"Aleeza,Kamu lupakan jelah kes tentang arwah hannah tu..redha dengan permegiaan dia." Datin kalsum bersuara dengan nada yang lembut.
"Tak nak.sampai bila-bila leeza tak akan lupakan.mommy..mommy tak rasa pelik ke?kes Hannah tak nampak macam dia bunuh diri" Kata Aleeza.
"Aleeza! polis dah cakap..arwah Hannah bunuh diri.kalau polis kamu tak percaya!kamu nak percaya siapa?" Dato Asyraf meninggikan suara.
"Abang,sudah bang..arwah hannah baru je dikebumikan semalam." Datin Kalsum cuba menenangkan suami dia.
"Anak mommy pergi berehat dulu ye" Datin Kalsum usap rambut Aleeza.Aleeza bangun dari sofa lalu pergi ke bilik dia.
"lemah sangat anak awak tu" Dato Asyraf turut bangun dari sofa dan keluar dari rumah meninggalkan Datin Kalsum seorang diri di ruang tamu.
5 tahun telah berlalu,Kini umur Aleeza telah cecah 23 tahun.Sepanjang 5 tahun dia cuba mengorek semula kes tentang arwah Hannah tetapi semua nya adalah sia-sia.Dia tidak jumpa apa-apa bukti.Setiap kali dia jumpa dengan saksi,saksi itu secara tiba-tiba hilang dari radar seolah-olah mereka tidak wujud.
Aleeza berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah ibu ayah dia.Dia baru sahaja menamatkan pelajaran di university luar Negara.Datin Kalsum menyambut kepulangan Aleeza dengan gembira.
"alhamdulilah anak mommy dah selamat balik" Datin mengucup ciuman di pipi Aleeza.
Aleeza tersenyum memandang wajah mommy dia.
"mana papa?" tanya Aleeza.
"macam biasalah papa kamu tu,dia tak balik kerja lagi." jawab Datin Kalsum.
"meh masuk jom.mommy dah suruh bibik masak kan lauk favorite kamu." kata Datin Kalsum.Datin menarik tangan Aleeza dengan lembut untuk masuk ke dalam rumah.
Mereka berjalan ke arah dapur dan Aleeza memandang ke arah meja makan yang dipenuhi dengan makanan.Ayam goreng,sayur kobis dan sambal belacan.
"wahh..sedapnya..dah lama Aleeza tak makan makanan melayu." Aleeza membasuh tangan dia dan duduk di atas kerusi.
"mommy dah makan?" tanya Aleeza.
"sudah..mama makan dengan bibik sekali." jawab Datin.
"bibik?" Aleeza sedikit terkejut.setahu Aleeza,mommy dia dulu tak suka makan dengan orang bawah macam bibik.
"iya dengan bibik..mommy sunyi je bila kamu tak ada dekat rumah..papa kamu tu busy busy..so mommy ajak lah bibik makan sekali." jawab Datin
Aleeza hanya menangguk kepala dia.
Datin hanya melihat Aleeza makan.
"hah mommy lupa nak bagitau,kamu terima banyak suara dari anonymous" kata Datin.
"surat?anonymous?mommy ada baca ke?"
"tak,mommy tak nak bukak surat milik kamu..bukan milik mommy pun.surat tu mommy letak dekat kotak bilik kamu"
"papa tahu?"
"tak...mommy tak berani bagitau papa..tak pasal-pasal dia bakar surat tu" kata Datin.
.
.
Aleeza meletakkan kotak berwarna hitam di atas katil nya.Dia membukak kotak tu,terdapat banyak sampul surat yang berwarna hitam.
"Hitam?jarang orang pakai sampul surat hitam"
Aleeza mengambil satu sampul surat dan membukak sampul surat.
Dia membaca isi kandungan dalam surat.
'Find me if you want to know more about your death bestfriend'
-Miss Q-Aleeza mengengam tangan dia,tangan dia sedikit ketar.Mata Aleeza memandang sampul surat yang lain.Dia membukak sampul surat yang lain.
'Do not trust your father'
-Miss Q-"don't trust my father huh..." ucap Aleeza dengan perlahan.Dia kena jumpa dengan Miss Q.
YOU ARE READING
𝐿𝑂𝑆𝑇
AcciónKisah seorang wanita yang baru kehilangan sahabat baik nya iaitu Hannah Amani.Punca kematian nya masih misteri dan tidak dapat dikenal pasti.Wanita tersebut merayu ke mahkamah dan pihak polis agar mereka tidak menutup kes tersebut tetapi akhirnya m...