Bab 1 - Takdirku

7 0 0
                                    

  Terbitnya matahari dari langit bumi itu menandakan hari telahpun masuk waktu pagi yang begitu indah dengan kicauan burung dan sinaran yang memancar disetiap sudut rumah. Begitulah juga dengan suasana Di kampung Sinar itu.

Mata seolah-olah terlalu berat untuk dibuka pada waktu itu dengan keselesaan yang melanda diri seorang perempuan cantik itu.
Irdina atau lebih dikenali sebagai Putri itu amat terkenal di kampunya oleh kerana sikapnya yang baik hati dan seorang yang penyayang.

"Haaahh, sesekali Irdina menguap sambil matanya digosok beberapa kali." Dalam keadaan mamai Irdina telah terhidu bau yang amat lazat menusuk ke dalam hidungnya itu lalu Irdina lekas bangun dari tempat tidurnya dan pergi ke luar untuk mencari dari mana arah bau itu berada.

"Wahh!!! Nampak sedaplah masakan mak ni, makanan kegemaran Putri pula tu." Teruja Irdina dengan lauk yang dihidangkan di atas meja itu.

"Amboi!! Kalau bab makanan laju je kamu ni kan, kalau bab pergi sekolah bukan main liat nak bangun." Perli Puan Nita kepada anaknya itu.

"Alaa mak ni potong mood je pagi-pagi ni, baru je aura semangat tu nak datang tapi dah hilang." Ngomel Irdina sambil membuat muka.

"Haha, kamu ni mak bergurau sikit je pun tak boleh. Baik kamu pergi bersiap cepat sebelum makanan ni sejuk." Ketawa Puan Nita melihat kelakuan anak perempuannya itu.

Tanpa sebarang kata Irdina terus lesap dari pandangan ibunya itu sepantas kilat. Sebaik sahaja selesai bersiap, Irdina terus ke dapur untuk menikmati sarapan yang begitu lazat. Selasai sahaja dia bersarapan Irdina pun bersedia untuk pergi ke sekolah dengan penuh semangat.

"Okaylah mak, Putri dah nak pergi sekolah ni." Jelas Irdina sambil bersalaman dengan ibunya itu.

"Iyalah, hati-hati ya pergi sekolah tu, jangan buat perangai tau dekat sekolah." Pesan Puan Nita kepada Irdina.

"Baik mak, Putri pergi dulu ya, Assalamualaikum." Ucap Irdina sambil melangkah pergi.

Ibunya membalas salam tersebut lalu terus masuk kedalam rumah. Sementara itu ditengah jalan Irdina terserempak dengan Jannah yang baru sahaja keluar dari rumah untuk ke sekolah.

"Eh, Jannah!!" Laung Irdina sambil melambai dekat rakannya itu.

"Eh, Putri!!" Terus Jannah berlari mendekati  Irdina, "Jomlah kita pergi sekolah sama-sama." Ajak Jannah kepada Irdina.

Irdina mengangguk kepala tanda bersetuju untuk pergi ke sekolah bersama rakannya itu Jannah. Sampai sahaja di sekolah Irdina terlihat satu sosok tubuh yang sangat dia benci sejak kecil lagi. Mereka berdua hiraukan sekumpulan lelaki itu lalu terus berjalan ke kelas tapi telah dihalang oleh geng-geng nakal itu tadi. Seorang lelaki datang mendekati dua orang dara itu sambil terseyum sinis.

"Wow, Orang yang paling aku tunggu dah tiba, haha." Usik lelaki tersebut kepada Irdina dan Jannah.

"Kau nak apa pulak pagi-pagi ni hah??. Tak payah nak buang masa boleh tak Syaf??" Marah Irdina sambil menjeling mata kearah lelaki itu.

"Alaa kau ni tak sporting lansung la, aku cuma nak tengok kau je harini."  Ujar Syaf anak Dato' itu sambil ketawa.

Tanpa bercakap panjang terus Irdina dan Jannah pergi dari situ tak lupa juga Irdina sekali lagi menjeling kearah Syaf dengan perasaan yang benci. Semasa melangkah pergi, tudung Irdina ditarik oleh Syaf dengan kuat sampai Irdina teriak kesakitan.

"Arkk, sakitlah pembuli." Pekik Irdina sambil tangannya memegang tudung yang ditarik itu.

"Hah??, apa kau cakap tadi, budak pembuli?? Kau ni memang nak kena dengan aku." Berang Syaf sambil mengangkat tangan mahu menampar Irdina.

Perbuatan itu telah disedari oleh guru yang bertugas pada waktu itu lalu dihalang oleh beliau dari berlaku pergaduhan antara dua pelajar itu. Mujurlah ada guru yang sedar kalau tak memang dah lama mereka berdua buka gelanggang di depan orang ramai.

"Hey!!, apa yang korang berdua gaduh ni hah? Ada sahaja perkara yang kamu nak buat kan." Tengking Cikgu Khairy itu kepada Irdina dan Syaf.

Dengan perasaan amarahnya itu Syaf pun pergi dari situ tanpa hiraukan guru yang ada di depannya. Manakala Irdina sibuk membetulkan tudungnya itu lalu Irdina meminta maaf kepada Cikgu Khairy kerana telah membuat pergaduhan disitu.

"Cis!! Tak guna punya perempuan, kau tunggu la nasib kau nanti." Marah Syaf di dalam hati.

Irdina dan Jannah pun sampai di hadapan kelas mereka lalu mereka berdua mengambil tempat duduk masing-masing. Suasana kelas ketika itu sangatlah bingit dengan suara-suara pelajar yang ada di dalam kelas 2 Pintar itu.

"Weh Putri, kau okay tak? Aku tengok kau macam tak puas hati je dengan si mamat poyo tu tadi." Tanya Jannah dengan penuh kebimbangan.

"Benci la aku dengan dia tu, ingat dia tu yang terpaling gangster ke suka hati je nak buli orang." Bengang Irdina sambil mengertap bibir.

Sudah tibanya waktu mereka untuk memulakan sesi pembelajaran mereka dipagi itu. Loceng sekolah pun berbunyi menandakan tibanya waktu rehat bagi semua pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau itu.

Dua sahabat itu pun mula bergerak menuju ke kantin sekolah yang berada di belakang blok kelasnya itu. Semasa mereka berdua berjalan menuju ke kantin itu mereka terserempak dengan guru yang lalu disitu dan mereka berdua terus tunduk hormat dan memberi salam kepada guru tersebut.

"Assalamualaikum cikgu" sapa Irdina dan juga Jannah.

"Waalaikumussalam, korang berdua nak pergi makan ya?" Tanya guru itu kepada Irdina dan Jannah.

"Iya Cikgu Airyn, kami nak pergi ke kantin ni." Jawab Jannah dengan penuh tertib.

"Ouh, kalau macam tu tolong beritahu dekat semua rakan kelas kamu ya yang Cikgu tak dapat nak masuk kelas kamu harini sebab ada hal penting nak kena selesaikan." Jelas Cikgu Airyn itu kepada Irdina dan Jannah.

"Baik Cikgu, nanti saya akan sampaikan pesan ni kepada semua. Cikgu hati-hati ya."
Jawab Irdina dan Jannah serentak sebelum mereka bersalam dengan Cikgu Airyn.

Sebaik sahaja sampai di kantin mereka pun menikmati makanan yang dibeli mereka dengan tatatertib. Setelah selesai makan mereka kembali semula ke kelas mereka sambil menunggu yang lain tiba di kelas untuk sampaikan pesan yang telah dipesan oleh Cikgu Airyn semasa waktu rehat tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A Beautiful Villain Where stories live. Discover now