TR 10🍀

8 1 0
                                    

Kelihatan Azwa sedang diseret oleh Izzati ke suatu ruangan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berada

Izzati mengikat Azwa di sebuah kerusi lama yang berwarna coklat lalu Izzati berlalu pergi

____________

“Urgh,sakitnya kepala” 

Azwa terbangun dari pingsannya.Dia melihat keadaan sekeliling.Dinding.Hanya dinding yang bewarna putih dihiasi oleh art-art doodle.

“Lepaskan aku” Azwa menjerit

Tuk!Tuk!Tuk!

Bunyi tapak kasut yang nyaring.Semakin lama semakin dekat.

Srett.Pintu ditolak.

Kelihatan Izzati berjalan mendekati Azwa.

“Hai bestie,how are you?” kata Izzati

“Urghh,lepaskan aku!” jerit Azwa

“Lepaskan?boleh tapi sebelum tu kau kena mati dulu dengan kawan-kawan kau yang lain HAHAHA” gelak Izzati jahat

Seketika Azwa teringat kejadian yang berlaku pada dirinya berberapa jam yang lalu.

Otaknya kembali mengimbau detik-detik Fazlie,Afiq dan Ariana dibunuh oleh Izzati.

“Apa yang kau nak hah?Apa yang kitaorang dah buat sampai kau sanggup buat kitaorang macam ni?” jerit Azwa

Dia sudah tidak tahan dengan perangai jalang Izzati itu

“Apa yang aku dah buat?Kau tu!Kau patut tanya diri kau apa yang kau dah buat 8 tahun yang lalu!” herdik Izzati

“Kau dah hancurkan kehidupan aku kau tau tak!!” jeritnya seperti orang kerasukan

Izzati bertindak mengenggam rambut Azwa dan menariknya.

“Arghhh!!Lepaskan aku lah bodo” Azwa menjerit.

Izzati melepaskan rambut Azwa lalu melempangnya

Akibatnya Azwa jatuh ke lantai dalam keadaan tangannya diikat di kerusi.

Azwa mulai nangis kesakitan.

Izzati mengeluarkan beberapa keping gambar dari pocket seluarnya lalu mencampakkan gambar tersebut ke Azwa.

Gambar-gambar itu bagaikan daun jatuh berguguran ke tanah. 

Azwa melihat gambar itu.

Terdapat dirinya dan kawan-kawanya yang sedang membuat kejahatan.Ya.Mereka sedang menyimbah cat merah kepada seorang gadis dan gadis itu bernama Izzati.

“Ak-aku minta maaf.Benda dah lepas!Kes ni dah lama dah!Kau pun dah maafkan kitaorang kan!!” Jerita dan rayu Azwa

“Boleh pergi mampus!” tengking Izzatii

“Dah jadi macam ni baru kau nak mintak maaf?Selama ni kau berdiam diri seolah-olah tiada apa yang berlaku aku biarkan tapi yang paling menyakitkan hati kau boleh bergembira sedangkan aku?terseksa!” tengkin Izzati.

Dia melepaskan segala amarah yang ada didalam dirinya.

Tanpa disedari tali yang mengikat Azwa itu telahpun melonggar.Azwa menggunakan kesempatan itu untuk menyerang Izzati.

Azwa bangun lalu menarik Izzati sehingga jatuh.Azwa mencuba untuk keluar daripada situ malangnya Izzati pantas menarik kaki Azwa.Ianya membuatkan Azwa jatuh tersadung ke lantai.Izzati mengeluarkan pisau didalam kocek hoodie lalu mencuba untuk menikam Azwa.

Azwa pantas mengelak dan menendang Izzati.Azwa bangun berlari ke pintu diikuti oleh Izzati.Izzati pantas menarik rambut Azwa lalu mencuba untuk menikamnya.Azwa mengelak lalu menolak semula pisau yang dipegang Izzati lalu-

….

Uhuk!

Pisau tersebut terkena tepat pada perut Izzati.

Mulut Izzati mengeluarkan begitu banyak darah begitu juga dengan perutnya.

“Izzati!!” Azwa yang tidak tahu hendak membuat apa itu hanya mampu menjerit.

Azwa bangun dan berlari ke arah pintu.

Baru sahaja hendak melangkah keluar kepala Azwa dipukul sekali lagi.


ITS NOT THEE ENDDD BABEHH.

ADA SATU BAB LAGI!!!

The Revenge [End]Where stories live. Discover now