas anda cuba mengelak tapi keretanya tidak dapat dikawal dan merempuh pembahagi jalan dan tercampak ke dalam jurang yang agak dalam..

Noon dan atom yang sedang memandu di belakang kereta anda memberhentikan kereta nya ke tepi

Anda!!! "_ Jerit noon yang sudah berlari keluar dan cuba untuk turun  menyelamatkan anda yang masih terperangkap di dalam kereta

Sayang awak telefon ambulans cepat!! "_ Ucap atom yang sudah berlari mengikut noon

Mer pun dengan segera menelefon ambulans ..lookaew terkaku dan menangis memanggil nama kekasihnya itu..

Sedangkan anda yang masih separuh sedar di dalam kereta sudah tidak mampu mengerakkan badannya lagi

Tapi dengan seluruh tenaganya anda mencapai telefon bimbit nya dan menekan butang rakaman

Maafkan anda , ayah dan noon..mungkin ini adalah hari anda sebelum mengikuti mama disana..andai anda tidak selamat,anda nak papa dan noon teruskan kehidupan dengan gembira..dan untuk noon aku harap kau dapat jaga lookaew untuk aku..arghh teerak saya minta maaf..saya ha-harap awak da-dapat bertemu dengan lelaki yang lebih baik untuk awak..saya sayang sangat dekat awak.anda sayang papa dan noon..

Anda pun perlahan-lahan menutup matanya..badannya penuh dengan darah yang mengalir keluar..perutnya sudah ditusuk benda tajam..

Anggota penyelamat mula mengikut noon dan atom untuk operasi menyelamatkan anda

Noon dan atom cuba memanggil anda setelah mereka sampai di kereta anda..tetapi langsung tiada sahutan daripada anda.. Noon dan atom pun cuba untuk keluarkan anda dari kereta tetapi tidak boleh kerana besi tusukan masih berada di perut anda..

Wey atom tolong aku "_ Ucap noon yang sudah panik bercampur tangisan yang agak keras

Sabar noon..kita kena tunggu pasukan penyelamat dulu..aku takut anda lagi teruk kalau kita bawak dia keluar "_ Ucap atom

Anda tolong bertahan..aku sayang kau "_ Ucap noon menangisi anda

Tak lama pun pasukan penyelamat sudah tiba di lokasi kereta anda lalu memulakan misi untuk bawa anda keluar dari kereta

Mengambil masa selama 30 minit untuk bawa anda keluar dan mengangkat anda ke atas..

Sayang, tolong bangun !!! "_ Ucap lookaew yang melihat anda yang sudah berlumuran darah

Sabar lookaew "_ Ucap preawa yang masih cuba menenangkan lookaew

Maaf kami kena bawa ke hospital segera..kembar awak sangat kritikal sekarang"_ Ucap petugas kesihatan itu lalu dia menolak masuk anda ke dalam ambulans dan berlalu pergi

Noonpreawa,lookaew dan atomer pun mengikuti mereka ke hospital..tak lupa juga noon dan atom sudah memaklumkan ahli keluarga mereka untuk sama-sama berkumpul di hospital








TBC



Maaf min lambat update new episode tapi min akan cuba habiskan cerita ini dalam masa beberapa hari

Crazy but mine Andalookaew/noonpreawa/atomer (END)Where stories live. Discover now