Kini mereka semua dalam ruangan vvip di hospital tersebut..doktor mengatakan bahawa becky baik-baik sahaja tiada kecederaan serius..cuma hanya sedikit luka di bahagian tangan..
Macam mana sayang ada yang sakit? "_ Tanya daddy becky
No mami..becky okay je "_ Ucap becky sambil tersenyum
Macam mana kamu boleh jatuh becky? Kau tahu tak kami takut sangat tengok kau dik "_ Ucap richie
Hehe sorry la becky tak sedar pun apa yang terjadi sebenarnya..tahu² dah kat sini "_ Ucap becky..dia berbohong tentang apa yang difikirkannya tadi
Mommy hikss hikss "_ Ucap sam sudah berada di sebelah katil becky
Sam kenapa menangis hrmm "_Ucap becky sambil menghapus air mata sam
Sam takut mommy sakit..hiks hiks sam takut mommy tinggalkan sam "_ Ucap sam yang sedang menangis
Handsomy boy mommy mana boleh menangis sayang...sam dah janji dengan mommy nak jadi anak yang kuat kan? So mana boleh sam menangis "_ Ucap becky sambil mengusap lembut kepala sam
Tapi mommy jatuh..mommy luka..sam sedih tengok mommy sakit "_ Ucap sam sambil melihat luka di tangan becky
Mommy sakit sikit je ni..tapi kalau sam peluk mommy nanti sakit mommy terus hilang "_ Ucap becky
Betul ke mommy? Meh sam pelukkan mommy "_ Ucap sam lalu dia menaiki katil dan memeluk becky dengan sangat erat
Becky pun membalas pelukan sam..hatinya masih lagi memikirkan tentang bayinya yang telah pergi lalu airmatanya dengan perlahan menuruni pipinya
Sam melepaskan perlukan dan melihat becky yang sudah menangis
Mommy kenapa menangis "_ Tanya sam yang sedang menghapuskan air mata becky
Mommy cuma happy je sam..mommy punya sakit dah hilang "_ Ucap becky yang cuma untuk tersenyum dihadapan sam
Mereka yang lain pun tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan becky tetapi mereka cuba berdiam diri
Becky awak okay? "_ Tanya freen
Freen dari tadi melihat becky dari jauh sahaja..perasaannya bercampur baur..keliru untuk menghadapi situasi ini..
Becky langsung tidak menjawab soalan freen apatah lagi memandang kearah freen..becky sekarang sedang bergelut dengan fikirannya..
Maaf semua becky penat..nak rehat "_ Ucap becky yang sudah membaringkan dirinya di katil
Yang lain pun faham dengan apa yang berlaku..mereka tahu ada yang tidak kena antara becky dan freen tetapi mereka tidak mahu masuk campur dalam hubungan becky dan freen
Mereka semua pun keluar dari bilik becky untuk memberi ruang kepada becky supaya rehat..
*****
Cafe hospital
Mereka semua kini berada di cafe hospital untuk rehat sebentar dan makan siang.
Apa yang berlaku semalam freen? Kamu ada bergaduh dengan becky ke?"_ Tanya daddy becky kepada freen
Freen hanya diam dan menundukkan kepalanya sahaja
Bukan semalam tapi pagi tadi daddy "_ Ucap nam
Apa yang berlaku? Ceritakan pada kami nam "_ Ucap daddy becky
Nam pun menceritakan apa yang berlaku semalam dan pagi tadi kepada keluarga becky..
Freen kamu masih sayang kan becky? "_ Tanya mami becky
Sayang mami..freen sayang sangat dengan becky "_ Ucap freen yang sudah mengalirkan air matanya
Habis tu kenapa freen tak nak becky jadi mommy sam?? "_ Tanya mami becky
Freen takut..freen takut kehilangan becky lagi mami..cukup lah dengan keluarga freen..freen tak nak orang yang freen sayang tinggalkan freen lagi "_ Ucap freen
Freen mami akan berterus terang dengan kamu..selepas kami berpindah ke london becky mengalami depresi seperti kamu..setiap hari dia akan menangis melihat baju baby yang dia sudah beli sewaktu dia mengandung dahulu..becky mengalami insomnia freen..setiap malam dia harus makan ubat untuk dia tidur..tapi selepas berpindah kesini mami boleh nampak perubahan dari diri becky..dia pun tak makan ubat tu lagi..
Mami tahu dia sekarang sedang bergelut dengan fikirannya..dia sangat merindui anak kamu freen..dia merindui kamu sebagai suaminya...doktor baru sahaja memberitahu kami yang becky sudah pulih sepenuhnya dari depresi tapi mami rasa becky masih lagi belum pulih freen..pujuk la dia freen..mami tahu kamu takut tapi mami yakin semua akan baik sahaja..tuhan bukan kejam untuk menghukum kita freen..dia uji kerana dia tahu kamu seorang yang kuat..anggaplah ini peluang kedua untuk kamu perbetulkan segalanya "_ Ucap mami
TBC
YOU ARE READING
Scar A Second Chance (Freenbecky) (End)
Romancebermula dari keretakkan rumah tangganya sehingga kehilangan kesemua ahli keluarganya mampukan Freen meneruskan kehidupannya?