Prolog TR

28 5 0
                                    

Perlahan-lahan posisi tubuh cuba diubah.Rasa tiga puluh tulang vertebra lurus seperti batang penyapu.Aku cuba melepaskan tanganku yang terikat di kerusi kayu.Ketat!Macam nak bercium sahaja tanganku dengan kerusi kayu ini

Aku pandang sekeliling,tiada apa-apa yang menarik hanya sebuah dinding yang berwarna putih yang dihiasi dengan grafiti yang 'agak tidak menarik' dan sebuah pintu kayu usang yang bertentangan denganku

Secara tiba-tiba pintu kayu usang yang berada bertentangan denganku itu terbuka.Kedengaran sebuah tapak kaki menuju ke arahku.

Sebuah figura perempuan yang berpakaian hoodie.Susuknya agak familiar.Bila jelas sahaja wajahnya menjamah pandanganku,aku agak terkejut.Namun,cepat sahaja aku mengawal reaksiku.

"Kau?" Aku kecilkan mata ke arahnya

Rasa marah yang membuak-buak. Dan kecewa. Namun,wajahku kekal tak berekspresi.

Dia senyum. Melangkah dengan penuh bergaya ke arahku.Aku memandangnya dengan penuh berjaga-jaga.

"Hai,how are you?My Best Friend?

Aku diam

"Mesti kau tak sangka yang aku akan buat kau macam ni kan?

"Kau nak apa?" Enggan menjawab soalannya,aku pula bertanya

Aku lihat tangannya mencapai sesuatu di balik hoodienya sebelum diacampakkan ke arahku.Beberapa keping kertas bertebangan lalu jatuh ke atas lantai.

Gambar.Didalam gambar itu terdapat 4 orang susuk.Akan tetapi,susuk seorang lagi seperti sedang dibuli dan disimbah sesuatu seperti cat yang berwarna merah.

Aku meneliti gambar itu dan itu adalah gambarku bersama rakan-rakanku dan seseorang yang agak kukenali.Lebih tepat lagi,susuk yang sedang berdiri betul-betul berada di hadapanku.

"Masih ingat?" soalnya kepada ku

"Benda dah lepas kenapa mesti dikenang?bukankah kau kata yang kau dah maafkan kitaorang dan lupakan hal yang dah berlalu tu?" soalku

Aku melihatnya sedang mengetap rahangnya dengan kuat

"Kau fikir senang-senang je aku nak maafkan korang?Atas apa yang korang dah buat pada aku?Korang hidup bahagia selama 8 tahun tapi aku!!Aku tak bahagia!!Aku terseksa.Selama 8 tahun aku terseksa Azwa"

"Korang buli,ejek aku dan yang paling memalukan dan yang paling aku tak boleh lupakan sekali korang malukan aku depan orang ramai.Masih ingat?Kejadian 5 tahun yang lalu?Korang simbah cat merah dekat aku?Bukan itu sahaja,korang gunting pad aku,korang letakkan cat merah pada kain aku.Korang memang kejam.Korang memang si*l" Tengkingnya

"Aku minta maaf,aku tahu aku salah.Aku dah terima dah pun hukumannya.Lepaskanlah aku,kita masih boleh berkawan macam sebelum ni.Aku sanggup buat apa saja asalkan kau maaf dan lepaskan aku.Please" rayuku

"Terlambat.Baru sekarang kau nak merayu minta maaf?Selama lapan tahun aku sengsara,kau buat apa?Kau boleh hidup bahagia dengan kawan-kawan kau yang tak guna tu.Aku takkan maafkan korang walau apa pun yang berlaku."

"Semuanya dah terlambat Azwa."

Aku melihat dia mengeluar sesuatu dari kocek nya.Pistol

Dia mengacukan pistol itu tepat ke arah dahiku.

Jantungku berdebar .

Mungkin kali terakhir aku melihat dunia yang indah itu.

Maafkan aku.

"Any Last Words?Azwa?"


The Revenge [End]Where stories live. Discover now